Saturday, February 23, 2013

MASA TERBAIK BELI & JUAL EMAS

Bila Masa Terbaik MEMBELI Emas?



Masa emas 20 gram harga RM3,150 takut nak beli, tapi bila harga dah melepasi RM3,700, baru kelam kabut nak beli. Itulah yang saya perhati kebanyakkan sikap yang orang baru berjinak-jinak dengan emas. Nak tengok bukti harga emas naik dulu, baru nak beli. Padahal, gold historical price kita boleh cek bila-bila masa di www.kitco.com. Bahkan sejarah harga emas sejak 30 tahun lepas pun boleh tengok. Itulah dia buktinya.

Dan ramai juga bila saya cerita pasal emas, mereka ingat saya nak berniaga, nak ambik untung atas kawan. Padahal, itu semua untuk kebaikan dia. Tak nak beli dengan saya pun tak apa, beli lah dengan dealer lain. Tapi ambik la masa sikit untuk faham pentingnya simpan emas. Kalau tak penting, Kerajaan Kelantan tak akan keluarkan dinar emas pertama di Malaysia walaupun dapat banyak tentangan daripada kerajaan BN sejak tahun 2006 lagi.

Akibat Tunggu Harga Paling Rendah

Keduanya, yang paling ramai ialah yang nak tunggu harga emas jatuh baru nak beli! Ramai yang pesan pada saya "Nanti harga emas turun bagi tahu yer..". Tapi bila harga emas turun, ramai yang tak nak beli emas sebab takut turun lagi. Akhir sekali, masa emas memuncak macam hari ni (i.e. 9 Ogos 2011, harga emas melapasi USD1,750 seauns), baru ramai kelam-kabut nak beli emas, sebab takut emas naik lagi.
Lepas dah 11 bulan jadi dealer emas ni, kalau orang tanya saya bila masa terbaik beli emas? Jawab saya, bila ada duit yang tak pakai dalam masa setahun. Daripada duit tu terbiar dimakan inflasi 10% setahun, lebih baik simpan emas yang purata kenaikannya 20% setahun.

Jangan tunggu harga paling rendah sebab technical analyst paling pakar pun tak dapat buat ramalan tepat turun naiknya harga emas. Saya pernah ada pengalaman dah. Masa harga emas turun pada Januari 2011 (Hari Raya Cina), saya jual semua emas saya sebab menurut pakar analisis harga emas, emas akan turun banyak lagi. Masa tu, harga gold bar 20g RM2,980. So, saya jual kesemuanya sekitar RM2,980 - RM3,000. Habis...

Faktor 'Fundamental' Tak Siapa Boleh Jangka

Lepas raya Cina, berlaku pergolakan di Mesir dan Timur Tengah! Harga emas tak jadi turun. Ia terus, naik, naik, dan naik! Saya pun panik, dan dapat beli balik pada harga RM3,100. Saya rugi 4% (RM800 kesemuanya)! Saya terkena. Kononnya nak manipulate naik turun harga emas, tapi rugi... Nasib baik saya adalah dealer emas, kerugian tu dapat cover balik dengan komisyen jualan emas.

Satu pelajaran yang saya dapat. Jangan bermain dengan turun naik harga emas sebabnya analisis teknikal akan tersasar bila berlaku fundamental factor yang luar jangka seperti pergolakan Mesir dan timur tengah (Februari 2011), bencana alam seperti tsunami dan letupan stesen janakuasa nuklear di Fukushima (Jepun, Mac 2011) dsb. Bila semua tu berlaku, orang akan selamatkan kekayaan mereka dengan membeli emas dan harga emas akan melambung. Saya cuma perlu yakin, harga emas akan naik dalam jangka panjang. Paling kurang pun, 10 tahun lagi. Ini berdasarkan sejarah harga emas 1960 - 1980.

Dan faktor yang sangat pasti, matawang USD semakin lemah disebabkan krisis hutang Amerika Syarikat dan Negara Eropah. Bila negara-negara tu 'bangkrap', orang tak nak pakai dah duit kertas USD! Orang akan selamatkan kekayaan mereka kepada duit yang paling stabil dalam sejarah manusia iaitu emas!



Menurut pakar, mawatang US Dollar pasti runtuh. Cuma masa sahaja yang menentukannya.

Masa Terbaik Membeli Emas

So, lepas setahun perhati naik jatuh harga emas, saya tak berani buat andaian bila harga naik, bila harga turun. Nasihat saya, kalau ada duit yang tak pakai dalam masa setahun, belilah emas. Daripada simpan duit, lebih baik simpan emas. Jadikan emas sebagai sandaran kepada duit sebagaimana yang dibuat oleh negara-negara di dunia sebelum tahun 1971 dulu. Setiap duit kertas yang nak dicetak, mereka akan sandarkan kepada emas.

_______________________________________________________________________

Bila Masa Terbaik Menjual Emas?

 
Harga emas telahpun melepasi USD1,700 seauns semalam (8 Ogos 2011). Ada 2, 3 orang buyer emas dulu contact saya tanya samada sekarang masa terbaik jual balik emas atau belum. Jawapan saya, kalau nak pakai duit, jual. Kalau belum nak pakai duit, simpan jer dulu.
Pemerhatian saya, kebanyakkan pelabur emas melabur macam melabur dalam saham. Beli harga rendah, dan bila harga naik, terus jual. Untung seratus dua, itulah untung. Lepas jual, harga emas terus naik, naik dan naik. Nak beli balik, terpaksa top-up lagi duit.
Emas Bukan Macam Saham

Contohnya, dulu beli gold bar Public Gold 20g harganya RM3,200. Sekarang, harga jualan balik lebih kurang RM3,440. Untung RM240 katanya. Lepas jual, harga emas terus naik. Nak beli balik, harga emas yang sama dahpun RM3,600! Terpaksa top-up lagi RM160. Persoalan sekarang, adakah RM240 tu untung?
Bagi mereka yang ada mindset yang betul tentang pelaburan emas, emas bagi mereka adalah sandaran kepada duit. Maksudnya, duit sebenar adalah emas, bukan kertas (duit kertas). Sebabnya, duit kertas tak ada nilai sebenar, ianya hanya jaminan sesebuah kerajaan. Dan nilainya boleh dimanipulasi. Dan yang lagi penting, duit kertas makin hari makin susut nilainya.
Duit Kertas Semakin Susut, Emas Semakin Naik
Cuba perhati, harga barang makin hari makin naik. Kenapa naik? Sebabnya nilai duit kertas makin hari makin susut nilainya. Tapi macam mana pulak kalau simpan emas? Harga barang naik, harga emas pun naik sama! So, mana untung, orang simpan duit kertas atau emas?
So, sebab tu lah saya convert sebahagian besar simpanan saya kepada emas. Cuma sebahagian kecil jer saya simpan duit kertas untuk emergency. Saya tak pernah jual emas-emas saya sejak hari pertama beli emas walaupun harga dah naik lebih 20% dalam masa tak sampai setahun! Saya cuma manfaatkan emas-emas saya untuk urusan jual beli emas jer. Maksudnya, bila ada customer order, saya jual emas di tangan, dan terus replace dengan stock baru. Bila ada untung, saya beli lagi emas, bukannya simpan duit kertas.
Masa Terbaik Menjual Emas
Ok, persoalan sekarang, bila masa terbaik jual emas? Secara idealnya, bila nak pakai duit, especially untuk tukarkan kepada harta yang real juga macam beli rumah ataupun hartanah yang lain. Kalau sekadar nak simpan dalam ASB, Tabung Haji, atau Akaun Simpanan, bagi saya, lebih baik simpan emas. Emas naik 20% setahun, ASB 8.5%, Tabung Haji 5%, Akaun Simpanan 0%! Sedangkan harga barang keperluan harian naik 10% setahun!
Simpan emas bukan sahaja dapat nikmati kenaikan harga emas, tapi yang penting juga ialah selamat dari inflasi - kenaikan harga barang. So, perbetulkan mindset kita tentang pelaburan emas!

Wallahu a'lam.
 
Kredit dan terima kasih untuk blogger emas yang hebat: http://www.mohdzulkifli.com//
 

No comments:

Post a Comment