Monday, May 13, 2019

KEJOHANAN PETANQUE ANGKASA SARAWAK PERINGKAT NEGERI 2019


Alhamdulillåh 🤲🏻
Kejohanan Petanque ANGKASA Sarawak Peringkat Negeri 2019 telah berlangsung dengan jayanya. Venue kejohanan kali ini ialah Gelanggang Petanque Bahagian Sri Aman dan tarikh kejohanan ialah pada 27 & 28 April 2019. Kejohanan kali ini dijayakan dengan kerjasama Persatuan Petanque Bahagian Sri Aman dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Ternyata kejohanan kali ini mengukir fakta menarik yang luar biasa sebagaimana berikut:

1. Merekodkan penyertaan peringkat negeri paling ramai iaitu 96 pasukan.

2. Merekodkan penyertaan peserta paling muda iaitu 8 Tahun (darjah 2) dari Koperasi SK Abang Aing Sri Aman Berhad.
3. En. Wan Azizan Wan Zainal Abidin; Pengerusi JPAN memutuskan untuk menghadiahkan terus Piala Pusingan kejohanan yang sudah berusia lebih dari 6 tahun kepada pemenang. Bererti akan ada Piala baru yang akan disediakan pada tahun hadapan.
4. Koperasi Opah Sri Aman Berhad menambah koleksi gelar Naib Juara kepada 6 kali, tanpa pernah menjadi Johan sejak kali pertama menyertai kejohanan.
5. Merekodkan penganjuran yang paling lancar, kurang kesilapan, kurang bantahan, dan kurang rungutan dari peserta dan petugas. Memberi makna bahawa mekanisme penganjuran kali ini jauh lebih sistematik dan efisien!
6. Cuaca yang sangat bersahabat; sekejap panas, sekejap hujan, dan sering redup. 
JOHAN bagi setiap kategori akan mewakili Negeri Sarawak untuk Kejohanan Petanque ANGKASA Peringkat Kebangsaan yang dijangka berlansung pada 23-25 Ogos 2019 di Kedah kelak. Tahniah kepada yang berjaya! Ini pula senarai Johan bagi Kejohanan Petanque ANGKASA Peringkat Negeri Sarawak 2019 mengikut kategori masing-masing:
Koperasi SMK Semerah Padi Kuching Berhad
(Johan Kategori Junior Lelaki)
Koperasi SMK Santubong Berhad
(Johan Kategori Junior Perempuan)
Koperasi Satu Komuniti Penternak dan Usahawan Santubong Harmoni Berhad
(Johan Kategori Senior Lelaki)
Koperasi Satu Komuniti Penternak dan Usahawan Santubong Harmoni Berhad
(Johan Kategori Senior Wanita)
Tahniah diucapkan kepada seluruh warga ANGKASA Negeri Sarawak, koperasi ahli ANGKASA, para pemain petanque Sarawak, Persatuan Petanque Bahagian Sri Aman, Kementerian Pendidikan, para petugas dan semua yang terlibat dalam menjayakan penganjuran kejohanan ini!


Ucapan Perasmian oleh Timbalan Pengerusi JPAN Sarawak, Tuan Majeri Bin Li

Simbolik perasmian oleh Timbalan Pengerusi JPAN Sarawak, Tuan Majeri Bin Li

Meja Urusetia Kejohanan

Taklimat Kejohanan oleh Ketua Arbitre, En Baharin Bin Amit

Pasukan yang berjaya melangkah ke pusingan Suku Akhir.

Johan Kategori Junior Wanita, Koperasi SMK Santubung Berhad

Johan Kategori Junior Lelaki, Koperasi SMK Semerah Padi Kuching Bhd

Johan Kategori Senior Wanita, Koperasi Satu Komuniti Penternak dan Usahawan Santubong Harmoni Berhad

Johan kategori Senior Lelaki, Koperasi Satu Komuniti Penternak dan Usahawan Santubong Harmoni Berhad

Barisan Urusetia yang menjayakan kejohanan petanque kali ini 
Pasukan petanque ANGKASA Sarawak adalah antara pasukan negeri yang digeruni di peringkat kebangsaan. Setakat ini Pasukan Petanque ANGKASA Sarawak telah berjaya merangkul kejuaraan diperingkat Kebangsaan untuk kategori Dewasa Lelaki, Pelajar Lelaki dan Pelajar Perempuan. Semoga tahun 2019 ini Pasukan Petanque ANGKASA Sarawak akan berjaya sekali lagi merangkul kejuaraan diperingkat Kebangsaan. Aaminn.