Permainan ini menggunakan bola yang dibuat daripada campuran logam yang di sebut ‘boule’ dan sebiji bola kecil yang disebut sebagai ‘jack’ yang di perbuat daripada kayu. Boules berukuran 7.05 hingga 8.00 cm dan berat antara 650 hingga 800 gram.
1. TARGET PERMAINAN
Melontar bola paling hampir dengan
jack berbanding pasukan lawan.
2. KOMPOSISI PASUKAN.
Permainan petanque boleh dimaikan dengan 3 cara:
setiap pemain menggunakan
2 boules.
2 pemain melawan 2 pemain (doubles),
setiap pemain menggunakan
3 boules.
1 pemain melawan 1 pemain (single),
setiap pemain menggunakan
3 boules.3. PENENTUAN MEMULAKAN PERMAINAN.
Permainan boleh dimulakan dengan melambung syiling untuk
menentukan pemain atau pasukan yang akan melontar jack berukuran 25-35 mm (diameter).
Sebagai contoh pemain pasukan biru menang lambungan
syiling dan mereka akan memulakan permainan.
4. MEMULAKAN PERMAINAN
5. LONTARAN BOLA PERTAMA
Pasukan biru akan melontar bola pertama kearah jack seberapa
dekat yang boleh.
Pemain pertama daripada pasukan merah pula masuk kedalam bulatan
untuk membuat lontaran boules kearah jack untuk cuba mengatasi pasukan lawan.
6. POINTING
Pemain melontar bola secara pointing (samaada rolls, half lob, high lob, dan lob
penuh) mengikut skill untuk mendekatkan boules mereka dengan jack berbanding pihak
lawan.
7. SHOOTING
Kaedah memukul (shoots) boules pihak lawan yang berada
dekat jack supaya beredar jauh dari jack.
8. JIKA BERJAYA
Sekiranya pasukan merah berjaya mengubah kedudukan,
pasukan biru pula akan membuat lontaran.
9. JIKA TIDAK BERJAYA
Pemain pasukan merah akan memainkan bola lagi sehingga
kedudukan berubah dan selagi bola masih ada. Setelah habis bola untuk dimainkan,
pasukan lawan pula mengambil tempat untuk mengutip seberapa bayak mata sehingga
habis “end”.
10. PENENTUAN MATA
Pasukan akan mendapat mata berdasarkan bilangan bola
pasukannya berada dekat jack berbanding pasukan lawan. (Paling kurang 1 mata dan
maksimum 6 mata).
Sebagai contoh dalam gambarajah dibawah, pasukan biru mendapat 3 mata.
Pasukan yang menang “end” tersebut akan melakar bulatan
bagi memulakan permainan seterusnya.
No comments:
Post a Comment