SEJARAH
PERMAINAN PETANQUE
Oleh: George
Aiman Milin
Sejarah
sukan petanque dikesan kewujudannya semenjak tahun 9000 S.M. apabila satu set
bola batu di temui di Turki. Satu set bola juga dijumpai di makam orang-orang
Mesir pada tahun 7000 S.M. Di zaman purba, sukan ini dimainkan oleh orang-orang
Rom dan Greek. Ditanggapi bahawa orang-orang Rom merupakan orang pertama yang
membawa sukan Petanque ke Marseilles, Perancis kira-kira 2600 tahun dahulu. Petanque
ialah sejenis sukan yang dimainkan di tempat yang lapang dan dibangunkan sejak
berkurun dahulu. Sejarah yang tepat mengenainya tidak tercatat tetapi terdapat
bukti-bukti daripada cerita-cerita turun-temurun bahawa sukan ini pertama kali
dimainkan di Greek kira-kira 2000 tahun yang lalu. Ianya bermula dengan
mengutip ketul-ketul batu bulat dari gunung-ganang dan dasar laut untuk
bermain. Cara permainan ialah siapa yang melontar dengan tepat dan paling jauh,
dialah yang menang.
Selepas itu
sukan ini berkembang ke Benua Eropah. Ketika negara-negara Rom menakluk dan
menjajah bangsa Greek, bangsa Rom telah mengambil alih dan mempelajari
cara-cara bermain sukan ini daripada orang Greek.Selepas itu, bangsa Rom telah
menggunakan cara-cara bermain sukan ini untuk beradu tenaga/kebolehan fizikal
di pergelangan tangan dan badan kaum lelaki ketika itu. Kemudian, ketika bangsa
Rom menakluk dunia dan Negara Perancis, mereka telah menguasai dan
memperkenalkan permainan ini di bahagian selatan Perancis. Permainan bola ini
mendapat sambutan dan diubahsuai dengan menggunakan kayu keras yang diukir menjadi
bulat. Kemudian, di sekelilingnya dipakukan dengan paku besi supaya bola lebih
berat dan bersesuaian dengan tangan pemain.
Ketika
zaman pertengahan, kira-kira S.M. 400-1000, sukan ini sangat popular sehingga
ia dilarang dari dimainkan oleh orang kebanyakan. Pada kurun ke 17, para
bangsawan Perancis telah menjadikan sukan ini kepunyaan mereka sahaja. Raja
Louis XIV telah meletakkan peraturan permainan tersebut kepada 14 mata. Baginda
telah mengisytiharkan dan memperkenalkan sukan ini di kalangan orang kenamaan
dan hanya dibenarkan dimainkan di kawasan istana sahaja.
Ketika
zaman pemerintahan Napoleon Bonaparte, beliau telah mengisytiharkan semua
permainan bola sebagai sukan kebangsaan bagi negara Perancis. Semua rakyat
jelata dibenarkan bermain sukan ini dengan bebas. Bermula dari situ, sukan ini
semakin digemari ramai dan dipermodenkan dari masa ke semasa seperti bermain
dengan menggunakan peluru meriam sebagai bola permainan. Selain itu, sukan ini
juga diberi nama baru seperti “Bulbree-Rotong”, “Bulli-Jonese”,
“Bulcher-Delong”
dan “Bul-Prowangsaan”.
Di akhir
tahun kesepuluh abad ke-19, negara Perancis telah menjadi negara yang pertama
di dunia yang mengeluarkan syarat-syarat tertentu bagi sukan “Bul-Prowangsaan”.
Syaratnya ialah pemain hanya dibenarkan berlari sebanyak tiga langkah sebelum
melontar bola. Dengan syarat baru ini, “Bul-Prowangsaan” menjadi kesukaan
ramai dan kepopularitiannya berkembang pesat dan pertandingan sukan ini
diadakan di merata negara Perancis. Ianya berlanjutan sehingga awal tahun
kesepuluh abad ke-20.
Sejarah
moden sukan petanque bermula pada tahun 1910 di sebuah kampung kecil di La
Ciotat, Perancis. Peristiwa yang telah membawa kepada pengubahsuaian sukan ini
yang berlaku di kawasan Lasik-Ootar, di daerah Tamasyen yang terletak di
bahagian selatan negara Perancis. Ubahsuai ini berpunca daripada seorang pemain
handalan bernama Jules Le Noir yang telah terlibat dalam kemalangan yang teruk.
Kedua-dua belah kakinya telah cacat. Ini menghalang beliau daripada bermain sukan
ini seperti sebelumnya. Walau bagaimanapun, semangat dan minat beliau tidak
luntur. Beliau didapati sentiasa duduk di atas kerusi roda melihat orang lain
bermain, sedangkan beliau sendiri tidak mungkin boleh bermain lagi.
Suatu hari,
ketika Jules Le Noir duduk di atas kerusi roda sambil melihat dengan asyiknya
sahabat handai dan keluarga bermain sukan “Bul-Prowangsaan” dengan gembira,
adik lelakinya memerhati dan mendapati abangnya begitu sedih kerana tidak
berkeupayaan bermain sukan itu lagi. Beliau begitu simpati terhadap abangnya
yang cacat, lalu menghulurkan bola kepada Jules Le Noir supaya beliau cuba
melontar ketika berada di atas kerusi roda. Bola berkenaan dilontar pada jarak
dekat kira-kira tiga hingga empat kaki. Jules Le Noir didapati berkebolehan
melontar bola berkenaan dengan menggunakan tenaga dari pangkal lengan dan
pergelangan tangan dengan tepat sekali. Ini menyebabkan adik lelaki Jules Le
Noir berusaha memikirkan cara untuk mengubah suai sukan ini. Beliau melakar
bulatan di atas tanah, pemainnya dibenarkan berdiri di dalam bulatan
berkenaan. Kedua-dua paha mesti dirapatkan. Pemainnya tidak perlu lagi berlari
seperti syarat-syarat terdahulu. Selepas itu, sahabat handai dan saudara-mara
telah memberi kerjasama kepada Jules Le Noir. Akhirnya sukan “Bul-Prowangsaan”
yang diubah suai ini membolehkan Jules Le Noir berpeluang bermain sekali lagi
dan bergembira seperti dahulu.
Permainan “Bul-Prowangsaan”
yang diubah suai ini adalah berasaskan penyertaan seramai kira-kira 50 orang
peserta. Semua peserta berusaha bersungguh-sungguh untuk menjayakan sukan ini
selama kira-kira 30 tahun. Pengasas sukan ini berusaha menghubungi orang
berpengaruh dalam bidang sukan, ahli-ahli politik, menteri-menteri, para
pegawai dari semua peringkat. Akhirnya tertubuhlah “Pertubuhan Petanque dan
Prowangsaan” pada tahun 1938. Pada ketika ini, para peserta bertambah
kepada ratusan orang daripada semua peringkat, jantina dan umur yang melaporkan
diri untuk menjadi peserta. Bola yang digunakan untuk bermain pun semakin
canggih kerana terdapat ahli-ahli yang mengubah suai peralatan permainan,
seperti bola besi campuran dan di bahagian dalamnya berongga. Ini menyebabkan
permainan ini menjadi kesukaan ramai dan lebih popular daripada sebelumnya.
Ketika
peperangan dunia kedua, pada tahun 1945, pemain “Bul-Prowangsaan” yang
telah dimodenkan ini beransur-ansur menjadi popular dan berkembang dengan cepat
ke seluruh negara-negara di bawah jajahan British. Cara-cara bermain bola ini
telah dibahagi kepada tiga jenis iaitu:
1. Lijonee
2. Prowangsaan
(Berlari tiga langkah sebelum melontar bola)
3. Petanque
(Popular ketika ini)
Kini, sukan
petanque adalah suatu sukan yang digemari hampir di semua negara di Eropah,
Amerika dan Asia. Kepopularannya sangat ketara di negara Perancis, Switzerland,
Belgium, Jerman Barat, Venezuela, England, Holland, Sepanyol, Sweden, Kanada,
Tunisia, Algeria, Maghribi, Madagascar dan lain-lain.
Di Asia,
Thailand mendahului negara-negara lain. Negara Thai adalah adalah negara di
Asia yang pertama dan yang ke-17 di dunia yang menjadi ahli Persekutuan Sukan
Petanque Antarabangsa yang kini dikenali sebagai The International Federation of
Petanque et Jeu Provencal (FIPJP). Negara jiran Malaysia yang juga
bermain sukan petanque ini adalah seperti Vietnam, Cambodia, Republik Laos,
Myanmar, Jepun, Singapura, Brunai, Indonesia dan Hongkong.
Perkataan Petanque
berasal daripada Bahasa Perancis, “Pejek-Tongkek” yang bermaksud
berdiri dengan kedua-dua belah kaki rapat antara satu sama lain. Perkataan ini
berlawanan dengan permainan “Bul-Prowangsaan” yang memerlukan
larian tiga langkah sebelum melontar bola. Kemudian, orang-orang Perancis
berpendapat perkataan “Pejek-Tongkek” adalah perkataan yang
panjang dan agak susah disebut, oleh itu ianya ditukar kepada perkataan lain yang
bersesuaian iaitu “Petanque” seperti mana disebut sekarang.
Sekian dan Terima kasih
Majulah Petanque Untuk Malaysia
http//georgeaiman.blogspot.com
No comments:
Post a Comment