Monday, March 26, 2012

LOGO-LOGO BERMAKNA DALAM HIDUP KU!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
DOA DAN HARAPAN SAYA AGAR LOGO-LOGO (ORGANISASI) INI AKAN MEMBANGUN SECARA LESTARI DAN SETERUSNYA MEMBANTU SAYA DALAM MENCAPAI MATLAMAT KEBEBASAN KEWANGAN SEBELUM HARI PERSARAAN SAYA. AMIN......
ANGKASA ATAU ANGKATAN KOPERASI KEBANGSAAN MALAYSIA BERHAD ADALAH TEMPAT SAYA BERKERJA MAKAN GAJI SEJAK 1997 HINGGA SEKARANG. JAWATAN SAYA IALAH PEGAWAI PELAJARAN. BIDANG TUGAS IALAH MENYAMPAIKAN CERAMAH-CERAMAH KOPERASI DI SELURUH MALAYSIA KHUSUSNYA DI NEGERI SARAWAK. I LOVE MY JOB!!!!!!
SEJAK KECIL LAGI SAYA TELAH DIDEDAHKAN DENGAN PELABURAN DALAM ASB, NAMUN SEHINGGA SAYA BERKERJA TETAP SIMPANAN SAYA DALAM AKAUN ASB TIDAK PERNAH MENCAPAI 1K. NAMUN BAK KATA PEPATAH, SIKIT-SIKIT LAMA-LAMA JADI BUKIT. SASARAN SIMPANAN SAYA DI ASB INI IALAH MAX 200K.
SAYA MENCARUM DALAM KWSP SEJAK MULA BERKERJA SEBAGAI GURU SANDARAN DI SMK KUALA PENYU PADA TAHUN 1996. SEHINGGA SEKARANG SIMPANAN SAYA DALAM KWSP TELAH MELEBIHI 200K. SYUKUR ALHAMDULILLAH.

AIM-TOP TRAINING SERVICES ADALAH SYARIKAT YANG SAYA TUBUHKAN UNTUK TUJUAN PEMBELAJARAN SAMBIL BERNIAGA. SEMASA SAYA MENYAMPAIKAN CERAMAH KOPERASI, ADA PESERTA KURSUS YANG BERTANYA TENTANG CARA MENUBUHKAN SYARIKAT (SUBSIDIARI KOPERASI). SYARIKAT INI MENJUAL PERALATAN SUKAN, MENGADAKAN TRAINING, BENGKEL, KURSUS KEJURULATIHAN DAN KHIDMAT NASIHAT DALAM PERMAINAN PETANQUE. TENTU SERONOK KALAU AKAUN SYARIKAT SAYA INI ADA BANYAK KOSONG KOSONG KOSONG (LAGU KALAU AKU KAYA). :-)
PUBLIC GOLD MARKETING SDN BHD ADALAH SYARIKAT YANG BERURUSNIAGA TENTANG EMAS. OLEH KERANA SAYA PERCAYA EMAS MEMPUNYAI POTENSI PULANGAN YANG LUMAYAN DALAM JANGKA MASA PANJANG, SAYA TELAH MEMBELI EMAS UNTUK TUJUAN PELABURAN DAN PEMBELIAN YANG BESAR TELAH MELAYAKKAN SAYA MENJADI DEALER PUBLIC GOLD. JIKA ANDA BERMINAT UNTUK MENYIMPAN DAN MELABUR DALAM EMAS FIZIKAL, SILA HUBUNGI SAYA. RAMAI PENGANALISIS EKONOMI MERAMALKAN BAHAWA HARGA EMAS AKAN MENCAPAI RM503/GRAM PADA TAHUN 2020 (6 TAHUN DARI SEKARANG).
KELAB KEBAJIKAN DAN SUKAN KAKITANGAN ANGKASA SARAWAK. ADALAH KELAB YANG SAYA TUBUHKAN UNTUK TUJUAN KEBAJIKAN DAN AKTIVITI SUKAN KAKITANGAN ANGKASA SARAWAK. SAYA MENGUSAHAKAN PENUBUHANNYA DARIPADA PENDAFTARAN, PENGGUBALAN UNDANG-UNDANG KECIL SEHINGGA KEPADA JAWATANKUASA DAN AKTIVITI2. LOGO KESARA INI DI CIPTA OLEH GRAFIK DESIGNER HEBAT (FREDERICK MILIN). YANG INI TIADA MOTIF KEWANGAN, HANYA KEBAJIKAN SEMATA-MATA.
KOPERASI ANIB BERHAD ADALAH KOPERASI PERTAMA SAYA JADI ANGGOTA DI NEGERI SARAWAK. TUJUAN SAYA JADI ANGGOTA KOPERASI INI ADALAH UNTUK PEMBELAJARAN. SEBAGAI PENCERAMAH KOPERASI SAYA KENA JADI ANGGOTA KOPERASI UNTUK MENGETAHUI BERKENAAN GERAKAN KOPERASI SEBENAR. SAHAM MINIMUM KOPERASI INI IALAH RM600. BERBAGAI MANFAAT DIPEROLEHI JIKA MENJADI ANGGOTA KOPERASI INI.

KOPERASI USRATI KUCHING BERHAD. KOPERASI PERTAMA YANG SAYA TERLIBAT DALAM PENUBUHANNYA BERSAMA RAKAN2 DARI MAKTAB KOPERASI MALAYSIA. NAMUN SAYA TERPAKSA MELETAK JAWATAN SEBAGAI ALK KERANA TIDAK BOLEH MEMBERI KOMETMEN PENUH SEBAGAI ALK (SAYA TIDAK MAHU JADI PELEPAH PISANG, BIAR JADI PELEPAH KELAPA). TAHUN KEWANGAN PERTAMA 2009 BERJAYA MEMBERIKAN DIVIDEN 100%, TAHUN KEWANGAN 2010 DIVIDEN 20%, TAHUN KEWANGAN 2011 DIVIDEN 20%. SYABAS UNTUK ALK, KAKITANGAN DAN ANGGOTA KOPERASI USRATI KUCHING BERHAD. KEEP IT UP!!!

PRUDENTIAL ADALAH INSURAN YANG SAYA AMBIL UNTUK TUJUAN PERLINDUNGAN DARI SUDUT PERUBATAN (MEDICAL CARD) SAYA, ADRY AQMAR PUTRA DAN ADRIANA ALYSHA ADA KAD PERUBATAN INI. IANYA SEKALI DENGAN SAVING.

MCIS ADALAH INSURAN PERTAMA YANG SAYA AMBIL DAN SAYA JADI AGEN NYA SEKALI (TAPI DAH TIDAK AKTIF) SAYA AMBIL 4 POLISI DI SINI 2 UNTUK SAYA SENDIRI, 1 UNTUK ADAM AIMAN MILIN, 1 UNTUK AD'DEEN AIMAN MILIN.
.
.
.
.
MATLAMAT SAYA IALAH KEBEBASAN KEWANGAN SELEPAS BERSARA. INSYAHALLAH.

YA ALLAH KABULKANLAH DOA HAMBA YANG KECIL INI YA ALLAH. AMIN.

SEKIAN DAN TERIMA KASIH
GEORGE AIMAN MILIN

No comments:

Post a Comment