Showing posts with label SAY NO TO SCAM & MLM. Show all posts
Showing posts with label SAY NO TO SCAM & MLM. Show all posts

Tuesday, September 26, 2017

TEKNIK SYARIKAT SCAMMER MENGGUNAKAN PLATFORM BINA RUMAH (VIRAL)



PENDEDAHAN : Meh sini saya dedahkan bagaimana teknik syarikat scammer yang menggunakan platform binaan rumah 
=====================================================================

Saya bukan nak ajar orang jadi penipu tapi scammer ni memanipulasi cara marketing yang betul dengan menyongsangkannya. 

Pernah tengok tak banyak marketing yang menunjukkan testimoni pengguna Bagi meraih perhatian orang ramai untuk turut membeli produk tersebut. Ini antara teknik yang berkesan untuk meyakinkan orang ramai . Pada peringkat Awal owner produk akan beri percuma atau diskaun hebat untuk percubaan bagi mendapatkan testimoni. Dapat testimonial orang popular especially artis popular, lagi hebat penangannya. Bila testimoni2 ini dikeluarkan, ia meyakinkan orang ramai untuk mula mencuba & beli. Tapi itu pon ada juga yang kaki songsang bab testimoni ni . Sendiri type, sendiri screen shot. Hmm. 

Dalam penipuan perumahan , ini step trick yang mereka gunakan untuk mendapatkan keyakinan atau dikenali sebagai teknik wayang pacak Jika mereka bermula dengan modal yang kurang besar. Tapi biasanya mereka-mereka ni memang dah ada modal dari penipuan sebelum-sebelum ni. 

1. Buka company dengan SSM (Nama company mesti gempak yang melibatkan hartanah) & daftar CIDB . 

2. Renovate office cantik-cantik Bagi nampak gah. Kemudian kumpul geng2 yang terdesak nak duit dan upah designer untuk buat beberapa design rumah. 

3. Mereka akan melobi orang-orang berpengaruh contohnya Menteri @ kerabat diraja untuk sekurang-kurangnya merasmikan company mereka dalam satu majlis gilang gemilang. Teknik ini digunakan supaya pada pandangan orang ramai syarikat ini diberi pengiktirafan. Ini step bina "trust" yang pertama. 

4. Bila sudah seperti dapat pengiktirafan, mereka akan mula menggunakan media cetak seperti surat khabar menayangkan syarikat mereka dirasmikan oleh Menteri A sebagai contoh . Dalam episode ini mereka mula mencari ejen bagi memulakan permainan mereka. Ejen-ejen ini juga akan rasa yakin bersama dengan mereka . Ejen-ejen ini akan ditawarkan dengan komisen yang lumayan. Mereka diberikan latihan untuk menjual. 

5. Bila bermula episode menjual, mereka akan menggunakan media baru seperti blog2 dan media cetak bagi mempromosikan kononnya promosi pembukaan dengan harga yang cukup rendah, mereka tak lupa selitkan gambar menteri A yang merasmikan company mereka supaya orang ramai nampak yakin bahawa company ini adalah genuine. Bila Cek CIDB pon mereka ada. Ada peguam di lantik .Lagi menambahkan keyakinan pembeli. Tawaran awal yang diberikan lumayan dengan diskaun hebat, unit terhad (kononnya) , tempoh masa terhad (call to action). Biasanya mereka tak dapat sebat banyak waktu ini kerana belum ada bukti jelas rumah yang mereka bina . Cuma waktu ini mereka hanya perlu keluarkan modal menampakkan satu2 tapak nak dah seperti mulakan progress, padahal bersihkan tapak jer pon pastu pacak2 kayu. Katakan Satu rumah RM40K , 50 orang serah tengkuk , mereka dah collect RM2,000,000. 

6. Dari duit RM2,000,000 ini mereka modalkan buat 5 buah rumah pelanggan dengan Satu rumah dengan Kos RM100,000 x 5 buah = RM500,000 . Mereka akan lantik kontraktor third party untuk membina rumah tersebut sebab mereka Memang tak tau haram pon pasal pembinaan. Sebut teori IBS jer tau . Baik masih ada RM1,500,000 . Beli la kereta mewah sikit RM200,000 . Baru naik semangat nak menipu . Ada lagi RM1,300,000. 

7. Wang ini mereka akan gunakan sehabis baik untuk positioning diri mereka . Apa lagi , beli pangkat Dato' , Dr , Ir  , Ustaz eh . Ustaz boleh self claiming jer tak perlu beli. Pastu beli Award yang Menteri sampaikan . Kadang2 bodoh-bodoh jer sebuah rumah pon tak siap lagi dah dapat award 2,3 dalam bidang pembinaan. Haha. Semua ini adalah wayang pacak supaya nampak mereka gah. Kita yang tahu nampak diorang bodoh jer, Tapi orang luar yang naif akan rasa mereka ni CEO & Syarikatnya nampak kukuh dan hebat. "Trust kedua" telah terbina. 

8. Bila 5 buah rumah tu mula naik, setiap masa la mereka update progress rumah tu . Orang yang memandang akan nampak wah ini betul2 , Bukan tipu ni , masa ni ramai bakal mangsa akan terpukau walaupon dinasihati akan mula terpengaruh. Masa ni anti penipuan akan di cop pendengki MELAYU . No 1 adalah KEY kena Cop Mohor. 

9. Waktu ini mereka Bagi lagi promosi lebih hebat , 200 orang lagi pelanggan Baru serah tengkuk. RM40K x 200 = RM8,000,000. Duit dah banyak , naikkan lagi 10 buah rumah supaya nampak lebih trusted. RM100K x 10 = RM1,000,000. Masih ada RM7,000,000

10. Duit ni mereka akan gunakan untuk buka business2 yang lain dan upgrade office mereka lebih hebat & gah Kalau boleh nampak ala2 istana lagi Baik . 

11. Duit dah banyak , masa ni mula masuk TV . Stesen TV asal bayar diorang on jer. Mereka ni tabur duit jer, stesen TV ni sanggup kutip . Lantik Duta Syarikat (Sure artis) . Pasang billboard serata Malaysia supaya pengaruh mereka lebih meluas. Marketing melalui dua cara ini TV & billboard , takde sape boleh komen. Yang naif pasti jadi mangsa. Upah orang tebar flyers ke seluruh negara rumah ke rumah. 

12. Waktu ini mereka tambah jumlah ejen. Dia peduli apa orang kata, Sebab target market mereka Memang orang2 yang naif & terdesak nakkan rumah murah. Waktu ni terkenalah lagi 2000 seluruh Malaysia . RM40K x 2000 = RM80,000,000

13. Bila Dapat duit ni mereka akan mula slowkan progress supaya progress sentiasa dapat berkenan supaya mereka tak terkantoi dalam waktu2 tertentu. Mereka akan buat selagi ada mangsa baru yang menyerahkan tengkuk. Bila tiada lagi mereka akan mula slow kan progress . Bila tamat tempoh mereka lari ? Oh tidak . Scammer bodoh jer yang larikan diri. Mereka ni takkan lari , mereka akan bagi pelbagai alasan dan menyalahlah   Orang Itu ini pecah amanah & sebagainya. Mereka akan mengadap mangsa memberikan janji. Kemudian mereka akan melantik pihak ketiga yang syaratnya tahan maki untuk menjadi tukang jawab , dalam senyap mereka akan pindah milik syarikat mereka pada tukang jawab tadi (sebenarnya kroni mereka). Mangsa akan bingung. Nak bedal tukang jawab tu dia kata baru ambil alih syarikat. Nak saman CEO lama , dia kata dah Jual company tu pada Si tukang jawab. (Boleh jer Kalau nak saman, Tapi Satu kerja bodoh nak saman scammer, ingat duit dia nak simpan kat Akaun dia ke ?) haha. Dia peduli apa pon, habis2 pon bankruptcy jer, Tak tercalar tangan pon. 

14. Dengan duit yang banyak , masa ni perlu tabur bayar bodyguard jaga keliling takut kena bedal. Bila dah nampak reda. Pecat la semua bodyguard tu , tinggalkan Satu dua jer Sebab duit dah nak habis. 

15. Dah orang lupa, buat lagi program lain pulak. Kahkahkah. 

Dah rasa macam advisor scammer pulak . 😂. Anda nak Cuba buat teknik ni? LUPAKANLAH. Sebab hanya orang yang mempunyai sejarah jadi scammer & hati hitam sahaja mampu buat benda ni. Orang yang jujur atau baru nak belajar jadi scammer aku gelakkan jer nanti Kalau nak cuba buat, Baru Satu dua step dah kelaut. Masuk jail. 

#Share
#copypasedrgrupgeng2marketting
#copypastedariFB

Heboh di media sosial tentang isu DBI Properties yang dikunjungi oleh orang kuat PPIM bersama mangsa-mangsa penipuan. Saya cukup hairan dengan pengamal2 scammer ni, menipu, berbohong, membuli, mencuri, merompak harta dan duit orang lain secara halus tanpa rasa bersalah, malu dan berdosa. Semoga pengamal2 scammer ini mendapat balasan setimpal di dunia dan di akhirat. Kepada mangsa scammer ini, bertabahlah, buat report polis, dan pastikan lebih berhati2 dimasa-masa akan datang.

Saturday, January 25, 2014

GOOGLE DULU SEBELUM TERTIPU.

Angin betul saya dengan penipu perniagaan online ni. Tak pasal-pasal saya yang jual bola petanque online pun mula kurang kepercayaan daripada pelanggan. Oleh itu, kepada pelanggan online, sebelum anda membuat tuduhan semua perniagaan online menipu, kena siasat betul-betul dahulu ya. Berikut serba sedikit panduan untuk membuat siasatan.
____________________________________________________________

Senarai Penipu Online yang menipu duit pelanggan di Malaysia.
Tahu kah anda rupa-rupanya ramai yang pernah kena tipu bila berurus niaga di internet? Tahu kah anda salah satu tips untuk mengesan penipu ialah ;
1. Google no account yang perlu anda bank in

2. Google no ic si pemilik account bank (si penjual)

3. Google nama penuh si penjual

Bila anda google dulu sebelum melakukan apa2 transaksi maka nya hasil google akan mendedahkan kepada anda jika2 penjual tersebut pernah bersabit atau tidak dengan sebarang bentuk penipuan di internet.

Kalau kita tengok page ==> Senarai Penipu Online Malaysia Detail [scammer]

Ada 74,631 likes.

Ini bermaksud apa?

Maksudnya ramai la yang kena tipu kat Malaysia neh rupa2nya. Sebenarnya ada dua page yang
ditubuhkan untuk membanteras kegiatan penipuan di alam maya. Page pertama pernah
membuat senarai peniaga2 yang menipu duit orang.

Mereka susun nama + no ic + no telefon bahkan berserta alamat kediaman pun ada.

Lihat ;

Berikut adalah antara nama kedai online di Malaysia yang menipu ramai pembeli. Harap berjaga-jaga:

1 ) Az ImanReport by many people, payment made but nothing have been deliver. Gambar ambil dari google

2) Assyaima CollectionReport by Siti Suhaila , order barang lain tapi dapat barang lain. Bila sms tak reply

3) Kartisha Little BizhubReport by Zetty Ezhard , beli perfume last year, kata authentic tapi rupanya fake. Bau macam sabun, bila email balik tak reply. No telefon tak provided

4) Jason / Ah keong / YU KAM LEANReport by many people , jual gadget. Sell BB for rm500 end up semua customer dia tak dapat apa2. Memang ramai dah kena. More than RM10k ++ Please beware

5) Imaya Gadget @ Anisah Derahman (kutu gadgets)Report by Laksamana Cheng Ho , 4 bulan tak dapat barang, dia just refund RM300 and balance until now tak settle. Post kat wall dia block.

6) Wawa Najwa ZK’nas LensReport by Cik N Syuhada , until now tak refund duit

7) Yanti ShaterzReport by many people, mak kutu yang makan duit haram

8) BabyrinaReport by Nik Norazne , ramai dah kena tipu and dia ada byk FB.http://www.facebook.com/princess.babyrina~ http://www.facebook.com/reena.colections~http://www.facebook.com/profile.php?id=100002641425341%7Ehttp%3A%2F%2Fwww.facebook.com%2Flolypopprincess.reena%7E http://www.facebook.com/profile.php?id=100003265896181&ref=ts

9) Coachbagz wonderlandReport by Nurliza Eirlina , jual handbag dari luar negara, dah bayar depo last year but until now barang tak sampai. Email and inbox dia bagi alasan kena tipu dengan supplier tapi sampai sekarang masih active berniaga.

10 ) Katty EngReport by Nurul Shahida Syabil , RM130 sampai sekarang tak refund. Barang tak sampai. Now dah block orang

11) Set Nona RoguyReport by Siti Hajar , dia jual set bersalin. Nama kat akaun maybank Nur Shuhada Ishak. Ramai dah terkena

12) Thalia Amanie @ Juliana SulaimanReport by many people , main kutu yang makan duit orang. More details :FULL NAME —> JULIANA SULAIMANNO IC —> 870207495266NO HP —> 017656278NO ACC —> CIMB ACC ( 1222-000-3976-201)ALAMAT —> NO 9,PANGSAPURI SERI NIPAH,OFF TMN PINGGIRAN USJ 4760SBG JAYA SELGR

13) KIKI GAJET @Muhammad ShazReport by Nora Madi Norazmadi , dah bayar deposit RM400, terus kena block. Number phone 0174643265

14 ) Buabuai Buaian cukur JambulReport by Love Haikal , duit dah bayar, video tak dapat, fb diblock, call and sms tak layan. Kena pada 13 nov 2011. no phone 01935335784

15) Rainbow House @ Chong Kar YingReport by Teia Zakariah , beli lens tak dapat lagi.

16) Koleksi Kpop Eshop @ Norfazilawati Binti Jefferi 01112026208Report by Faten Suhana and Deana Abdullah , beli 2 baju tapi tak dapat2 lagi sampai sekarang

17) Jualan Mega @ Sarah by Mohd JamaianReport by Nabela Dyana , beli ypad budak 30pcs and iphone 4s mainan budak until now tak dapat lagi

18) Door to Door @ Sharifah Nuzaihan Syed FisolReport by Amna Nafeesa II , dia jual gadget murah. Sampai sekarang tak dapat. Total loss RM6K.

19) Lens CollectionsReport by Chibbi Maruko , total RM345. tak pulangkan lagi duit sampai sekarang.

20 ) Nor Aymylia Bt NormazlinReport by Puan Ain Juih , beli samsung galaxy tab tapi dapat tablet china. Ramai dah terkena dgn dia. Total loss RM1.6k 21) Nellisa Abd RahmanReported by many people , mereka jual barang2 baby , susu dan diapers, barang tak pernah sampai ramai dah tertipu

22) Bee florian @ Aizan Fong AbdullahReported by many people, dia ni memang dah bertahun tahun terkenal dengan menipu. Kalau cari fb dia memang dah takde so just beware dengan nama dia tu.

23) Rosidah AbdullahReported by many people , dia ni suka buka kedai tiru nama kedai seller lain so nanti customer akan keliru. So just beware dengan nama dia bila nak buat payment nanti. Maybank 163091006206 , hp 01114990713 / 01114944617

24) Butik Beg Tangan Berjenama @ Wan Syazwani maybank 158305218738Reported by many people, fb dia pun dah hilang sekarang. Dapat duit terus senyap then deactivate fb.

25) Adayana Perfume @ Syahidan AhmadReported by many people, after payment barang tak sampai. Macam2 alasan diberikan.

26) Kedai Gadget @ Faizah binti Md RejabReported by many people , kutu gadget dan jual ada jual gadget tapi kalau dah bayar jgn harap barang akan sampai. DIA MASIH ACTIVE DI LUAR SANA PLEASE BEWARE.Ni no dia 0179895662

27) Korean Sweety EyeReported by many people, after payment dia akan block dari msg/wall

28) Kedai saya @ Mohd SyazamieReported by Aina Jessturaya, orang tu mengaku diri pekerja court mammoth penang and jual barang murah & ansuran. After masukkan duit dia akan block terus. Tracking number yang tipu dia bagi

29) Babydynas Collections & Babydynas Kutu FrenzReported by many people, ada few people je yang dapat refund dari dia. Yang lain semua dia kebas duit. Senyap sampai sekarang

30) Aida Isyhaidar @ Norhaida bt JamaludinReported by Princess Davinci , dia ni kutu jam. Duit lesap

31) Kedai Sri Mawar @ Azizah Bt Bakar from Bachang UtamaReported by Siti Qis Junior , peniaga emas. After dah dapat duit dia block customer.

32) Blackberry Hotshop @ Maria Ariffa MazlanReported by Lynn Domo, customer mintak COD, dia setuju tapi dengan syarat bayar deposit RM500. bila yang nak jumpa, dia tak datang. Call tak jawab.

33) Tudung Abu DhabiReported by 5 people, service lambat. Ada yang dapat after 2 week dah bayar itu pun after dah push and bagi warning.

34) Kasih Damia Shoppe / Kasih Damia CollectionsReported by Ros Zaiha , owner kedai ni nama Suhaila. Beri alasan macam2, barang sampai kesudah tak dapat.

35) Lim AnnaReported by many people, boleh tengok dekat photos posted by Poisonous apple, dia print screen orang2 yang bagi wall post mintak refund money and post barang.

SUMBER: KAMI BENCI ONLINE SHOP YANG TIPU MAKAN DUIT HARAM Untuk lain-lain senarai penipu terkini, boleh juga terjah:

Senarai Penipu Online Malaysia Detail [scammer] Sehingga kini masih ramai yang berkongsi peniaga-peniaga yang menipu di page tersebut. Boleh rujuk dari semasa ke semasa..

Sumber : https://www.facebook.com/megatharizal/posts/714288195262575

Dari page : https://www.facebook.com/pages/KAMI-BENCI-ONLINE-SHOP-YANG-TIPU-MAKAN-DUIT-HARAM/108326229209926?filter=1

Yang kedua pula page di atas. Page tue siap hebahkan gambar dan sebagainya.

Lihat gambar peniaga online yang dikatakan menipu baru2 neh. Namun individu tersebut telah pun ditahan oleh polis. Kalau korang baca komen2 kat situ, banyak maklumat2 mengenai penipu2 lain pula yang korang boleh alert/aware pada masa2 akan datang.

Lihat gambar dibawah

Rujukan : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=692672844099723&set=a.228734410493571.63593.228473990519613&type=1&relevant_count=1

Penipu merata2. Dulu boleh la. Ko menipu orang yang berbeza2. Bila report polis pun tiada tindakan yang di ambil walaupun dah kemukakan semua bukti2 yang diperlukan. Di sesetengah tempat, memang takde action pun yang diambil oleh pihak berkuasa. Mungkin di sesetengah tempat aje polis peduli.

Sekarang neh nampaknya mereka2 yang ditipu telah pun bergabung. Bukan saja menyebarkan penipuan2 yang pernah mereka alami bahkan menyebarkan juga penipuan2 yang di alami oleh orang lain. Bagus juga untuk kita ahti2 dalam setiap pembelian2 di alam maya ini.

Kepada penipu2 online. Sudah2 la tue buat kerja bangang. Fikir sikit. Orang lain kerja penat2, korang pula senang2 nak mencuri hasil kerja orang lain. Banyak lagi kerja yang halal taknak buat, sibuk menipu duit orang buat apa.

Nak kira susah, semua orang susah sekarang neh. Susah2 pun jangan sampai mencuri.

Lue fikirlah sendiri.
http://networkedblogs.com/TbaGy

Friday, January 17, 2014

ENOUGH IS ENOUGH !!!

Usah lagi tertipu dengan skim pelaburan haram & skim cepat kaya di internet!

Ketahui! Kaedah membuat duit

di internet yang sebenar!

 
Kepada rakan yang dikasihi..
Pada 12 April 2007 yang lalu, majlis fatwa kebangsaan telah sebulat suara memutuskan, bahawa pelaburan internet adalah haram di sisi agama islam. Kenyataan ini telah serba sedikit menggembirakan saya, kerana sejak dahulu lagi telah saya ketahui, skim-skim pelaburan yang dijalankan di internet ini sebenarnya adalah merupakan skim ponzi alaf baru yang hanya bertujuan untuk menipu masyarakat yang sememangnya terlalu mudah percaya dengan angan-angan untuk menjadi kaya dengan cepat.
 
Pengharaman tersebut juga telah serba sedikit menyedarkan beberapa pihak yang telah terjebak ke dalam perangkap skim pelaburan tipu tersebut untuk cepat-cepat kembali ke jalan yang betul dan mengeluarkan diri mereka dari terus hanyut dan menjadi barua kepada komplot penipuan tersebut.
 
Ditambah pula dengan liputan-liputan serta pendedahan yang dilakukan oleh pihak media, maka, semakin ramailah masyarakat yang tersedar dan mula berhati-hati dengan peluang-peluang membuat duit melalui inernet ini.
 
Namun begitu, sesuatu yang sedikit mengecewakan. Ramai masyarakat yang terkeliru dengan istilah PELABURAN INTERNET dengan PERNIAGAAN INTERNET. Pada mereka, apa-apa sahaja perkara yang berkaitan dengan "Buat Duit di Internet" adalah tipu dan tidak boleh dipercayai. Lebih menyedihkan lagi, bukan masyarakat biasa sahaja yang terkeliru dengan 2 perkara ini, malah pihak-pihak yang dianggap sebagai pihak yang handal ICT, seperti Pusat Keselamatan Siber Malaysia juga turut terkeliru mengenainya.
 
Membuat duit atau menghasilkan pendapatan melalui internet sebenarnya bukanlah sesuatu yang mustahil. Malah terdapat ramai individu-individu di dunia amnya dan di Malaysia khususnya, telah berjaya menghasilkan duit yang banyak menerusi internet. Antara nama yang paling dikenali ramai adalah Dr. Irfan Khairi . Beliau, telah berjaya menjadi jutawan dengan hanya menjalankan perniagaan di internet.... diulangi.. PERNIAGAAN INTERNET.... atau perlukah saya mengejakannya? P . E . R . N . I . A . G . A . A . N ... bunyinya apa?... PERNIAGAAN ... (pandainyeeeee~~~ anak sapa ni~~?)
 
Untuk memberikan lebih kefahaman tentang "KAEDAH-KAEDAH SEBENAR BUAT DUIT DI INTERNET " , izinkan saya menjelaskannya kepada anda. Diharapkan anda dapat melapangkan dada dan mengosongkan fikiran anda terlebih dahulu dari segala tanggapan-tanggapan serta cerita-cerita yang pernah anda dengar sebelum ini tentang "BUAT DUIT DI INTERNET".
Secara keseluruhannya, terdapat 3 kaedah / cara membuat duit di internet, iaitu :-
  1. Perniagaan Internet
  2. Program Internet
  3. Pelaburan Internet
Nota : Hijau - Boleh Dipercayai , Oren - Perlu Berhati-hati , Merah - Lari jauh-jauh.
 

1) Perniagaan Internet

Satu kaedah yang paling pasti untuk membolehkan anda membuat duit di internet adalah dengan menjalankan perniagaan anda di internet. Perniagaan internet tidak jauh berbeza konsepnya dengan perniagaan konvesional. Anda masih memerlukan produk untuk dijual dan memerlukan pelanggan untuk membeli. Apa yang berbeza hanyalah proses transaksi urusniaga tersebut, dimana, transaksi tersebut dijalankan secara online. Pihak pembeli dan penjual tidak bersemuka dan berada beribu-ribu batu jauhnya.
Perniagaan internet pula boleh dibahagikan kepada 2 bentuk. Iaitu , sama ada "perniagaan yang berasaskan" produk ataupun "perniagaan yang berasaskan perkhidmatan".
 
Perniagaan Berasaskan Perkhidmatan
Antara contoh-contoh perniagaan internet yang berasakan perkhidmatan adalah seperti :-
  • Perkhidmatan rekabentuk grafik (logo, banner, cover ebook)
  • Perkhidmatan membina website
  • Perkhidmatan memasang perisian.
  • Perkhidmatan webhosting
  • Perkhidmatan menulis & menterjemah artikel

Perniagaan Berasaskan Produk
Bagi perniagaan internet yang berasaskan produk pula, ia boleh dibahagikan kepada 2 jenis produk. Iaitu, sama ada produk fizikal ataupun produk digital.
Antara contoh perniagaan-perniagaan internet yang berasaskan produk adalah seperti:-
Produk Fizikal
  • Menjual Bola Petanque (http://georgeaiman.blogspot.com)
  • Menjual Tikar
  • Menjual Alat Penjimatan Eletrik
  • Menjual Buku
  • Menjual Peta
  • Menjual Model Kapal Terbang
  • Menjual CD multimedia
  • Menjual Cadar

    Produk Digital
  • Menjual Ebook
  • Menjual Perisian-perisian
  • Menjual MP3 ceramah-ceramah pembelajaran.
  • Menjual Gambar-gambar/ grafik profesional
  • Menjual video-video tutorial
  • dan bermacam-macam lagi...
Perniagaan-perniagaan internet seperti ini adalah benar dan jarang sekali ada yang menipu. Jika ada yang menipu pun peratusannya agak kecil (Sama seperti perniagaan konvensional, ada juga peniaga-peniaga yang melakukan penipuan di dalam perniagaan mereka.). Peniaga internet menggunakan internet dengan sepenuhnya untuk memasarkan produk-produk mereka. Jadi! adakah mustahil untuk anda membuat duit di internet dengan melakukan perniagaan di internet? Sudah pastinya tidak mustahil sama sekali. Anda BOLEH buat duit di internet dengan menjalankan PERNIAGAAN Internet!
 
Perniagaan di internet adalah sama seperti perniagaan konvensional. Rukunnya sama.. ada penjual, ada pembeli dan ada produk. Di dalam Perniagaan Internet.... tiada istilah labur duit, goyang kaki dan kemudiannya jadi kaya.
 
Untuk membina sebuah perniagaan internet yang berjaya bukanlah sesuatu yang terlalu mudah. Ia memerlukan usaha yang gigih dan juga ilmu pengetahuan yang tinggi, terutamanya ilmu-ilmu yang berkaitan dengan dunia perniagaan. Untuk membina sebuah perniagaan internet yang berjaya, anda perlu mempunyai ilmu mengenai "Niche Market Research", "Product Development", "Web Development", "Internet Marketing", "Search Engine Optimization(SEO)", "Sales Letter Writing ", "Web Credibility", "Traffic Generation" dan bermacam-macam lagi ilmu yang perlu dipelajari dan diketahui..... Membangunkan perniagaan internet, bukanlah semudah membangunkan website dan meletakkannya di internet sahaja.. ia lebih dari itu. Jadi, sememangnya tiada istilah 4D "Duduk Diam Dapat Duit" di dalam dunia perniagaan internet.
 

2) Program Internet

Kaedah kedua untuk membuat duit di internet adalah melalui program-program internet.Kaedah ini adalah lebih mudah untuk dilakukan jika dibandingkan dengan kaedah yang pertama iaitu "membina perniagaan internet".
Program internet ini pula. boleh dikategorikan kepada beberapa jenis, iaitu :-
  • Program Pengiklanan
    • Google Adsense
    • Text-Links-Ads
    • Bidvertiser
    • Nuffnang
    • Advertlets
  • Program Affiliate
    • Clickbank
    • Commision Junction
    • PayDotCom
    • Amazon.com
  • Internet MLM
  • Get Paid To Program
    • Get Paid to Read Email
    • Get Paid to Surf
    • Get Paid to Survey
  • Randomizer
  • Forced Matrix
Nota : Hijau - Boleh Dipercayai , Oren - Perlu Berhati-hati , Merah - Lari jauh-jauh. 


Program Pengiklanan

Program pengiklanan seperti google adsense, bidvertiser, text-link-ads , nuffnang dan yang lain-lain, adalah merupakan sebuah program pengiklanan yang menghubungkan antara "pihak penerbit iklan" dengan "pihak pembeli iklan". Jika anda ingin membuat duit di internet menerusi program pengiklanan ini, anda perlulah menjadi pihak "Penerbit Iklan", atau lebih dikenali sebagai "Publisher".
Sebagai seorang "publisher", anda dikehendaki untuk menyediakan sedikit ruang di website anda, untuk diletakkan iklan-iklan dari program-program pengiklanan yang anda sertai. Pihak penganjur program pengiklanan seperti google, text-links-ads, bidevrtiser dan sebagainya, akan membayar anda berdasarkan kaedah yang ditetapkan, iaitu sama ada mengikut bilangan klik , bilangan paparan atau pun mengikut kiraan hari berapa lama iklan tersebut di paparkan di website anda.
Duit yang digunakan untuk membayar anda itu pula, sebenarnya, bukanlah datang dari pihak penganjur, tetapi duit-duit tersebut, sebenarnya datang dari pihak-pihak pembeli iklan (pihak-pihak yang ingin mengiklankan website/produk mereka). Jadi, disini, jelas dapat di lihat dari mana sumber datangnya duit tersebut dan kemana ia disalurkan. (Dari poket pembeli iklan, ke penganjur program, dan seterusnya ke poket anda, kerana sudi memaparkan iklan mereka).
 

Program Affiliate

Di dalam perniagaan konvensional, ada sesetengah pemilik perniagaan yang melantik jurujual-jurujual serta agen-agen untuk membantu mereka mempromosikan serta menjual produk mereka kepada orang ramai. Agen-agen yang berjaya membuat jualan pula, akan diberikan sedikit komisyen hasil daripada harga jualan produk tersebut.
Di internet, jurujual-jurujual serta agen-agen ini, dipanggil "affiliate".
Manakala, program affiliate pula, ialah sebuah program yang disediakan oleh pemilik-pemilik website perniagaan, bagi melantik individu-individu seperti anda untuk menjadi agen mereka. Proses pendaftaran sebagai agen kepada sesebuah program affiliate ini biasanya adalah percuma. Anda tidak akan dikenakan sebarang bayaran untuk mendaftar sebagai agen mereka.
Setelah mendaftar sebagai agen di dalam sesebuah program affiliate, anda akan dibekalkan dengan satu URL yang mempunyai ID anda. Tugas anda, hanyalah mempromosikan URL tersebut. Apabila ada orang yang meng"klik" pada URL anda dan kemudiannya, membeli produk yang dijual di website tersebut, anda akan diberikan komisyen.
Itulah penerangan ringkas mengenai program affiliate, anda mendaftar sebagai agen di sesebuah website yang menjalankan "perniagaan internet", dan kemudiannya, mempromosikan URL affiliate ID anda. Jika ada pembeli, anda akan diberikan komisyen.
Satu ciri utama yang perlu anda tahu tentang program affiliate ialah, program affiliate yang sah tidak mempunyai banyak tingkat (tier). Maksimun tingkat (tier) yang dibenarkan untuk program affiliate hanyalah 2 tingkat (2nd tier) sahaja. Ini kerana, program affiliate lebih mengutamakan kepada jualan produk dan komisyen yang diberikan juga adalah berdasarkan hasil bilangan jualan produk, dan bukannya dari bilangan "downline" yang diperolehi. Jadi, jika ada website yang mendakwa mereka menjalankan program affiliate dan peringkat (tier) affiliate mereka lebih dari 2, iaitu kadangkala sehingga mencecah 5-8 peringkat. Usah sertai! Itu adalah skim piramid yang cuba memperbodohkan anda dengan istilah "Affiliate Program" .
 

Internet MLM

Kini, Industri MLM "Multi-Level-Marketing" juga tidak ketinggalan untuk menggunakan internet sebagai sebuah medium pemasaran. Banyak syarikat-syarikat MLM yang telah mempunyai website mereka sendiri serta turut menyediakan kemudahan pejabat secara maya untuk kegunaan ahli-ahli mereka.
Namun begitu, industri MLM pada masa kini sudah agak parah, ini kerana banyak syarikat-syarikat MLM telah dijangkiti oleh skim-skim piramid yang seringkali menggunakan "lesen AJL" untuk sesebuah syarikat MLM sebagai topeng mereka.
Komisyen yang sepatutnya dibayar berdasarkan "jualan produk" kini sudah ditukar dan dibayar berdasarkan "bilangan agen baru" yang dapat ditaja. Jadi, tidak hairanlah jika dilihat, mengapa penggiat-penggiat MLM masa kini, bermati-matian mencari ahli baru untuk di jadikan downline mereka daripada memasarkan & menjual produk-produk keluaran syarikat MLM itu sendiri.
Ayat-ayat jualan yang sepatutnya menerangkan tentang keistimewaan produk seperti "Produk ini berkualiti! berkhasiat dan dijamin halal" kini ditukar kepada "Jadilah jutawan MLM tanpa perlu menjual produk, tanpa perlu membuat "maintain" bulanan dan juga tanpa perlu datang mesyuarat setiap minggu!", "Hanya perlu daftar jadi ahli dengan yuran RMXXX dan cari 2-3 orang rakan sahaja! dan anda akan menjadi jutawan dalam masa beberapa bulan!"
Jadi, berhati-hati lah jika anda ingin menyertai mana-mana syarikat MLM di zaman ini, mempunyai "Lesen AJL" dari kementerian perdagangan sahaja belum mencukupi untuk membuktikan mereka adalah sebuah syarikat MLM yang tulen. Ini kerana, banyak syarikat-syarikat MLM yang mengemukakan pelan pemasaran yang berbeza sewaktu mereka ingin memohon lesen dari kementerian. Selepas dapat lesen, lain pula pelan pemasarannya. Sebab itulah, anda boleh lihat, pelan pemasaran yang diterangkan di dalam ceramah-ceramah mereka amat berbeza sekali dengan pelan pemasaran yang tercatat di dalam booklet keahlian mereka.
 

Program "Get Paid To..." (GPT)

Ini satu lagi kaedah buat duit di internet, tetapi terus terang saya katakan, program-program ini, kebanyakkannya adalah tipu dan hanya akan membuang masa anda. Ada sesetengah programGPT ini, yang menawarkan anda sehingga USD100 untuk anda membaca setiap email yang dihantar. Usah mudah percaya dan kelabu mata, tanya dulu.. "Dari mana mereka dapat duit untuk membayar USD 100 kepada anda bagi setiap email?". Dari pihak pengiklan? Maaf cakap, tapi dalam dunia perniagaan, tiada peniaga yang sebodoh itu yang sanggup membayar USD100 kepada setiap orang yang membaca email iklan mereka.
Tujuan sebenar penganjur program-program "get paid to.." ini sebenarnya hanyalah untuk mendapatkan alamat email anda dan kemudiannya menjualkannya kepada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawap. Akibatnya, inbox email anda akan menerima banyak email-email SPAM (email tidak diundang) yang mengandungi iklan-iklan seperti viagra, pil ectasy, dadah, website lucah, software murah serta seseorang yang mendakwa dirinya pentadbir harta kerajaan nigeria yang baru sahaja kematian raja.
Jadi, usah membazirkan masa anda dengan program-program seperti ini. Tiada orang yang menjadi kaya hasil menyertai program-program seperti ini.

Program Randomizer
Ini pula satu program buat duit di internet yang menggabungkan "skim cepat kaya" & "program perjudian". Untuk membuat duit dari program ini, anda perlu "menderma" dan sekaligus mendaftar sebagai ahli mereka, dan kemudiannya, anda dikehendaki mencari rakan yang lain untuk turut "menderma" (menjadi mangsa) ke dalam program ini.
Kepada siapa wang anda perlu di"derma"kan? Pertama, kepada penganjur program tersebut, kedua.. kepada individu yang menjemput anda untuk menyertai program ini.. dan ketiga... kepada mana-mana ahli yang akan dipilih secara rawak oleh sistem. Ikut nasib... kalau nama anda terpilih, maka dapatlah duit.. kalau tidak.. cari lagi "mangsa" yang lain.

Program Forced Matrix
Ini pula skim piramid yang dijalankan di internet secara terang-terangan. Tetapi ramai yang tertipu dengan perkataan "forced matrix" yang digunakan, konon-kononnya, ianya adalah sebuah program yang canggih, maklumlah namanya pun sudah canggih. Hakikatnya, ianya adalah skim piramid. Di dalam program forced matrix ni, mangsa dikehendaki membayar duit sebagai ahli dan kemudiannya mencari 2-10 orang untuk dijadikan downline mereka. Mereka akan menyusun 5 orang pada level 1 dibawah mereka, setelah lengkap level 1 dengan 5 orang mangsa, maka mangsa yang ke-6 akan diletakkan di level ke-2 pula, pada level kedua ini, mereka perlu mencari seramai 25 orang mangsa. Begitulah seterusnya, semakin banyak level, semakin banyaklah mangsa yang diperlukan. Apa yang ahli-ahli program forced matrix ini tidak sedar ialah, program ini sebenarnya akan menjadi tepu pada level yang ke-13, itu pun jika seluruh penduduk dunia menyertainya. Tetapi, selalunya, ia akan tepu pada level yang ke 6 & 7. Mengapa? sebabnya.. tidak ramai orang-orang yang "bodoh" di internet yang mahu menyertai program-program seperti ini. Yang peliknya, mereka yang kurang bijak yang menyertai skim ini akan berkata "Tidak mengapa! Kita perlu berusaha dengan lebih kuat lagi mempromosikan program ini, insyallah... segala usaha kita akan berhasil!"... Usaha apanya? Program dah tepu... nak usaha apa lagi?
Berikut adalah ilustrasi susunan ahli skim piramid yang digunakan oleh program "forced matrix 5"
Apabila program ini tepu pada level ke 6 (sebab tiada lagi orang "kurang pandai" yang dapat diperdayakan) , maka, 55,944 orang akan rugi (level 3-6) dan hanya 42 orang sahaja yang akan untung (level 1 - 2). Jadi, nasihat saya, jauhkan diri anda dari program-program seperti ini, ini kerana, anda tidak akan tahu di level mana anda berada apabila anda menyertai program tersebut.
 

3) Pelaburan Internet

HYIP (High Yield Investment Program)

Ini pula adalah kaedah yang paling disukai dan digilai oleh ramai orang, terutamanya rakya Malaysia... . Campak duit!... Goyang Kaki! Cukup bulan.. duit berkepul-kepul masuk ke dalam akaun bank! Nak lagi banyak? Ajak kawan-kawan sekali, jemput semua sekali orang kampung masuk melabur!
Peduli apa pihak penganjur buat dengan duit tersebut?
Peduli apa mereka itu ada lesen ke tidak?
Peduli apa halal ke haram?
Yang penting..... cukup bulan.. CONFIRM dapat untung sekian-sekian peratus!
HYIP, Swisscash, E-Barrel, ABFund dan apa-apa sahaja website yang menjanjikan anda keuntungan tetap, adalah beberapa contoh website yang menawarkan skim PELABURAN INTERNET ini. Mereka tidak mempunyai lesen, dan mengambil deposit daripada masyarakat secara haram.
Inilah kaedah buat duit di internet yang di"HARAM"kan oleh majlis fatwa kebangsaan pada 12 April 2007 lepas. Suatu pelaburan yang dijalankan menerusi internet... atau nama sebenarnya, SKIM CEPAT KAYA ALAF BARU.
Duit yang dilaburkan sebenarnya hanya dipusing-pusingkan. Duit-duit dari pelabur X, Y, Z akan diberikan kepada pelabur-pelabur A, B, C yang merupakan orang-orang yang terawal melabur di dalam pelaburan haram ini. Dan, apabila pelabur-pelabur A, B, C ini mendapat wang keuntungan sepertimana yang dijanjikan oleh penganjur pelaburan haram ini (yang sebenarnya sengaja diberikan untuk menguatkan kepercayaan orang ramai). Maka, akan semakin riuhlah pelabur-pelabur A, B, dan C ini mengkhabarkan yang mereka kononnya telah memperolehi keuntungan yang berlipat ganda dari pelaburan mereka di dalam skim pelaburan haram tersebut.
"Tengoklah berapa banyak duit aku dah dapat hasil daripada pelaburan ini, mana ada tipu? Kalau tipu, takkan aku boleh dapat duit banyak begini?" kata pelabur A
"Sertailah kami, usah dengar kata-kata rakan-rakan anda itu, mereka itu semua melayu yang berfikiran rendah, busuk hati & pendengki! Tidak boleh tengok orang senang sikit! " kata pelabur B
"Haram konon.... boleh jalanlah dengan haram kau! Kalau nak haram.. haramkan semuanya!" kata pelabur C yang cuba menghalalkan perkara yang haram.
Saya tidak mahu bercerita panjang mengenai pelaburan haram ini disini, saya sudah letih, jika anda ingin membaca kupasan lebih lanjut mengenai pelaburan haram ini, anda boleh lawati website-website berikut :-
Apa yang pasti, kini dalang-dalang skim-skim pelaburan haram & cepat kaya ini sedang mencari-cari taktik yang baru untuk meneruskan lagi kegiatan penipuan mereka. Dengar kata, mereka kini sedang sibuk pula membuat website-website pelaburan yang baru, untuk website yang terbaru ini, mereka tidak lagi memberikan pulangan "tetap", tetapi pulangan diberikan, berdasarkan "prestasi" pelaburan pula!. Apabila ditanya, Dimana wang pelabur dilaburkan?.. Mana lesen pelaburan? Mana laporan pelaburan tahunan? "Oh! itu tidak boleh di dedahkan.. itu rahsia strategi pelaburan kami!" alasan ringkas yang mereka berikan untuk sekali lagi memperbodohkan masyarakat.
Nasihat saya kepada anda! Jika ada peluang-peluang buat duit yang ditawarkan kepada anda, lebih-lebih lagi jika mereka meminta wang dari anda (sama ada berbentuk yuran keahlian / wang pelaburan) dan kemudiannya, meminta anda MENCARI ORANG lain untuk membolehkan anda mendapatkan keuntungan yang besar dalam masa yang singkat. Berhati-hatilah...ops! maaf! Bukan berhati-hati.. tetapi larilah jauh-jauh sekuat-kuatnya.
Selidik terlebih dahulu dari mana asalnya wang keuntungan yang anda perolehi itu? Oh! yer... apabila saya menyuruh anda membuat "selidikan" , ia bukanlah bermaksud, membaca segala maklumat yang terdapat di website mereka dan kemudiannya mempercayainya 100%.
Tetapi apa yang saya maksudkan dengan perkataan "selidik" ialah , selidik terlebih dahulu modus operandi mereka, dari mana sumber duit tersebut datang, dan ke mana duit tersebut pergi. Apa yang menyebabkan mereka boleh memberikan anda keuntungan yang tinggi dalam masa yang singkat?. Tetapi jika anda terlalu daif untuk membuat selidikan, tanyalah dan rujuklah kepada rakan-rakan lain yang lebih arif.  

Pelaburan Forex

Satu lagi pelaburan yang menjadi kegilaan orang ramai pada waktu ini, (terutamanya bekas-bekas mangsa Autosurf & HYIP) ialah pelaburan forex menerusi internet. Untuk makluman anda, pelaburan forex adalah merupakan satu pelaburan yang sangat berisiko tinggi. Malahan, pihak kerajaan serta pihak Bank Negara Malaysia tidak membenarkan mana-mana individu serta syarikat di malaysia untuk menjalankan urusniaga forex ini. Hanya beberapa institusi perbankan sahaja yang dibenarkan dan mempunyai lesen untuk menjalankan urusniaga forex tersebut. Antaranya Bank Islam Malaysia Berhad, Bank Muamalat Malaysia Berhad, Pos Malaysia Berhad dan juga Bank Simpanan Nasional.
Oleh itu, apa yang dilakukan oleh individu-individu yang mempunyai "keghairahan" yang tinggi terhadap pelaburan forex ini , mereka mencari dan menggunakan website-website broker dari luar negara untuk menjalankan urusniaga forex mereka.
Namun begitu, apa yang mereka tidak sedar, kebanyakkan website-website broker tersebut adalah scam dan tidak berlesen.
Jadi, kepada mereka yang "keghairahan" sudah tidak boleh ditahan-tahan lagi daripada bermain forex, berhati-hatilah apabila anda ingin memilih website-website broker untuk melabur di dalam forex.
 

Pelaburan Saham di Bursa Malaysia menerusi Internet

Bank-bank di malaysia seperti Maybank, CIMB , RHB dan lain-lainnya telah melangkah setapak lagi di dalam mengoptimunkan penggunaan internet di dalam perniagaan mereka. Ini kerana, bank-bank tersebut, telah berjaya menyediakan kemudahan kepada pelanggan-pelanggannya melakukan urusan jual beli saham di Bursa Malaysia hanya melalui internet , menerusi laman web mereka.
Untuk menjalankan urusniaga (bermain) saham di Bursa Malaysia menerusi internet ini, anda perlu membuka akaun perdagangan (Trading & CDS Account) anda dimana-mana cawangan bank Maybank / CIMB / RHB berdekatan anda.
Namun begitu, perlu difahami, pelaburan saham di Bursa Malaysia mempunyai risiko yang agak tinggi juga. Jadi, pastikan anda mempunyai ilmu yang secukupnya sebelum melaburkan wang anda di pasaran saham tersebut.
Pelaburan saham ini tidak ada kaitannya dengan "PELABURAN INTERNET" yang telah saya nyataan di atas, ia adalah pelaburan saham yang biasa di Bursa Malaysia, cuma kini, semua urusniaga jual beli saham tersebut, boleh dilakukan menerusi internet.
Jadi, pelaburan saham di bursa malaysia yang dijalankan menerusi internet ini bolehlah dikatakan selamat & benar, kerana anda melabur di Bursa Malaysia yang sememangnya sudah diiktiraf urusniaganya oleh bank negara malaysia.  
 

Kesimpulan

Kesimpulannya... BUAT DUIT DI INTERNET bukanlah satu perkara yang ajaib dan penuh dengan tipu daya!. Ianya tidak mustahil dan telah pun dilakukan dengan jayanya oleh ramai orang. Malahan, di Malaysia, terdapat ramai individu yang telah berjaya menjana pendapatan di internet. Alang , Shuth, Gobala, Zamri Nanyan, Kidino, Saifulsham, Smartzul, Galadriel, Mohd Sufian, Liew CF, Gaman, Tuah Emas, Labanon, Tazilan, Sham , Bitol , Patric Chan, Sunny Tan , Azhar dan ramai lagi yang tidak mampu untuk saya senaraikan semuanya disini... adalah antara rakyat malaysia yang telah berjaya membuat duit di internet melalui PERNIAGAAN INTERNET mereka masing-masing
Jadi.. usah lagi terkeliru. antara PERNIAGAAN INTERNET & PELABURAN INTERNET. Ianya adalah 2 kaedah buat duit di internet yang amat jauh berbeza. Kita amat-amat menggalakkan masyarakat di malaysia membina & menjalankan PERNIAGAAN INTERNET mereka masing-masing, namun kita wajib menolak dan menentang sekeras-kerasnya PELABURAN-PELABURAN HARAM serta SKIM-SKIM CEPAT KAYA yang wujud di internet.
Dengan penjelasan ringkas saya ini, diharapkan, tiada lagi kekeliruan daripada mana-mana pihak mengenai istilah PERNIAGAAN & PELABURAN Internet serta salah anggapan mengenai hakikat sebenar BUAT DUIT DI INTERNET.
Sekian, Wassalam.
 
SUMBER: Mohd Suhaimy a.k.a shuth, WangCyber.com Founder.

Thursday, January 2, 2014

SAY NO TO MLM.


Kenapa MLM adalah skim pyramid?
- Lebih menitikberatkan aspek mencari downline dari menjual produk
- Lebih ramai downline, lebih tinggi komisen, bukan komisen berdasarkan jualan produk

- Anda mendapat komisen dari downline yang mencari downline, dimana anda mendapat komisen tanpa menbuat kerja atau istilah 'atas angin'.
- Modal untuk menjadi ahli amat tinggi, dimana yuran keahlian lebih tinggi daripada harga produk yg wajib dibeli.
- Harga produk yang dijual secara pakej biasanya terlalu tinggi dari nilai produk tersebut.

Kenapa MLM adalah perniagaan yang kotor:
- Anda boleh menjadi kaya raya tanpa menjual produk, padahal syarikat2 MLM tersebut selalu menyatakan bahawa mereka bukanlah skim piramid kerana mereka menjual produk.
- Anda dijanjikan pulangan berlipat ganda dengan kerja yg sedikit, tetapi hakikatnya lebih 80% dari yang menyertai MLM tidak mendapat balik modal.
- Anda diajar menipu untuk menarik bakal-bakal downline dengan janji- janji yang tidak masuk akal.
- Apabila anda menyertai MLM, anda memasuki satu 'sistem', bukanlah sebuah syarikat yang menjual produk sebagai 'nature of business'. Anda sebahagian daripada 'sistem' yang memanipulasi orang lain untuk keuntungan sendiri.
- menjual produk dengan harga yang terlalu tinggi dari nilai sebenar
- Segala kerja keras anda tidak berbaloi dengan pendapatan. Upline2 mendapat pulangan berlipat ganda hasil usaha anda terutamanya pemilik syarikat MLM.
- Sistem 'pelan pemasaran' yang amat meragukan dari sudut Syariah.


Kenapa MLM perlu ditolak terutamanya oleh umat Islam:
- Janji- janji yang ditabur oleh upline anda hanyalah gimik semata- mata.
- lebih daripada 90% ahli yang menyertai sesebuah MLM tidak mendapat kembali modal, apatah lagi untung.
- Terbukti merosakkan hubungan sesama manusia; kawan, sepupu, ibu bapa, rakan sepejabat.
- Anda perlu menipu untuk berjaya menarik masyarakat menyertai dibawah anda
- Skim piramid yang bertopengkan MLM amat meragukan dari sudut Syariah
- Pulangan (jika ada) tidak berbaloi dengan usaha anda, sedangkan upline yang mendapat komisen dari kerja anda. Anda pula hanya mendapat komisyen bila downline anda membuat kerja.

Alasan-alasan yang paling popular digunakan oleh agen MLM sejak 20 tahun lepas:
- Produk kami adalah produk pertama seumpanya di dunia
- Kami bukan skim piramid, buktinya kami menjual produk.
- Jika anda gagal dalam MLM, itu kerana kelemahan anda sendiri, bukan kegagalan sistem MLM
- Ini adalah peluang untuk anda menjadi jutawan dengan modal yang kecil
- Waktu kerja yang fleksibel, singkat dan boleh dijalankan dimana- mana.
- Dengan pendapatan yang anda bakal lakukan dengan MLM, anda boleh bersara awal dan melancong ke seluruh dunia di usia muda
- pelan kami berbeza dengan MLM yang lain dipasaran. Pendek kata pelan kami unik.
- "Jika saya boleh, anda tentu boleh". Sebenarnya anda boleh menjadi jutawan hanya jika anda adalah orang terawal yang memasuki skim ini, iatu tidak lebih dari 10 orang terawal.

Kenapa syarikat MLM jarang dikenakan tindakan walaupun boleh dibuktikan mereka mengamalkan sistem piramid:
- Pemilik syarikat MLM tersebut mempunyai hubungan politik yang sangat kuat
- 'Pelan pemasaran' yang sangat kompleks beserta dengan skim bonus yang pelbagai
memudahkan mereka memutar belit fakta
- Menyatakan bahawa mereka menjual produk sebagai punca pendapatan yang utama, walhal produk hanyalah pengalih perhatian dari operasi sebenar.
- Kurang menerima aduan dari bekas agen MLM yang gagal, kerana mereka sudah ditanam di dalam minda bahawa "jika anda gagal dalam MLM, ia kerana kegagalan anda sendiri, bukan kegagalan sistem MLM."Jadi mereka berasa bersalah terhadap diri sendiri.
- Mempunyai dana yang besar untuk 'menutup' mulut pengadu- pengadu yang ingin membuat laporan

Kenapa ramai yang taksub dengan MLM?
- Kononnya dengan memasuki MLM anda boleh mengecapi segala impian anda yang mustahil dikecapi jika anda bekerja makan gaji.
- Sesi motivasi setiap minggu tersebut mempunya unsur2 'mind control'
(nyanyi beramai2, istilah2 yang sama diulang2)
- Disajikan dengan gambar2 orang2 yang telah berjaya dalam bidang MLM yg mana hampir kesemuanya adalah palsu
- 'In state of denial.' tidak sanggup mengakui kebodohan sendiri setelah menyertai skim MLM, lalu cuba memperbodohkan orang lain supaya nampak seolah2 pandai.
- Kononnya MLM adalah jenis pasaran terbaru, yang mana jika anda lambat, maka anda akan ketinggalan. Perlu diingat bahawa MLM sudah wujud sejak awal abad ke20, jadi tidak masuk akal untuk mengatakan bahawa MLM adalah gerbang baru pasaran runcit.
- Kebanyakan ahli yang memasuki MLM adalah dari golongan yang berpendapatan rendah, maka janji2 bahawa mereka boleh menjadi jutawan dalam masa 2-3 bulan sememangnya akan membutakan hati mereka. Perlu diingat bahawa desakan boleh membawa kepada pemikiran yang tidak rasional.

Untuk renungan:
- Hampir kesemua produk yang ditawarkan oleh syarikat MLM berasal dari negara luar, biasanya Eropah. Ini adalah kerana jika anda ingin menyiasat kesahihan pengilang produk tersebut, agak sukar kerana jarak yang jauh. laman web, e-mail dan nombor telefon boleh dicipta oleh sesiapa saja. Pokoknya anda tidak boleh melawat kilang tersebut untuk melihat dengan mata anda sendiri.
- Logikkah harga sebotol minuman 'kesihatan' berharga RM300? Pernyataan bahawa ia mahal kerana menggunakan teknologi baru atau bahan mentah yang sukar didapati tidak dapat dibuktikan secara sahih. Sijil dan anugerah boleh dibuat oleh sisapa saja.
- 8/10 daripada rakan/saudara/keluarga anda yang ada pengalaman dalam MLM pasti memberi komen yang negatif. Kenapa?
- Jarang-jarang kita mendengar arkitek, jurutera mekanikal, doktor atau juruterbang
memasuki MLM. Sebaliknya semua datang dari golongan yang tak pernah 'cukup duit'.
- Di Malaysia, ada hampir 1700 syarikat MLM yang beroperasi secara sah dan haram. Berapa ramai yang bergelar jutawan hasil dari MLM?
- Jika anda menyertai MLM, anda lebih ditekankan mengenai 'sistem', bukan 'produk'.
- Hampir semua syarikat MLM menawarkan produk kesihatan.
- Jika peratusan yang gagal dalam MLM adalah 80%, adakah 80% rakyat kita bodoh?
- Kebanyakan syarikat MLM yang bertahan lebih dari 5 tahun biasanya mempunya cabang-cabang perniagaan yang lain seperti hartanah dan sbgnya. tetapi syarikat yang semata-mata MLM akan tutup kurang dari 5 tahun.
- Cuba anda cari perbezaan skim Pak Man Telo dan MLM yang anda ketahui. Bandingkan perbezaan tersebut dan tentukan samada relevan atau tidak perbezaan tersebut.
- Piramid yang tidak mempunya 'tapak' akhirnya akan roboh. Anda tidak boleh membina sesuatu tanpa asas, ia pasti akan roboh.


Cradit to: https://www.facebook.com/SNTMLM?fref=ts

Sunday, June 3, 2012

YANG HALAL, YANG HARAM & YANG TIPU

PELABURAN EMAS: YANG HALAL, YANG HARAM, YANG TIPU,
PILIHAN DI TANGAN ANDA.

“Orang tamak selalu rugi, macam anjing dengan bayang-bayang.”
 
Ada beberapa cara terlibat dalam pelaburan emas hari ini. Tapi sila berhati-hati, ada cara yang halal, ada cara yang tak patuh Shariah dan ada cara yang menipu atau skim cepat lingkup. Sila baca artikel berikut dan seterusnya buat penilaian sendiri yang mana satu jenis pelaburan emas yang anda sedang dan akan ceburi. Seterusnya bertindaklah dengan bijak.
1. Emas Fizikal
Beli 25 gram emas fizikal dalam bentuk bar, syiling dan barang kemas. Selagi mana beli secara tunai, tiada isu Shariah. Cara buat untung adalah beli harga rendah, jual harga tinggi.
  • Cara Membeli Emas Perak Patuh Syariah
Syariat Islam secara prinsipnya adalah tetap dan tidak berubah sehingga hari kiamat. Apa yang dinamik adalah aplikasi sesuatu prinsip itu yang berubah mengikut peredaran zaman dan tempat. Misalnya pada zaman Nabi S.A.W, tidak ada urusniaga menerusi internet, tetapi itu tidak bermakna Islam tidak ada panduan untuk berurusniaga dalam talian.

Memandangkan kebanyakan kita membeli emas dengan matawang kertas maka kita perlu memahami hukum penggunaan matawang kertas terlebih dahulu.
Hukum Matawang Kertas
Secara umumnya ulama berbeza pendapat dari sudut adakah matawang hanya terhad kepada emas dan perak sahaja. Sebahagian ulama berkata hanya emas dan perak sahaja yang menjadi matawang.
Manakala sebahagian ulama yang lain berkata apa-apa sahaja dapat menjadi matawang, selagi mana ia dapat berfungsi sebagai medium pertukaran yang diterima dalam masyarakat.
 
 
Selepas emas tidak lagi menjadi sandaran matawang bermula dari 1971. Maka ulama-ulama semasa telah berbincang untuk mendepani situasi ini kerana medium pertukaran (medium of exchange) yang standard, adalah sesuatu yang penting dalam hidup kita semua.
Maka pada 1986 Akademi Fiqh Sedunia yang berpusat di Jeddah telah mengeluarkan fatwa. Sesungguhnya matawang kertas mempunyai kesan, dan sifat yang sama seperti matawang emas dan perak atau matawang bersandarkan emas dan perak.
Halal Digunakan Untuk Tujuan Tertentu
Justeru matawang kertas adalah halal digunakan untuk tujuan zakat, perniagaan dan lain-lain termasuklah hukum riba juga terguna pakai dalam penggunaan matawang kertas.
Akademi Fiqh Sedunia atau Majma Fiqh al-Islami merupakan badan fatwa antarabangsa yang membincangkan pelbagai isu berkaitan umat Islam. Manakala AAOIFI (Accounting and Auditing Organization for Islamic Financial Institutions) adalah badan fatwa antarabangsa yang fokus, terhadap isu-isu berkaitan kewangan dan ekonomi Islam.
Maka berdasarkan konsep Qiyas yang diterima pakai dalam situasi ini, maka matawang kertas merupakan barang ribawi yang mempunyai sama ‘illahnya dengan emas dan perak tetapi berbeza jenis.
Kerajaan-kerajaan negara umat Islam juga menerima pakai pandangan fatwa ini. Justeru adalah wajib untuk kita mengikut fatwa yang telah menjadi undang-undang negara.
Fatwa yang Disahkan Oleh Akademi Fiqh Sedunia
Keputusan Akademi Fiqh Sedunia ini diterima pakai oleh Majlis Syariah Accounting and Auditing Organisation for Islamic Financial Institutions (AAOIFI), yang berpusat di Bahrain pada tahun 2000.
Malah dokumentasi fatwa AAOIFI berkaitan urusniaga matawang ini, adalah dokumentasi fatwa yang pertama kerana medium pertukaran merupakan rukun penting dalam perniagaan.


Justeru pembelian atau pertukaran matawang kertas dengan emas dan perak wajib berlaku secara serah tunai, dan bayar tunai dalam satu sesi urusniaga tanpa ada sebarang penangguhan. Contohnya seperti berikut:
    1. RM 100 untuk membeli 1 gram emas mesti berlaku secara tunai.
    2. RM 1000 untuk membeli 250 gram perak mesti berlaku secara tunai.
Maka, kita mesti mengelakkan daripada membuat urusniaga emas secara tempah, sama ada bayar dulu hari ini dan dapat emas 7 hari kemudian, atau pun bayar dulu hari ini dan pos kemudian tanpa ada mekanisma urusniaga yang betul.
Kita juga jangan membeli secara hutang ataupun installment. Tunggu cukup duit dahulu baru beli.
Sekiranya kita mahu ‘menempah barang kemas’ pula, jual beli emas mesti berlaku secara tunai. Kemudian barulah urusan upah membuat barang kemas dibuat.
Bagaimana Urusniaga Emas Perak yang Patuh Syariah?
#1 – Emas dan Perak Mesti Ada

Sekiranya stok emas cuma ada 1025 gram, maka penjual emas hanya dapat menjual 1025 gram sahaja, walaupun permintaan melebihi dari jumlah yang ada. Penjual tidak boleh menjual emas yang dia tidak ada atas dasar tempahan.
Penjual juga tidak boleh menjual emas yang mempunyai sekatan tertentu seperti emas yang masih dalam pajakan atau gadaian (ar-rahnu). Selepas emas itu tiada sekatan lagi barulah ia boleh dijual seperti biasa.
Apa yang dibenarkan cuma janji sebelah pihak (wa’ad / promise) untuk membeli atau menjual emas dan bukan transaksi jual beli. Aplikasi wa’ad ini perlu diteroka dengan lebih terperinci, untuk mewujudkan mekanisma ‘lock’ harga yang patuh Syariah.
Tuan puan yang mahukan penjelasan terperinci dapat merujuk kepada Syariah Standard #1 AAOIFI, mengenai pertukaran matawang.
#2 – Bayar Secara Tunai
Pembayaran tunai tidak bermaksud mesti duit fizikal berubah tangan. Atas sebab-sebab tertentu duit fizikal tidak dapat dibawa, maka apa yang penting duit mesti cukup dalam akaun bank.
Kemudian kita dapat mengeluarkan cek, telegraph transfer, ATM transfer, debit card transfer mahupun internet banking transfer. ‘Kad kredit’ dari perbankan Islam yang berdasarkan kontrak Bai’ Inah mahupun Tawarruq, dapat digunakan untuk membeli emas dan perak.
Kerana ‘kad kredit’ perbankan Islam adalah berbeza prosesnya dengan kad kredit perbankan riba. Tuan puan yang mahukan penjelasan terperinci dapat merujuk kepada Syariah Standard #1 AAOIFI mengenai pertukaran matawang.
#3 – Serah Emas Perak Secara Tunai


Penyerahan emas secara tunai juga tidak bermaksud emas dan perak fizikal berubah tangan. Penjual dapat memberikan resit atau sijil yang membuktikan kewujudan emas dan perak sama, dan status resit atau sijil ini perlu sama seperti geran hartanah.
Apa yang penting, sijil itu dikeluarkan berdasarkan emas dan perak yang memang ada dalam simpanan penjual, dan bukannya resit atau sijil emas yang belum ada lagi.
Selepas resit atau sijil ini dikeluarkan, maka barulah kita uruskan proses penghantaran emas perak fizikal kepada pembeli dengan cara yang dipersetujui.
Tuan puan yang mahukan penjelasan terperinci dapat merujuk kepada Syariah Standard #18 AAOIFI mengenai qabadh (posession).
Mekanisma urusiniaga ini dapat berlaku dalam urusniaga secara online mahupun offline. Cara yang paling baik adalah syarikat-syarikat pengeluar emas yang sudah kaya raya ini menubuhkan Majlis Syariah, yang terdiri daripada sekumpulan ulama’ yang pakar dalam bidang kewangan Islam.
Ini bagi membolehkan operasi jual beli syarikat disemak dan diaudit secara Syariah. Kepakaran mereka ini dapat mewujudkan mekanisma jual beli emas patuh Syariah, yang seragam untuk industri emas dan perak.
Ini adalah amat penting bagi memastikan umat Islam terselamat daripada aktiviti riba.
Ingat… Kenapa memilih menjadi kaya dengan jalan riba? 
 
2. Akaun Pelaburan Emas
Beli 25 gram emas dari bank, emas fizikal tak perlu ambil. Bank simpan atau bank cuma benchmark harga emas semasa. Yang confirm transaksinya halal cuma KFH dan Al-Rajhi Bank, selebihnya tidak.
·           Akaun Pelaburan Emas

1. Walaupun tajuk post ini adalah, Akaun Pelaburan Emas, tetapi tuan puan yang mengikuti blog saya ini perlu maklum fungsi emas yang sebenar adalah bukan untuk pelaburan. Saya ulang, emas sifat asalnya bukan untuk pelaburan. Dalam konteks keadaan sekarang, saya lebih suka kalau ia difahami sebagai menyimpan harta dalam bentuk emas.
 
2. Akaun pelaburan emas merupakan pilihan lain bagi mereka yang ingin menyimpan harta dalam bentuk emas. Pilihan lain yang dimaksudkan adalah beli jongkong emas, syiling secara fizikal, simpan dan jual balik kepada pembeli lain.
 
3. Untuk peringkat awal, mungkin tuan puan tidak perlu pening bagaimana untuk menyimpan emas fizikal tersebut. Tapi kalau nilai emas itu dah mencecah belasan ribu, puluhan ribu malah ratusan ribu, sudah tentu kita semua risau nak simpan emas-emas tersebut.
 
4. Maka, akaun pelaburan emas mampu mengatasi hal tersebut, malah ready buyer iaitu bank, sentiasa ada selagi mana bank itu wujud.
 
5. Di Malaysia, sehingga artikel ini ditulis ada 4 akaun sebegini ditawarkan iaitu Public Bank Gold Investment Account, Maybank Gold Savings Passbook Account, CIMB Gold Saving Passbook Account dan KFH Gold Account-i.
 
6. Akaun Public Bank Gold Investment Account jelas tidak mematuhi Shariah kerana physical gold withdrawal tidak dibenarkan, begitu juga dengan CIMB Gold Saving Passbook Account. Maybank Gold Savings Passbook Account juga tidak mematuhi Shariah kerana akaun emas ini walaupun boleh dibuka di mana-mana cawangan Maybank, tetapi untuk membuat physical gold withdrawal hanya boleh boleh dibuat di cawangan tertentu sahaja. (Maklumat yang dipaparkan di web sehingga artikel ini ditulis pada 17 Mei 2010). Hal ini bertentangan dengan prinsip jual beli emas yang disebut dalam hadis Nabi saw yang telah disebut dalam artikel yang lepas. Intipati hadis tersebut boleh dilihat menerusi jadual berikut:
 
 
7. Ingat, dalam Islam jual beli emas mesti dibuat secara tunai (spot) dan tidak boleh secara kredit / hutang / tertangguh. Jika perbuatan kita membeli emas sebegitu maka kita telah mengamalkan riba al-fadl, satu lagi jenis riba selain riba pinjaman.
 
8. Manakala, KFH Gold Account-i pula adalah akaun yang patuh Shariah kerana kita semua boleh membuat physical gold withdrawal sejurus selepas membuka akaun tersebut. Nak mintak mereka simpan pun boleh, nak kita terus pegang emas fizikal pun boleh. Walaupun semua cawangan KFH menawarkan akaun ini, tetapi kita hanya boleh berjual beli emas di tempat akaun kita dibuka sahaja untuk memastikan emas-emas itu memang wujud selaras dengan prinsip Islam dalam jual beli emas yang telah ditunjukkan dalam hadis berkaitan riba al-fadl itu tadi.
 


9. Alhamdulillah, KFH kini telah memberikan pilihan yang sangat baik untuk umat Islam khususnya dalam hal ini. Semoga bank-bank Islam lain dapat menawarkan akaun yang sama untuk memberikan pilihan yang lebih baik kepada kita semua. Untuk makluman, emas yang ditawarkan oleh KFH adalah emas 995.
 
10. Justeru, kini kita semua mempunyai lebih pilihan untuk menyimpan harta dalam bentuk emas. Kalau rasa tidak mahu simpan semuanya dalam bentuk fizikal, sudah ada akaun bebas riba yang memberikan pilihan yang lain.


3. Emas + Ar-Rahnu
Kalau emas dah beli secara tunai dan kemudian digadaikan, ok. Patuh Shariah. Kalau buat kombo sekaligus, maka ada isu Shariah yang pelu diperhalusi.
·      Hukum Pelaburan Emas ar-Rahnu 
“Boleh tak melabur emas dengan ar-Rahnu?”

Melabur emas dengan bergadai?

Saya bertanya dalam hati.

Daripada emel-emel yang saya terima, prosesnya adalah seperti berikut:

1. Penjual menjual emas 20g dengan harga RM 3000.

2. Pembeli hanya perlu membayar 30% bersamaan dengan RM 900.

3. Pergi ke kedai ar-Rahnu dan emas tersebut dipajakkan 70% dari harga semasa. Selepas selesai proses ar-Rahnu, pembeli menerima RM 2,100.

4. Pembeli membayar baki hutang kepada penjual iaitu RM 2,100 yang diterima dari ar-Rahnu. Emas kedai yang simpan.

5. Penjual senyum untung jual emas. Pembeli ada hutang RM 2,100 dan juga perlu membayar upah simpan. Emas dalam kedai ar-Rahnu.
Persoalan Hukum
Jual beli di atas adalah tidak patuh Syariah. Haram kerana proses jual beli di atas adalah jual beli secara hutang.

Jual beli emas secara berhutang adalah riba.
Apa yang Boleh?
1. Beli emas secara tunai, RM 3,000 untuk 20g.

2. Selesai jual beli barulah emas 20g itu tadi digadaikan di kedai ar-Rahnu.

3. Dapat RM 2,100 boleh lah digunakan untuk apa-apa tujuan yang baik.

4. Bayar upah simpan dan tebus balik emas dengan membayar hutang RM 2,100.

5. Emas dapat semula. Hutang habis.
Bijak ke Tidak?
1. Persoalan hukum sudah terjawab.

2. Perhatikan kesan yang pembeli perlu tanggung:

i. Hutang sebanyak RM 2,100.

ii. Kos upah simpan

iii. Emas disimpan oleh kedai ar-Rahnu dan mereka akan lelong emas tersebut bila kita gagal bayar hutang dan kos simpan apabila sampai tempohnya.

3. Adakah “melabur” untuk mendapatkan “hutang” adalah langkah yang bijak?

4. Harga emas tidak sentiasa naik.  
 
4. Saham syarikat berhad yang berkaitan emas di Bursa Malaysia

Setahu saya hanya Poh Kong Holdings Berhad (5080) yang sahamnya dijual beli di Bursa Malaysia. Wah Chan dan Habib Jewels masih Sdn Bhd. Syarikat Poh Kong merupakan penjual emas dan barang kemas paling besar di Malaysia dan mempunyai lebih 100 cawangan seluruh negara. Beli saham Poh Kong Holdings Berhad dan kita berpeluang mendapat capital gain dari harga saham dan juga dividen tahunan. Saya ulang, dividen tahunan. 

5. Skim Cepat Lingkup (SCAM)

Caranya, beli emas dapat dividen, duit dan pulangan x% setiap bulan. Ini skim cepat lingkup. Emas fizikal tak beri dividen. Akaun pelaburan emas pun tak beri sebarang dividen. Kalau nak dapat dividen pun kena beli saham macam syarikat Poh Kong yang tersenarai dengan Bursa Malaysia untuk tujuan tersebut, tapi itu bukan beli emas tapi beli saham.
Kalau syarikat berkaitan emas yang paling besar pun cuma berani dan mampu beri dividen tahunan sahaja, kenapa boleh ada syarikat biasa-biasa yang nak janjikan pulangan dividen setiap bulan? Ia tidak masuk akal. Syarikat sebegitu adalah musang yang sedang membela ayam.
Apa yang sebenarnya syarikat sebegini jual? Emas ke saham?
Jika emas, mana emasnya? Jika emas tiada, emas tak boleh kita ambil maka itu sudah jadi transaksi / pelaburan haram di sisi Islam.
Kalau saham pula, adakah ia tersenarai di Bursa Malaysia atau mana-mana bursa saham lain ?
Apakah operasi sebenar syarikat tersebut? Terlibat dalam jual beli emas macam Poh Kong, Habib dan Wah Chan atau cuma sedang menipu orang ramai, penjawat awam dan makcik-makcik di kampung?
Modus operandi skim cepat lingkup bermula dengan model “pelaburan” semudah operasi skim Pak Man Telo dan Labu Peram. Kemudian disusuli skim forex, futures market, CPO, ternak lembu, rumpai laut, jala ikan, MLM dan kini pelaburan emas.
Tak percaya?
“Takkan dia tipu pula, sebab saya masih dapat duit tiap-tiap bulan!” ujar seorang pegawai kerajaan.
Ok. Tiada masalah.
Pergi lah habiskan semua duit simpanan, duit simpanan nak pergi haji, pecahkan tabung anak, gadai tanah, buat pinjaman bank, minta duit & paksa emak ayah, adik beradik, kawan-kawan semua masuk dan jumpa peneroka Felda dan orang kampung untuk terlibat dalam skim yang sama.
Pergi buat apa yang patut untuk terlibat dalam skim macam ni. Pergi buat untuk jadi kaya dengan jalan menipu. Teruskan mengikis duit orang lain.
Saya dah tegur dan ingatkan skim cepat lingkup sebegini melalui siri seminar, ceramah dan bengkel dan hari ini melalui blog. Saya cuma nak selamatkan diri saya, keluarga dan kalian yang mahu percaya sahaja.


KESIMPULAN 
Setelah membuat penilaian ke atas jenis-jenis pelaburan emas yang ditawar dalam pasaran sekarang, anda tentu boleh menentukan jenis pelaburan emas apa yang akan anda ceburi. Jika anda cerdik dan beriman (islam), anda sepatutnya menceburi pelaburan emas yang patuh shariah. Jika anda cerdik tapi bukan islam, anda boleh menceburi apa saja jenis pelaburan emas KECUALI  Skim Cepat Lingkup (SCAM). Kerana Skim Cepat Lingkup hanya untuk orang-orang yang tidak cerdik, berfikiran jumud, pemalas dan penipu.