Thursday, May 14, 2026

KEJOHANAN PETANQUE ANGKASA PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2026




1.0 PENDAHULUAN
Kejohanan Petanque ANGKASA Peringkat Negeri Sarawak 2026 telah berjaya dilaksanakan pada 9 hingga 10 Mei 2026 bertempat di Arena Petanque Jepak, Bintulu. Program ini dianjurkan sebagai platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan gerakan koperasi di Sarawak di samping memupuk budaya hidup sihat dan semangat kesukanan. Penganjuran kejohanan ini juga menjadi medium bagi memperkukuhkan jaringan kerjasama antara koperasi-koperasi di negeri Sarawak serta memberi peluang kepada peserta menunjukkan bakat dan kemahiran dalam sukan petanque. Kejohanan Petanque ANGKASA Peringkat Negeri Sarawak 2026 kali ini dianjurkan dengan kerjasama Koperasi Kariah Masjid Al Mustaqim Bintulu Berhad.
Majlis perasmian Kejohanan disempurnakan oleh Pengerusi ANGKASA Sarawak, Encik Wan Azizan bin Wan Zainal Abidin yang juga sempat membuat lontaran bola pétanque sebagai simbolik perasmian dan bermulanya Kejohanan Petanque ANGKASA Peringkat Negeri Sarawak 2026. Turut Hadir pada Majlis Perasmian ini Adalah Encik Baharen bin Rani, Pengerusi KKM Al Mustaqim Bintulu Berhad, Encik Awang Magerib bin Awang Anie, Setiausaha ANGKASA Sarawak, Puan Halimah bintu Yahya, Jawatankuasa ANGKASA Wilayah Bintulu, Barisan ALK KKM Al Mustaqim Bintulu Berhad, Encik Ismawi haji Bujang, Presiden Persatuan Boules Bahagian Bintulu dan Encik George Aiman Milin, Pengurus Kanan ANGKASA Sarawak.

2.0 OBJEKTIF PROGRAM
Antara objektif utama penganjuran Kejohanan Petanque ANGKASA Peringkat Negeri Sarawak 2026 adalah seperti berikut:
1. Membuat pemilihan wakil ANGKASA Sarawak ke Kejohanan Petanque ANGKASA Peringkat Kebangsaan 2026 di Melaka.
2. Mengeratkan hubungan silaturahim antara anggota koperasi di seluruh negeri Sarawak.
3. Memupuk semangat kesukanan, disiplin dan kerja berpasukan dalam kalangan peserta.
4. Menggalakkan penglibatan koperasi dalam aktiviti sukan dan rekreasi.
5. Mewujudkan gaya hidup sihat melalui aktiviti sukan yang aktif dan berdaya saing.
6. Menjadi platform mencungkil bakat baharu dalam sukan petanque.


3.0 MAKLUMAT PROGRAM
Perkara Maklumat
Nama Program : Kejohanan Petanque ANGKASA Peringkat Negeri Sarawak 2026
Tarikh : 9 – 10 Mei 2026 (Sabtu dan Ahad)
Tempat : Arena Petanque Jepak, Bintulu
Penganjur Bersama : Koperasi Kariah Masjid Al Mustaqim Kidurong Bintulu Berhad
Penyertaan Koperasi : 52 buah koperasi
Bilangan Pasukan : 145 pasukan
Anggaran Kehadiran : 500 orang


4.0 PELAKSANAAN PROGRAM
Kejohanan ini telah berlangsung selama dua hari dengan penyertaan yang amat memberangsangkan daripada koperasi-koperasi seluruh Sarawak. Sepanjang kejohanan berlangsung, peserta telah menunjukkan komitmen, disiplin serta semangat kesukanan yang tinggi. Pertandingan dijalankan mengikut format yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur dan dikendalikan dengan lancar oleh jawatankuasa pelaksana serta pegawai teknikal yang bertugas. Program ini turut mendapat sambutan yang baik daripada para penyokong, anggota koperasi dan masyarakat setempat yang hadir bagi memeriahkan suasana kejohanan.
Sebanyak empat kategori telah dipertandingkan dalam kejohanan ini iaitu:
1. Kategori Koperator Dewasa Lelaki
2. Kategori Koperator Dewasa Wanita
3. Kategori Koperator Pelajar Lelaki
4. Kategori Koperator Pelajar Perempuan
Juara bagi setiap kategori telah dipilih untuk mewakili ANGKASA Sarawak ke Kejohanan Petanque ANGKASA Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Melaka dengan pembiayaan oleh ANGKASA.


5.0 PENYERTAAN
Kejohanan Petanque ANGKASA Peringkat Negeri Sarawak 2026 telah mencatatkan maklumat penyertaan seperti berikut:
• Penyertaan koperasi: 52 buah koperasi
• Bilangan pasukan bertanding: 145 pasukan
• Anggaran jumlah kehadiran peserta dan pengunjung: 500 orang
Penyertaan yang tinggi ini menunjukkan komitmen dan sokongan padu daripada gerakan koperasi terhadap program sukan anjuran ANGKASA.

6.0 KEPUTUSAN KEJOHANAN
KATEGORI KOPERATOR DEWASA LELAKI
Johan: Koperasi Cahaya Sarawak Berhad B
Naib Johan: Koperasi Cahaya Sarawak Berhad A
Ketiga: Koperasi Kariah Surau Darul Ikhsan Bintangor Berhad A
Keempat: Koperasi Kariah Surau Darul Ikhsan Bintangor Berhad B


KATEGORI KOPERATOR DEWASA WANITA
Johan: Koperasi Usahawan Limbang Berhad
Naib Johan: Koperasi MRSM Mukah Berhad
Ketiga: Koperasi Keluarga Hj Supri Tekajong Berhad
Keempat: Koperasi Pewaris Kpg Sepok Berhad

KATEGORI KOPERATOR PELAJAR LELAKI
Johan: Koperasi SMKA Limbang Berhad A
Naib Johan: Koperasi SMK Gedong Berhad A
Ketiga: Koperasi SMK Kidurong Berhad
Keempat: Koperasi SMK Methodist Sibu Berhad

KATEGORI KOPERATOR PELAJAR PEREMPUAN
Johan: Koperasi SMK Gedong Berhad
Naib Johan: Koperasi SMK Tatau Berhad
Ketiga: Koperasi SMK Matang Hilir Berhad B
Keempat: Koperasi SMKA Saratok Berhad

7.0 HADIAH PERTANDINGAN
Pihak penganjur telah menyediakan wang tunai keseluruhan berjumlah RM9,960.00 bersama hadiah sampingan kepada para pemenang sebagai penghargaan atas pencapaian dan semangat kesukanan yang ditunjukkan sepanjang kejohanan.
Kategori Hadiah:
Johan : Wang Tunai (RM900x4), Trofi, Medal dan Sijil
Naib Johan : Wang Tunai (RM600x4), Trofi, Medal dan Sijil
Tempat Ketiga : Wang Tunai (RM450x4), Trofi, Medal dan Sijil
Tempat Keempat : Wang Tunai (RM300x4), Trofi, Medal dan Sijil
Tempat Kelima hingga Kelapan : Wang Tunai (RM60x4x4) dan Sijil
Tarikan kepada kejohanan ini adalah, Juara bagi setiap kategori akan mewakili ANGKASA Sarawak ke Kejohanan Petanque ANGKASA Peringkat Kebangsaan di Melaka dengan pembiayaan oleh ANGKASA. Penyampaian hadiah telah berlangsung dengan jayanya dan mendapat sambutan yang meriah daripada para peserta serta hadirin.


8.0 IMPAK PROGRAM
Penganjuran Kejohanan Petanque ANGKASA Peringkat Negeri Sarawak 2026 telah memberikan pelbagai impak positif, antaranya:
1. Mengukuhkan hubungan dan kerjasama antara koperasi-koperasi di Sarawak.
2. Meningkatkan semangat perpaduan dan integrasi dalam kalangan warga koperasi.
3. Menggalakkan penglibatan aktif anggota koperasi dalam aktiviti riadah dan kesukanan.
4. Memberi pendedahan serta pengalaman pertandingan kepada peserta.
5. Memperkenalkan sukan petanque kepada masyarakat setempat.


9.0 KEKUATAN PROGRAM
Antara kekuatan program yang dikenal pasti ialah:
• Penyertaan koperasi dan pasukan yang sangat memberangsangkan.
• Kerjasama baik daripada jawatankuasa pelaksana dan sukarelawan.
• Pengurusan pertandingan yang teratur dan lancar.
• Sokongan padu daripada peserta, penyokong dan masyarakat setempat.
• Kemudahan lokasi pertandingan yang sesuai dan kondusif.


10.0 PENUTUP
Penyampaian hadiah telah berlangsung dengan jayanya dan mendapat sambutan yang meriah daripada para peserta serta hadirin. Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Encik Wan Azizan bin Wan Zainal Abidin, Pengerusi ANGKASA Sarawak dengan diiringi oleh Encik Bahren bin Rani, Pengerusi KKM Al Mustaqim Bintulu Berhad, Enci Awang Magerib bin Awang Anie, Setiausaha JKAN Sarawak dan Puan Halimah Yahya, JKAN Wilayah Bintulu.
Secara keseluruhannya, Kejohanan Petanque ANGKASA Peringkat Negeri Sarawak 2026 telah berjaya dilaksanakan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan. Program ini bukan sahaja berjaya menghimpunkan warga koperasi dari seluruh Sarawak, malah turut memperkukuhkan hubungan silaturahim dan semangat kesukanan dalam kalangan peserta.
Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua jawatankuasa, peserta, koperasi yang terlibat, penaja, sukarelawan serta semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan sokongan sepanjang program berlangsung.
Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memperkasakan lagi gerakan koperasi melalui aktiviti sukan dan rekreasi.

Laporan Oleh; George Aiman Milin
Pengurus Kanan ANGKASA Cawangan Sarawak
12/5/2026

No comments:

Post a Comment