Showing posts with label PENGURUSAN KEWANGAN. Show all posts
Showing posts with label PENGURUSAN KEWANGAN. Show all posts

Saturday, September 18, 2021

DO & DON’T DALAM PERSEDIAAN PERSARAAN

Setelah berpuluh tahun berhempas pulas mencari rezeki demi kelangsungan hidup, sudah tentu hari persaraan tatkala umur menjangkau 55 atau 60 tahun adalah sesuatu yang dinantikan. Selepas bersara, anda boleh menikmati hidup yang yang lebih tenang tanpa terikat dengan kesibukan kerjaya. Bagaimanapun, tidak dapat dinafikan simpanan yang mencukupi adalah sangat penting agar anda boleh bersara tanpa sebarang kebimbangan, lebih-lebih lagi dengan perbelanjaan hidup yang kian meningkat. Menurut kajian daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), majoriti ahlinya mempunyai purata simpanan berjumlah RM50,000 dan akan menggunakan keseluruhan wang simpanan dalam tempoh yang singkat. Hal ini menjadikan pesara berdepan masalah kewangan apabila memerlukan dana untuk perbelanjaan perubatan mahupun kos sara hidup. Oleh sebab itu, anda perlu membuat persediaan awal, merancang perbelanjaan serta menyediakan simpanan yang mencukupi.

Banyak fakta di sini adalah penelitian dari liku-liku pengalaman hidup zaman bekerja yang ingin kita kongsikan pada orang muda. Anda sendiri mungkin akan mengalami fasa yang sama tetapi eloklah belajar dari pengalaman orang lain agar perjalanan hidup lebih mudah dan bermakna. Nothing better than learning from other’s experiences, pitfalls, perils and mistakes. Ada beberapa perangai orang melayu yang saya perhatikan boleh diperbaiki dan disesuaikan dengan zaman sekarang terutama mereka yang sedang memasuki alam persaraan.

Ikuti beberapa tips mudah berikut yang dapat membantu anda menghadapi hari persaraan anda kelak:

1. ASINGKAN SEBAHAGIAN PENDAPATAN UNTUK ‘TABUNG PERSARAAN’


Anda disarankan untuk mengasingkan antara 10 ke 20 peratus daripada gaji bulanan anda untuk hari persaraan. Kebanyakan daripada kita berpendapat bahawa hari persaraan masih jauh dan masih mempunyai masa untuk menabung. Disebabkan itu, ramai yang cenderung berbelanja tanpa berfikir panjang. Bagaimanapun, kesedaran awal adalah lebih baik kerana kita tidak dapat menjangka apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Lebih awal anda menyimpan, sudah tentu jumlahnya akan dapat membantu anda menempuh hari-hari persaraan dengan lebih tenang. Sebagai contoh, jika anda memulakan tabung persaraan pada usia 35 tahun dengan pendapatan bulanan RM3,500, anda boleh mengasingkan RM350 sebulan (10 peratus gaji bulanan). Dengan itu, apabila bersara pada usia 60 tahun, wang dalam tabung persaraan anda telah mencecah RM105,000 dan sudah tentu memudahkan anda menjalani alam persaraan.

2. BUAT KIRA-KIRA PERBELANJAAN HIDUP SEMASA


Setiap individu mempunyai gaya hidup yang berbeza dan tersendiri mengikut kemampuan masing-masing.  Untuk hari persaraan yang lebih sistematik, anda perlu mengetahui kos perbelanjaan hidup semasa terutamanya komitmen bulanan jangka panjang seperti pinjaman perumahan, kereta, insurans, pendidikan dan lain-lain. Pastikan komitmen bulanan anda berkurangan menjelang tempoh persaraan. Seboleh-bolehnya, elakkan komitmen yang tinggi mahupun membuat pinjaman baru jika tempoh bekerja anda hanya berbaki 5 ke 6 tahun sahaja. Apabila komitmen anda berkurangan, wang persaraan anda boleh digunakan untuk perkara lain misalnya percutian idaman bersama keluarga tersayang.

3. KENAL PASTI MATLAMAT PERSARAAN ANDA

Mungkin apabila bersara nanti, anda memerlukan wang untuk menyara kehidupan seharian anda sahaja, namun ada juga yang memerlukan peruntukan untuk menampung perbelanjaan perubatan dan membayar hutang-hutang yang masih berbaki. Selain itu, ada juga yang perlu menggunakan wang persaraan untuk perbelanjaan-perbelanjaan besar seperti membina atau mengubahsuai rumah, menunaikan haji, melancong dan menampung perbelanjaan anak-anak yang masih belajar. Oleh itu, amat penting untuk anda menentukan apa yang mahu anda lakukan selepas bersara nanti. Sekiranya sudah jelas, anda tidak akan membuang masa dan akan memastikan wang persaraan anda disalurkan ke haluan yang tepat mengikut  kehendak anda.

4. DAPATKAN PERLINDUNGAN INSURANS KESIHATAN

Sudah menjadi lumrah apabila usia seseorang meningkat, tahap kesihatan juga tidak lagi pada tahap yang optimum. Oleh itu, anda mungkin kerap berulang alik mendapatkan rawatan di klinik mahupun hospital. Amat penting untuk anda melengkapkan diri dengan insurans perubatan secukupnya yang memberikan anda perlindungan melangkau tempoh persaraan. Mengikut kajian, rakyat di negara ini secara puratanya mampu hidup sehingga usia 80 tahun. Oleh itu, anda disarankan mendapatkan insurans yang dapat membantu membiayai perbelanjaan perubatan anda melebihi umur 80 tahun. Pastikan juga insurans tersebut melindungi penyakit-penyakit kritikal dan manfaat-manfaat unik yang dapat digunakan sepanjang usia emas anda. Sesetengah pelan insurans juga memberikan pulangan kewangan setelah polisi matang mahupun tamat tempoh. Melaburlah dengan lebih awal dalam pelan-pelan seperti ini kerana sedikit sebanyak ia dapat meringankan beban kewangan anda sekaligus menjalani tempoh persaraan dengan lebih tenang.


5. KEINGINAN RUMAH BESAR 10 BILIK

Beberapa rakan yang bekerja sebagai ejen hartanah memaklumkan bahawa trend sekarang ialah pasangan berumur menjual banglo mereka dan berpindah kepada rumah teres atau condo yang lebih kecil. Semasa umur muda mereka bertungkus lumus mencari duit dan hutang bertimbun membeli rumah besar agar semua anak selesa apabila balik beraya. Tetapi hakikatnya, 350 hari dalam setahun, hanya kesunyian di rumah kerana anak-anak sudah mempunyai keluarga dan rumah sendiri. Atok hanya mendiami satu bilik dan sembilan bilik lain dipenghuni oleh jin. Lagi pun bukan mudah membuat penyelenggaraan rumah besar dalam usia tua. Anak yang balik raya sekarang ini boleh menyewa homestay atau hotel untuk beberapa hari. Lebih menyedihkan hutang rumah besar masih belum langsai walaupun kubur sudah kata mari. Fikir-fikirlah samada anda perlu bertungkus lumus bermatian membeli rumah besar yang akan menjadi white elephant dan dijual semula oleh anak-anak apabila ketiadaan orang tua nanti. Worst, rumah besar menjadi fitnah rebutan harta pusaka para waris.


6. KEINGINAN NAFSU MEMILIKI VELLFIRE

Setiap orang pencen bercita-cita memiliki vellfire kerana kereta besar ini boleh membawa ramai ahli keluarga dengan comfy. Sebenarnya kereta berstatus tinggi ini bukan murah dan mempunyai kos penyelenggaraan yang tinggi. Apabila ditanya kepada seorang rakan kenapa beliau kerap memakai Proton Iriz walaupun mempunyai Vellfire, “Sangat convenient bawa kereta kecil pergi kedai short errants dan parking pun mudah” balas beliau yang mengaku memakai Vellfire sekali dua dalam sebulan sahaja. Apabila difikir secara rasional adakah berbaloi menyimpan satu kenderaan yang mempunyai kos penyelenggaraan, insurance dan cukai jalan yang tinggi tetapi digunakan sekali sekala?

 

7. CITA-CITA BESAR MEMILIKI TANAH DURIAN 10 EKAR

Kerap kali kita mendengar rakan-rakan yang ingin berkebun selepas bersara mengusahakan ladang durian 10 ekar. Walaupun ianya satu impian yang bagus, menanam durian memerlukan komitmen dan modal yang tinggi. Saya selalu menasihatkan agar impian tersebut dimulakan secara kecilan dari usia muda, bukan ketika badan sudah kerepot. Kecuali jika anda ingin mengupah pekerja asing menjaga kebun, kesemua kerja kebun terpaksa dibuat sendiri seperti membaja, meracun, weeding, pruning, dan memungut buah. Itu semua memerlukan tenaga empat kerat. Kebiasaan bila rakan-rakan pencen bertanya berkenaan hobi tanaman durian, saya akan menjawab, “Elok kau beli aje durian kat kedai bila teringin nak makan. Jangan menyusahkan diri nak tanam sendiri pokok durian diusia tua. Don’t buy a cow to drink milk. Just buy the milk at the supermarket”. Tentunya rakan faham apa maksud saya itu.


8. HASRAT GRAND WEDDING UNTUK ANAK

Ada dalam kalangan pesara yang menghabiskan duit simpanan beratus ribu untuk anjur majlis perkahwinan di hotel 4 star. Walaupun upacara sehari sahaja tetapi majlis perkahwinan dibuat paling meriah dan gah sekali. Saya tidak mahu komen lebih berkenaan perkara ini tetapi berpendapat adalah lebih baik kos belanja tersebut diserah pada young couple untuk membina hidup baru. Lebih menyayat hati, setelah berbelanja ratusan ribu ringgit untuk perbelanjaan perkahwinan yang gah, pasangan tersebut bercerai sebelum anniversary mereka yang pertama. Cukuplah sekadar majlis simple dan ala kadar yang dituntut oleh agama.


9. IMPIAN BERSARA MAHU DUDUK MASJID

Ini yang paling kerap kita dengar dari rakan yang akan berpencen. “Aku nak duduk masjid selepas pencen, Jadi noja masjid pun tak apa” kata mereka. Impian ke masjid lima waktu adalah sangat baik tetapi jika tidak menjadi tabiat dari muda ianya bukan perkara mudah. Hati perlu dipupuk untuk berpaut pada masjid sebelum pencen agar ianya dijadikan sebagai habit. Hakikatnya, bila sudah tua ganyut hati tersangat liat. Makanya, jika terdetik niat yang baik sebegitu, jangan tunggu pencen, mulakan sekarang.


10. IMPIAN TRAVEL SATU DUNIA

Semua mempunyai impian travel satu dunia apabila pencen tetapi hobi ini memerlukan banyak wang dan sihat tubuh badan. Saya nasihatkan agar rakan-rakan belajarlah travel sedikit demi sedikit diusia muda dan bila bersara nanti, badan dan poket tidaklah terkejut. Seorang rakan terlalu asyik dan gamit travel selepas bersara sehinggakan habis semua duit epf beliau dalam setahun. Selepas itu beliau menjadi murung dan mengalami depression.


11. IMPIAN UNTUK BEKERJA SEHINGGA MATI

Walaupun telah bersara, namun ada sesetengah individu yang masih mahu bekerja atas sebab tertentu. Berdasarkan kajian Merrill Linch dan Age Waved, seramai 7 daripada 10 pesara mahu terus bekerja. Ini mungkin kerana mereka mahu mengisi masa lapang atau menampung perbelanjaan harian. Sekiranya anda ingin terus bekerja, gunakan kepakaran atau kemahiran anda untuk  menjana pendapatan. Anda boleh melakukan kerja dari rumah seperti menjahit, menulis, dan bertukang atau menjadi konsultan kepada organisasi yang masih memerlukan kepakaran anda. Ramai rakan pesara yang gelisah selepas bersara dan sibuk mencari pekerjaan lain kerana tidak bersedia dari segi moral dan belanjawan. Jika pekerjaan dianggap seperti hobi tidak mengapa asalkan tiada stress tinggi. Untuk bersara perlu proper planning, right mental dengan pasif income yang mencukupi. 

Wallahua’lam.

 

SUMBER;

1.      Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar (FB Zainuddin Omar)

2.      https://www.aia.com.my/ms/what-matters/finance/persediaan-untuk-persaraan.html

Monday, August 4, 2014

CARA BELI KERETA TUNAI - AWAS : BANK SANGAT TIDAK SUKA ARTIKEL INI

Artikel ini hasil karya Saudara Saiful Nang dalam FB beliau. Saya copy paste dalam blog saya dan tambah sikit gambar-gambar berkaitan kerana saya suka artikel yang simple ini. Harap saudara Saiful "halal" kan ilmu ini untuk kita kongsi bersama....
 
Keperluan : Perlu kereta untuk kerja
Batasan : Nak kumpul duit cukup sampai tua tak beli kereta
Solusi biasa : Pinjam Bank
Harga Kereta : RM40,000 - D/P RM4000 - bulanan RM438.33 Interest : 3.5% Tempoh : 9 Tahun
Keuntungan Bank : RM11,339.64 (lebih tinggi jika buat ZERO d/p dan ini tidak termasuk jika selalu kena penalti bayaran l...ewat)
Documentation Pembelian : RM4000 (Bank, Agreement, Insurance, JPJ yang semua ini biasa car dealer tak benarkan kita buat sendiri kecuali menggunakan runner mereka dengan rate yang telah mereka tetapkan...kita sain jer, lepas tu kita juga kena bayar bulan-bulan).
Jumlah EXTRA yang perlu dibayar kerana buat loan : RM25,339.64


 Kita nak buat begini

Harga kereta : RM40,000 (RM38,000 - biasa boleh nego kalau tunai)
Bayaran : RM38,000
Untung bank : ZERO

Masalah biasanya ialah susah orang nak tunggu kerana kerata sangat perlu untuk pergi dan balik kerja. Mari saya cadangkan satu cara yang pernah berjaya dibuat oleh mereka yang pernah datang meminta nasihat sebelum ini (kita panggil beliau "Najib" - fresh graduate yang bekerja dengan swasta).

Anda target untuk memiliki sebuah Perodua Myvii berharga RM40,000 atau yang setaranya.

Misi : Kumpul duit RM40,000
Tapi : Perlu kereta segera

Kumpul RM4,000 dan mula dari situ. Dengan RM4000 itu boleh bayar downpayment HUTANG kereta baru ATAU dengan RM4000 itu boleh dapatkan sebuah Perodua Kelisa / Kancil yang berusia lebih 12 tahun. Masa ini biasanya bank sudah tak bagi finance kereta seumur itu dan harganya akan drop serendah-rendahnya kerana sasaran hanya kepada pembeli tunai. RM4000 boleh dapatkan sebuah kereta Kancil yang sangat mungkin kosmetiknya kurang tapi kerosakannya mungkin kurang.

Najib pilih ikuti nasihat untuk beli sebuah Perodua Kancil EX660 yang masih berkeadaan baik dengan harga RM3500 (Sebenarnya Proton Wira pun boleh dapat harga begitu...cuba cari di Mudah.My dan pastikan kita tak silap pilih kereta bermasalah). Pilih model yang spare-part dan repair murah dan kalau lebih baik dapatkan kereta yang dalam kondisi terjaga. Sekarang, untuk tujuan pergi dan bali kerja sudah tercapai. Yang tak tercapai ialah tiap-tiap raya tak boleh nak eksyen dengan bekas gelfren kononnya nak tunjukkan "achievement". Tahap ni, kena sabar sikit kerana kawan-kawan sebaya termasuk junior sekolah pun dah mula tayang Honda City mereka (hutang) bayar tempoh maksimum.

TETAPI walaupun tiada komitmen bulanan, Najib dinasihatkan untuk membuat tabungan sebanyak RM450 sebulan di dalam pelaburan koperasi yang menguntungkan. Kalau beli kereta barupun, RM450 juga akan bayar bulan-bulan...anggaplah macam beli kereta dengan loan cuma RM450 kita laburkan bukan bayarkan loan. Dalam kes ini, Najib saya sarankan untuk melabur dalam KPF (Koperasi Permodalan Felda) kerana beliau juga anak Peneroka. Untuk pengetahuan, KPF bayar dividen sangat tinggi juga (selain itu dengarnya Koperasi Angkatan Tentera juga tinggi pulangannya). Jika tidak, paling teruk pun boleh masukkan dalam ASB atau Tabung Haji dengan kadar dividen yang "not bad" lah...jangan simpan dalam akaun simpanan yang ada ATM dan kemudian susah nak disiplinkan diri bila Sarcasteek keluarkan design-design baru...gatal jer nak gi shopping. Boleh juga cari prospek pelaburan lain yang mungkin lebih baik seperti emas, unit amanah, bon dan lain-lain, cuba intai-intai perunding kewangan yang terbukti rekodnya (saya cadangkan perunding dari The Millionaire Sister Group)

RM450 x 89 bulan = RM40,050
Apabila disekalikan dengan dividen pelaburan, tempoh 89 bulan itu boleh dikurangkan sehingga 70 bulan ataupun pada tempoh yang sama boleh dapat sampai RM55k-60k

Untuk kes Najib, beliau dapat disiplinkan diri untuk menyimpan RM450 dan dilabur dalam prospek pelaburan yang cerdik. Bulan ke 70 sahaja, beliau dah ada RM40k (kira-kira 5 tahun lebih). Mari kita mula kira

Dalam simpanan : RM40,000
Harga Perodua Kancil lama : RM2000
Tempoh tahan sabar kerana tak macho : 70 bulan

Ok, asalnya beliau nak beli sebuah kereta MyVii baru RM40k kan? Tapi selepas beliau dah ada kuasa tunai, beliau dapat beli sebuah Honda CRV terpakai yang masih dalam kondisi "Nora Danish" (cun) dan mempunyai maintenance yang rendah serta trade-in value yang tinggi dengan apa yang beliau ada. Disebabkan pembelian secara tunai, sebuah kereta Honda CRV dengan harga buka RM55k boleh tawar sampai harga RM45,000.

Sekarang, Najib sedang mencarum semula dalam dana keretanya sebanyak RM600 sebulan. Dalam tempoh 7 tahun akan datang, Najib boleh memiliki sebuah Mercedes S320 terpakai dengan harga RM100k (harga beli baru RM800k). Ada cara lebih baik jika masih sabar, beli sahaja kereta pada nilaian RM20-30k dan selebihnya teruskan mencarum untuk pelaburan dan lebarkan prospek pelaburan yang ada. Macam orang tanam pokok yang dah berbuah, nak ambil buah jangan tebang pokok tu, trim sikit sudahlah...and let the money work for you.

Kita tak perlu jadi penganalisis ekonomi untuk jadikan kita bijak. Kita cuma perlu BERPUASA sedikit. 7 tahun sahaja orang rasa tak cool bawa kereta cabuk. Lepas 7 tahun...kawan yang pakai Hondai City tu masih terkial-kial bayar bulanan. Awak dah bawa kereta lebih tinggi statusnya secara TUNAI.

Boleh cuba sekarang. Saya tahu kerana saya pernah jadi orang bodoh yang rakus mahukan impresi orang dengan kereta baru yang HUTANG dan dari situ saya belajar...untuk BERPUASA dan beli kereta bukan untuk tayang pada orang lalu saya mampu bebas dari hutang kereta. Saya juga pernah berkata, kenapalah aku bodoh sangat kerana tidak tahu perkara ini dari zaman muda dahulu lagi.

Jaguar S-Type (muka jongos) pada zaman kegemilangannya pada tahun 2001 dahulu berharga sekitar RM800k dan hanya RM50k pada hari ini. Orang tetap lihat...itu ialah Jaguar. Bawa Jaguar baru RM800k dan Jaguar terpakai RM50k jenamanya tetap sama. Pak Bilal yang taknak kahwinkan anaknya kepada kamu kerana kamu pakai Kancil 660 pun tak tahu beza harga Jaguar baru dan 2nd hand pun.

Beli kereta untuk keperluan...jangan bayar lebih untuk puaskan hati sendiri dengan sakitkan mata dan hati orang lain yang melihat. Lagi satu, orang kata kalau beli kereta tunai nanti income tax cari...jangan takut pasal perkara ini jika anda bukan jenis orang lari dari cukai. Cukai hanya kutip berdasarkan pendapatan kita dan bukan kerana kita beli kereta tunai.
 
Sekian tips kewangan dari kisah sendiri. Ini SEKADAR TIPS dari saya dan saya pasti ada ribuan tips lain yang lebih baik. ALASAN TETAP ADA UNTUK TIDAK MELAKUKANNYA DAN ITU SEMUA PILIHAN ANDA. Tidak ada paksaan dan satu statement mengatakan apa yang saya tips kan ini satu ketetapan negara...maka, tak perlu beri alasan sangat kepada saya. Saya tak perlu pun dengar alasan untuk mengubah apa yang telah berjaya dilakukan (past-tense dah). Ini bukan isu beli liabiliti dengan tunai satu tindakan kurang bijak...tetapi pada saya, ini cuma satu usaha untuk tidak commit kepada riba termasuk "Riba' Islamic".

Selamat mencuba.

Sila share supaya anda dibenci oleh bank-bank. Takpe biar bank benci anda tak mengapa, jika kereta anda rosak...bukan bank datang tolong pun.

SAIFUL NANG