Thursday, April 13, 2017

CARA MEREKODKAN MATA (POINT) DALAM "SCORE SHEET" KEJOHANAN PETANQUE

CONTOH SCORE SHEET ANGKASA

Dua kesalahan yang sering dilakukan oleh pemain petanque baru (Beginners) ialah;
1. Cara menanda atau merekod keputusan setiap END yang salah;
2. Tidak merekodkan markah atau point yang diperolehi dalam kertas markah (Score Sheet). 

Lebih parah lagi apabila pemain lupa merekodkan markah dalam SCORE SHEET dan hanya menumpukan kepada rekod markah dalam SCORE BOARD. Untuk makluman semua pemain petanque, markah rasmi dalam permainan yang akan diambil kira oleh pihak penganjur ialah rekod pada SCORE SHEET, sementara markah di atas SCORE BOARD sebenarnya hanya untuk rujukan dan tontonan pemain dan penonton sahaja. Sekiranya ada isu /masalah /bantahan dalam pertandingan, penganjur akan hanya merujuk kepada rekod dalam SCORE SHEET sahaja.

Berlaku kes bila mana kejohanan telah tamat berdasarkan rekod atas SCORE BOARD dengan point 13-6. ketika pemenang meminta tandatangan pasukan yang kalah, pasukan yang kalah itu enggan menandatangani SCORE SHEET kerana point atas SCORE SHEET adalah 7-6. Apabila penganjur dirujuk untuk menangani isu tersebut, penganjur telah mengarahkan permainan diteruskan dengan markah di atas SCORE SHEET, dan kedua-dua pasukan diberi amaran oleh umpire kejohanan agar fokus merekodkan markah pada SCORE SHEET dan bukannya hanya pada SCORE BOARD.

Berikut adalah cara-cara merekodkan point atau markah pada score sheet yang SALAH;

Cuma memanda / sahaja pada ruang petak yang sepatutnya ditulis END yang keberapa

Membulatkan jumlah point yang diperolehi pada ruangan rujukan point.

Cuma memanda / sahaja pada ruang petak yang sepatutnya ditulis END yang keberapa

Cuma memanda X sahaja pada ruang petak yang sepatutnya ditulis END yang keberapa

Berikut disertakan pula TUTORIAL tentang cara-cara untuk menanda atau merekodkan point atau markah dalam SCORE SHEET yang BETUL;

END yang pertama, ANGKASA A dapat 3 mata (Point)

END ke-2 ANGKASA B dapat 2 mata

END ke-3 ANGKASA B dapat 2 mata

END ke-4 ANGKASA B dapat 1 mata

END ke-5 ANGKASA B dapat 1 mata

END ke-6 ANGKASA A dapat 5 mata

END ke-7 ANGKASA B dapat 1 mata

END ke-8 ANGKASA B dapat 2 mata

END ke-9 ANGKASA A dapat 1 mata

END ke-10 ANGKASA A dapat 3 mata

END ke-11 ANGKASA B dapat 1 mata

END ke-12 ANGKASA B dapat 3 mata untuk melengkapkan mata penamat sebanyak 13 mata.
Dalam contoh di atas, ANGKASA B telah memenangi perlawanan ini dengan 13 mata semantara ANGKASA A mendapat 12 mata. Perlawanan antara kedua-dua pasukan ini diadakan sebanyak 12 pusaingan (END). Dengan kaedah merekod seperti ini, semua pihak boleh menilai dan melihat berapa mata yang diperolehi oleh setiap pasukan dalam setiap END yang berakhir.

Semoga dengan pencerahan ini, dapat membantu pemain-pemain petanque merekod mata pada SCORE SHEET dengan betul dan tepat, dan seterusnya membantu pihak penganjur dalam kelancaran pengelolaan kejohanan.

Yang baik itu datang dari Allah, semoga bermanfaat.
Salah silap datang dari saya, mohon dimaafkan. 

Friday, February 10, 2017

PROMO: KEJOHANAN PETANQUE "TRIPLE" ANGKASA 2017

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam 1 Koperasi. 
Kejohanan Petanque Tahunan ANGKASA kembali lagi. Kali ini dengan format yang agak berbeza dari tahun-tahun sebelum ini. Seperti biasa Kejohanan Petanque ANGKASA diadakan untuk 4 ketegori iaitu; 1. Pelajar Lelaki, 2. Pelajar Perempuan, 3. Dewasa Lelaki dan 4. Dewasa Wanita. 
Buat pertamakalinya tahun ini ANGKASA Sarawak akan mengadakan kejohanan petanque untuk kategori pelajar diperingkat Zon dan peringkat Negeri. Semantara kategori dewasa hanya akan diadakan diperingkat negeri sahaja seperti biasa. 3 Zon untuk kategori pelajar telah dipilih iaitu;
1. Zon Miri
(Lawas, Limbang, Miri, Marudi, Bintulu)
2. Zon Sibu
(Mukah, Sibu, Kapit, Sarikei, Saratok, Betong, Sri Aman)
3. Zon Kuching
(Serian, Samarahan, Kuching, Lundu, Bau)
Tujuan memperkenalkan peringkat zon ini ialah untuk menggalakkan penglibatan koperasi sekolah dalam permainan petanque, disamping cuba memudahkan penyertaan koperasi-koperasi sekolah di seluruh Negeri Sarawak. Johan dan Naib Johan Setiap kategori akan mewakili zon masing-masing untuk bertanding diperingkat negeri, yang dijadualkan akan berlangsung pada bulan mei 2017, bersekali dengan kejohanan Petanque Peringkat Negeri untuk kategori Dewasa.

Kejohanan Petanque ANGKASA kali ini dilaksanakan dengan kerjasama daripada Jabatan Pelajaran Sarawak, Persatuan Petanque Sarawak, Persatuan Petanque Kuching, Persatuan Petanque Miri, Persatuan Petanque Saratok, SMK Matang Hilir dan individu pengiat sukan petanque Sarawak.












Saturday, January 7, 2017

PETANQUE PERMAINAN PALING SANTAI, SERONOK & SENANG DIFAHAMI DALAM DUNIA

Cara bermain Petanque (Pay-Tonk) Boules (Boolz)


Tempat untuk Main
Petanque juga dikenali sebagai Boules dan dimainkan di luar rumah di mana-mana permukaan munasabah sama ada: halaman anda, taman, padang, tempat letak kereta yang batu, laluan berjalan, dan lain-lain permukaan keras. Namun permukaan seperti konkrit atau asfalt atau sangat lembut seperti pantai pasir halus atau rumput panjang tidak digalakkan. Permukaan yang ideal adalah keras dibungkus bumi dengan pasir kasar atau kacang batu kira-kira 1/8 "- ¼" dalam meliputi permukaan. Cari tempat yang terbuka dan agak rata. Jika terdapat bongol dan beberapa rongga itulah halangan dan juga boleh menambah lebih banyak cabaran kepada permainan.

Pilihan Organisasi Pasukan
Bahagikan kepada dua pasukan. Anda boleh bermain Singles dengan seorang pemain pada setiap sisi, Doubles dengan dua pemain pada setiap sisi, atau Triples dengan tiga pemain pada setiap sisi. Untuk bersantai bermain dengan cara yang baik untuk memilih pasukan adalah untuk satu orang untuk mengambil boule dari setiap pemain dan membuang mereka keluar semua pada masa yang sama. Pemilik boules yang terletak paling dekat dengan pelontar membentuk dalam pasukan utama.

Pilihan Boules
Kedua-dua pasukan pilih boules mereka. boules setiap pasukan harus mempunyai Corak Groove yang membezakan mereka daripada boules sisi lain, seperti cara itu, mereka akan mudah untuk mengenal pasti apabila mengira mata. Apabila bermain Singles atau Doubles, setiap pemain menggunakan tiga boules dan untuk Triples setiap pemain menggunakan dua.

Tentukan Siapa Memulakan Permainan
Melambungkan duit syiling untuk melihat pihak mana yang pergi pertama.

Pihak yang baling Jack
Pasukan yang menang lambungan syiling memilih lokasi permulaan dan kemudian memilih salah seorang pemain mereka untuk membaling bola jack. lokasi permulaan ditandakan dengan bulatan yang 14 hingga 20 inci diameter dan sekurang-kurangnya 1 meter dari sebarang halangan. bulatan boleh dilukis dengan kapur, terukir dalam kotoran dengan kayu, atau dibuat dari sekeping tali, gelung yang standard atau apa sahaja yang berfungsi. Apabila bulatan dilukis, pemain kemudian berdiri dengan kedua-dua kaki di dalam bulatan dan melemparkan jack. jack boleh dilemparkan ke segala arah tetapi mesti mendarat dalam jarak 6 hingga 10 meter dari bulatan permulaan dan 1 meter dari sebarang halangan.

Membaling Boules
Semua boules hendaklah dibaling dari dalam bulatan permulaan dan dengan kedua-dua kaki di atas tanah. Pemain ini akan cuba untuk membaling boule sedekat mungkin dengan jack, dan boleh juga untuk memukul jack. Pemain perlu kekal di dalam bulatan sehingga boule telah mendarat. Seorang pemain dari pasukan lawan kemudiannya akan masuk ke dalam bulatan dan cuba untuk mendaratkan boule beliau lebih dekat dengan jack, beliau juga boleh mengetuk boules lawannya agar jauh dari jack atau keluar dari gelanggang. Boule yang paling dekat dengan jack adalah pendahulu atau dikatakan "memegang titik." Pasukan lain mesti terus melontar boule sehingga mereka mengatasi pihak lawan atau kehabisan boule. Jika pihak lawan berjaya mengatasi, pasukan yang diatasi tadi kemudian cuba pula untuk mengatasi kembali lawannya, sehinggalah semua boules habis dibaling.

Memenangi pusingan
Apabila semua boules telah dibaling, mata akan dikira. Pasukan yang mempunyai boule yang paling dekat dengan jack menang pusingan. Selain itu, mereka juga menerima mata untuk setiap boule yang lebih dekat dengan jack berbanding lawan mereka. Hanya satu pasukan sahaja yang akan mendapat mata, sementara pasukan yang satu lagi tiada mata untuk satu-satu END.

Bermula pusingan baru
Sebaik sahaja mata yang dikira, pusingan seterusnya bermula dengan pemenang pusingan sebelumnya melukis bulatan permulaan yang baru. Bulatan bermula akan dilukis sekitar kedudukan akhir jack pada pusingan sebelum ini. Pasukan yang menang kemudiannya memilih pemain untuk melambungkan jack dari bulatan permulaan baru tersebut dan seterusnya membaling boule pertama.

Memenangi Permainan
Pasukan pertama yang mendapat sebanyak 13 mata akan menang permainan. Tidak ada had jumlah END yang ditentukan. Namun ada penganjur yang menetapkan masa untuk berakhir satu-satu END.


Rujukan: http://www.playaboule.com/simple_petanque_rules.aspx

Sunday, December 4, 2016

OBUT ATX - "THE ROLLS ROYCE OF BOULES"



CRITERIA OF CHOICE
• Super top range boules for the best players of petanque and Jeu Provençal.
• These very technically-advanced boules will allow them to accentuate the effects of their personal class.
• Made to order, to measure, set by set.
• They are used by the most famous players in France and abroad.

Specific features:

• Reduced bounce/rebound made possible by the specific elastic limit of the steel used.
• The boule surface is marked very little by impacts.
• Robust (the steel used does not have any weak or brittle areas on its entire hardness layer).
• Stainless and rust-proof.

• Comes with a jack engraved with the OBUT brand name, diameter 30 mm, approved for use in competitions.
• Comes with a small microfibre boule wiping cloth (20 x 20 cm).
• Supplied in a cardboard box, so that you can choose your own pouch. Dimensions 84 x 89 x 248 mm.

Boules made in St-Bonnet-Le-Château, France, in keeping with sustainable development, ecological design and protection of the environment


TECHNICAL CHARATERISTICS
• Hardness : 130 kg/mm² approx.
• Special nickel chrome stainless steel, used in the aeronautics industry and in nuclear power.
• Elastic limit at 0.2 % (100 kg/mm²).
• Exceptionally well-controlled balance


Controls during production :

• Precision of weight : ±2 g.
• Precision of diameter : ± 20 hundredths of millimeter.
• Precision of balance : imbalance < or = 0.5 % of weight of boule.
• Precision of hardness : in range 38 to 41 HRC (checked on TESTWELL machine).
• Finish : gold satin.
• Solid stainless steel : only requires occasional maintenance.


FINISH

• When it is made available to the consumer, the Obut ATX pétanque boule has a golden satin finish.
• This finish corresponds naturally to the last operation of the production process.
• It is temporary, and it normally wears off after the first games.

 Entretien

MAINTENANCE

• Depending on whether or not it is used intensively, on the nature of the playing surfaces, and on the ambient moisture or humidity, etc., the ATX may need maintenance after every game, and at least once every month if it is not used.
• We recommend the Obut maintenance product

Tuesday, August 9, 2016

BEG, PORCH, BOX, THONG, HOLDER (UTK BOLA PETANQUE) UNTUK DIJUAL.

Kebelakangan ini ramai sangat customer saya yang bertanya tentang beg bola petanque. Macam-macam permintaan dan kehendak, kerana beg yang sedia ada sudah koyak atau rosak. Sebenarnya, senang cerita... beg bola boleh pakai apa-apa sahaja beg yang boleh muat bola kita. Boleh guna beg kemera, beg botol, beg bekal, atau sebarang beg. tapi kalau nak cantik kenalah cari beg yang muat-muat bola kita kan. 

Saya sendiri dari dulu lagi menggunakan beg kemera untuk memuatkan 2 set (6 biji) bola yang saya miliki. Untuk lebih gah saya lekatkan Jata Negara, Jalur Gemilang dan Logo Persekutuan Petanque Malaysia, seolah-oleh saya wakil Malaysia dalam kejohanan dunia. hehehehehe

Kalau tuan, puan, adik, abang, kakak... nak juga cari beg, berikut antara beg-beg yang saya jual. Kena PM dulu lah untuk confirm stok masih ada or sudah sold out. PM saya di no 019-8884070 ya.

OBUT REPORTER BEG
RM180.00

ARMY PORCH BEG
RM60.00

ARMY PORCH BEG
RM60.00

OBUT PORCH
RM50.00

MS PETANQUE PORCH
RM70.00

LAFRANC BEG
RM30.00

PETANQUE SHOP BEG
RM100.00

OBUT SOFT PORCH
RM50.00
Army porch beg tu yang paling banyak dalam stok saya sekarang. Saya simpan banyak stok beg army ini kerana ianya beg yang paling sesuai untuk simpan bola petanque. selain daripada muat semua saiz bola petanque, ianya juga ada poket untuk menyimpan barang sampingan seperti bola jack, kain lap bola, tape, boules picker dll. Ianya juga merupakan beg yang paling lasak dan tahan berbanding beg-beg yang lain. Harganya juga murah iaitu RM60 sahaja.

Friday, May 20, 2016

MT TOURS / M (PREMIUM) "RAJA BOLA" DALAM FAMILI MARATHON.


 MT TOUR / M (PREMIUM)
"RAJA BOLA" MARATHON
MT TOUR / M (PREMIUM) adalah bole terbaik atau raja bola bagi jenama bola petanque Marathon. Seperti mana bola Obut ATX mendapat gelaran Raja Bola bagi jenama Bola Obut. Ramai pemain petanque dan penggiat sukan petanque juga berpendapat bahawa bola MT Tour / M (PREMIUM) ini setanding dengan bola Obut ATX. Selain daripada mendapat pengikhtirafan FIPJP, bola ini juga sangat popular digunakan oleh pemain-pemain peringkat dunia terutamanya pemain rantau asia.

Kod produk: MARATHONPETANQUETOUR / M
Jenama: Marathon (MARATHON)
Nature: Hard bersalut badan keluli
Saiz: 71/72/73/74
Berat: 660/670/680/690/700
Kekerasan: Sederhana (45 HRC)
Harga: MYR800.00
Maklumat lanjut: Boules Kejohanan Antarabangsa Emmy. T c (MT TOUR / M) dari Marathon (MARATHON).
Nota: Satu set disertakan dengan 3 biji bola MT Tours/M Premium, Beg Kulit Asli, bola Jack dan kain pengelap bola.

BOLA RANGKING KE-2

BOLA RANGKING KE-3

BOLA RANGKING KE-4
BOLA RANGKING KE-5

BOLA RANGKING KE-6

BOLA RANGKING KE-7
Walaupun terdapat 7 rangking bola dalam famili bola Marathon, berita baik untuk pemain dan peminat sukan petanque yang ingin mengumpul koleksi bola petanque ialah, kesemua bola petanque dalam famili Marathon adalah tahan karat. Teknik buatan bola Marathon ini pula adalah lebih unik dan teliti, menyebabkan kesemua jenis bolanya lebih tahan dan jarang sekali terbelah dua (Pecah). Pengalaman saya sebagai penjual bola petanque sejak tahun 1999, belum pernah seorangpun pelanggan yang membeli bola dengan saya mengadu bola yang mereka beli (Jenis Marathon) pecah. Tahniah MARATHON kerana menghasilkan bola yang MURAH dan BERKUALITI TINGGI. Whatsapp saya untuk mengatahui stok bola MARATHON yang ada dalam stor sekarang!
- George Aiman Milin.

Saturday, May 14, 2016

LAPORAN KEJOHANAN PETANQUE ANGKASA PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2016.


PESERTA KEJOHANAN KATEGORI PELAJAR
Kejohanan Petanque ANGKASA peringkat negeri mula dianjurkan di Sarawak pada tahun 1999. Tahun 2016 ini merupakan anjuran KEJOHANAN PETANQ ANGKASA PERINGKAT NEGERI SARAWAK KALI KE-17, dan kali ini ANGKASA Sarawak berkerjasama dengan SMK Matang Hilir sebagai vanue kejohanan kategori pelajar, dan Masjid Darul Taqwa Bintangor sebagai vanue kejohanan kategori koperator dewasa. Buat pertama kalinya juga kejohanan ini diadakan berasingan antara kategori pelajar dan dewasa.


URUSETIA KEJOHANAN
Walaupun bajet yang sangat terhad diperuntukan oleh ANGKASA untuk angkasa negeri menganjurkan kejohanan ini dan yuran penyertaan dikenakan kepada setiap pasukan, namun rekod penyertaan koperasi masih tinggi. Kejohanan kali ini disertai oleh 45 buah koperasi, 90 pasukan dan disertai oleh 350 peserta. Pasukan datang dari hampir semua bahagian dalam Negeri Sarawak.  





Penganjur kejohanan ialah Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Sarawak yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Usuf Haji Samah dengan kerjasama Bahagian 4P ANGKASA. ANGKASA ialah singkatan kepada Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad. Sejak bertapak di Sarawak pada tahun 1993, ANGKASA telah banyak membantu membangunkan Koperasi Sekolah di Negeri Sarawak, ini termasuklah membimbing koperasi sekolah dalam bidang perniagaan, peruncitan, pelancongan dan sambutan hari koperasi sekolah. 

ADMIN BERGAMBAR BERSAMA JUARA BERTAHAN.
Pemenang Kejohanan adalah seperti berikut:
1. Johan Kategori Koperasi Sekolah (Lelaki) : Koperasi SMK Baru Miri Berhad

2. Johan Kategori Koperasi Sekolah (Perempuan) : Koperasi SMK Maradong Berhad


3. Johan Kategori Koperasi Dewasa (Lelaki) : Koperasi Jiwa Gemilang Kuching Berhad


4. Johan Kategori Koperasi Dewasa (Wanita) : Koperasi Kariah Masjid Santubung Berhad.


JUARA BERTAHAN NEGERI DAN KEBANGSAAN
KOPERASI JIWA GEMILANG KUCHING BERHAD.


JOHAN KATEGORI WANITA
KOPERASI KARIAH MASJID SANTUBUNG BERHAD
JOHAN KATEGORI PELAJAR LELAKI: KOP.SMK BARU MIRI BERHAD.


JOHAN PELAJAR PEREMPUAN: KOP. SMK MARADONG BERHAD.
Hadiah berupa Trofi dan Wang Tunai disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa PerhubunganAngkasa Negeri Sarawak, Tuan Haji Usuf Haji Samah. Johan setiap kategori juga akan mewakili Negeri Sarawak ke Kejohanan Petanq Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Lembah Kelang, Negeri Sembilan pada bulan ogos 2016 atas pembiayaan sepenuhnya dari ANGKASA. 


ADMIN JADI ARBITRE KEJOHANAN. HEHE