Showing posts with label UNIT TRUST. Show all posts
Showing posts with label UNIT TRUST. Show all posts

Tuesday, February 11, 2014

Polemik Hukum Pelaburan ASB.

Banyak benar saya membaca tentang hukum hakam melabur dalam ASB dan ASN. Berikut adalah antara artikel yang saya gemari. Mari kita membaca.....

Oleh
SUDAH beberapa kali saya menulis artikel dan meletakkan status di Facebook mengenai hukum pelaburan Amanah Saham Bumiputera dan Amanah Saham Nasional (ASB/ASN).

Namun masih ramai yang bertanyakan penulis perihal status hukum pelaburan ASB dan ASN ini, memandangkan topik ini antara yang terhangat dibahaskan di alam siber.

Pertamanya perlu disebutkan bahawa penulis bukanlah orang yang berkelayakan untuk mengeluarkan fatwa. Sebagai orang awam kita harus sentiasa hormat kepada pihak yang diamanahkan kerajaan, terutama Majlis Raja-Raja yang bertanggungjawab melantik mufti untuk merungkaikan permasalahan umat mengenai hukum hakam agama.

Kegagalan menghormati dan mengiktiraf kedudukan pihak lebih berautoriti atau berkelayakan mengeluarkan fatwalah yang menyebabkan umat menjadi celaru kerana terlalu banyak ‘ustaz’  yang sewenang-wenang mengeluarkan hukum halal-haram.

Berbalik kepada polemik ASB dan ASN ini, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1 - 3 Februari 2008 telah pun memutuskan skim pelaburan ASB dan ASN serta dividen atau bonus yang diterima pelabur adalah harus hukumnya.

Dalam muzakarah yang dihadiri Ahli Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang turut diwakili mufti-mufti seluruh Malaysia dan individu-individu berkepakaran dalam bidang fekah dan muamalah mengharuskannya atas hujah menjaga kepentingan dan maslahah umat Islam serta mengelakkan kemudaratan yang lebih besar.

Namun, polemik berkenaan dengan ASB dan ASN mula timbul semula apabila Jabatan Mufti Selangor mengeluarkan fatwa yang diputuskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 2/2011 yang bersidang pada 12 April 2011, memutuskan skim pelaburan ASN dan ASB tidak halal kerana bertentangan dengan hukum syarak.

Antara alasan mereka ialah dana-dana ASN dan ASB secara jelas terlibat dalam aktiviti pelaburan yang bercampur-campur antara patuh syariah dan tidak patuh syariah dan sebahagian besarnya adalah daripada sektor kewangan konvensional.

Menurut fatwa itu lagi skim ASN dan ASB juga tidak diklasifikasikan sebagai dana unit amanah yang patuh syariah oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti kerana terlibat dalam pelaburan yang haram terutamanya dalam kaunter perbankan konvensional berteraskan riba.

Untuk pengetahuan, di bawah Suruhanjaya Sekuriti terdapat resolusi syariah yang jelas mengenai pelaburan saham syarikat yang terdapat percampuran dalam aktiviti dan operasinya.

Sebagai contoh, sekiranya sebuah konsortium atau syarikat yang perniagaan utamanya patuh syariah seperti konsortium hartanah tetapi anak syarikatnya terlibat dengan aktiviti perjudian, maka pihak Suruhanjaya Sekuriti akan menilai status kewangannya terlebih dahulu.

Sekiranya, pendapatan daripada syarikat judi tersebut kurang daripada 5% berbanding pendapatan keseluruhan syarikat utama, maka kaunter saham syarikat tersebut masih dianggap patuh syariah.

Walau bagaimanapun, dalam kes pelaburan ASB/ASN, dana-dana ini dilaburkan dalam syarikat kewangan konvensional berasaskan riba iaitu Maybank melebihi paras 5% yang ditetapkan oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti.

Persoalannya sekarang fatwa manakah yang hendak dituruti?

Bagi pandangan peribadi penulis, sebagai orang awam kita boleh memilih untuk mengambil pandangan atau fatwa yang dikemukakan, sama ada oleh Majlis Fatwa Kebangsaan ataupun Pejabat Mufti Selangor. Kedua-duanya adalah badan berautoriti untuk mengeluarkan fatwa dan mempunyai hujah tersendiri. Dalam konteks ijtihad sebegini, tiada istilah siapa yang betul mahupun salah secara mutlak, sebagaimana hadis Nabi SAW:

“Apabila seorang hakim memutuskan sesuatu keputusan, maka dia berijtihad dan ijtihadnya betul, maka baginya dua pahala. Dan apabila dia berijtihad dan keputusannya salah, maka baginya satu pahala”.

Walau bagaimanapun dalam konteks wara’, seseorang digalakkan untuk meneliti secara terperinci setiap skim pelaburan ke mana dana-dana tersebut akan disalurkan. Yang dimaksudkan dengan wara’ di sini ialah ketakwaan kita pada ALLAH hingga meninggalkan perkara-perkara yang tidak jelas atau samar-samar.

* Penulis Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim)

Kesimpulan Saya,
Kita perlu yakin dan perpegang kepada fatwa pihak yang PALING berautoriti iaitu fatwa yang dikemukakan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. (http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/pelaburan-dalam-asn-asb-dan-seumpamanya). Jika tidak, kita akan terus-terusan berada dalam kesamaran.
 

Sunday, February 10, 2013

AMANAH SAHAM = UNIT TRUST = U NEED TRUST

Bekas juara tinju dunia, Muhammad Ali pernah berkata; mereka yang takut mengambil risiko, tidak akan menempa kejayaan dalam hidup. sememangnya hidup ini penuh dengan risiko, namun tidak ramai yang mengetahui bahawa risiko boleh diurus.

Di antara risiko yang boleh diurus ialah pelaburan dalam saham amanah (unit trust). Ramai yang membuat andaian bahawa saham amanah itu hanyalah yang diuruskan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) seperti Amanah Saham Bumiputra (ASB) ataupun Amanah Saham Nasional (ASN). Tidak ramai yang mengetahui kebanyakan institusi perbankan di negara ini menawarkan saham amanah.

Saham amanah adalah antara alternatif pelaburan terbaik terutama apabila matlamat pelaburan adalah untuk jangka masa sederhana (3 hingga 5 tahun) dan jangka panjang (5 hingga 10 tahun). Ini kerana saham amanah berisiko rendah yang diurus oleh pengurus dana profesional, dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan badan Pemegang Amanah seperti Amanah Raya Berhad dan industri ini dipantau oleh Bank Negara Malaysia.

Risikonya menjadi tinggi apabila pelabur tidak mempunyai masa (kurang daripada 3 tahun) kerana secara umumnya kitaran pasaran saham (merudum atau meningkat) mengambil masa dua ke tiga tahun untuk pulih. jika pelabur mempunyai tempoh berkenaan, pelaburan saham amanah ini tidak berisiko langsung.
Saham amanah bukanlah skim cepat kaya (yang diharamkan kerajaan), tetapi ia adalah pelaburan yang sah dari segi undang-undang dan perunding saham amanah perlu menduduki peperiksaan khas oleh badan induk industri ini iaitu Federation Of Malaysian Unit Trust Managers (FMUTM) sebelum boleh menawarkan perkhidmatan ini.

Dana amanah ini dikumpulkan secara berkelompok menerusi penggemblengan modal daripada individu atau syarikat, dilaburkan oleh pengurus dana dalam pelbagai sektor ekonomi termasuk bon dan instrumen pasaran kewangan lain yang tidak mudah bagi individu kecil menyertainya.

Saham amanah ini berbeza daripada pelaburan dalam pasaran saham biasa kerana dengan kadar minimum RM1000.00, individu boleh membuat pelaburan sedangkan jika mereka melabur dalam pasaran saham biasa, ia memerlukan modal yang agak besar bagi membeli saham di bursa saham.

Peluang pertumbuhan dalam pasaran saham ini juga jauh lebih besar. Namun sebelum membuat sebarang pelaburan, dapatkan maklumat lanjut terlebih dahulu dari perunding saham amanah bertauliah disamping perkhidmatan sampingan lain. Fahami, selidiki dan buat pilihan bijak sebelum melabur. Dengan purata pulangan antara 10% hingga 15% setahun bergantung kepada jenis dana pelaburan yang dipilih. Jika simpan dalam akaun simpanan biasa ataupun simpanan tetap (fix deposit @ FD), pulangannya antara 1% hingga 3% dan pulangan rendah ini mudah terhakis oleh kesan inflasi dan cukai.

Sebilangan jenis amanah saham, modal pelabur kekal terjamin yang terikat dengan tempoh tertentu, manakala ada dana yang memberi pulangan berganda menerusi tiga cabang pulangan iaitu ;
  • keuntungan atas modal
  • dividen
  • bonus
Kelebihan dana ini ialah ia mempunyai kecairan yang tinggi, di mana pelaburan ini boleh dikeluarkan pada bila-bila masa yang diperlukan.
keupayaan pengeluaran duit dlam tempoh 5 hingga 10 hari waktu bekerja penting berbanding pelaburan saham di pasaran saham yang mana pembeli perlu menunggu harga yang dikehendaki sebelum menjual.

penting bagi pelabur untuk memahami saham amanah dan mekanisme saham amanah itu sendiri sebelum memulakan pelaburan.

 

KeAjaiban Amanah Saham Bumiputra (ASB)


Sebenarnya Amanah Saham Bumiputra (ASB) merupakan instrumen pelaburan yang paling mudah dan tanpa risiko kerugian modal. Kenapa? Pada kadar pulangan purata 8% setahun, dengan hanya menyimpan RM100 sebulan, selepas 30 tahun, nilai simpanan akan menjadi RM136,000. Kenaikan 277% daripada jumlah simpanan RM36,000. Kalau simpan RM150 sebulan, selepas 30 tahun pelaburan anda akan mencapai RM204,000, sudah melebihi had maksimum simpanan ASB (iaitu RM200,000). Untuk berjaya dalam pelaburan sebenarnya adalah usaha yang berterusan dan berikan masa untuk pelaburan tersebut berkembang, walaupun dengan jumlah yang sedikit.

Laporan tahunan terkini ASB 2012 boleh diperolehi di Laman web ASNB (ASB).

Majlis Fatwa Kebangsaan pula telah mengeluarkan Fatwa tentang hukum melabur dalam ASN dan ASB iaitu HARUS.
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/pelaburan-dalam-asn-asb-dan-seumpamanya.

Gandakan Wang anda dengan Unit Trust.