Setelah berpuluh tahun berhempas pulas mencari rezeki demi kelangsungan
hidup, sudah tentu hari persaraan tatkala umur menjangkau 55 atau 60 tahun
adalah sesuatu yang dinantikan. Selepas bersara, anda boleh menikmati hidup
yang yang lebih tenang tanpa terikat dengan kesibukan kerjaya. Bagaimanapun,
tidak dapat dinafikan simpanan yang mencukupi adalah sangat penting agar anda
boleh bersara tanpa sebarang kebimbangan, lebih-lebih lagi dengan perbelanjaan
hidup yang kian meningkat. Menurut kajian daripada Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja (KWSP), majoriti ahlinya mempunyai purata simpanan berjumlah RM50,000
dan akan menggunakan keseluruhan wang simpanan dalam tempoh yang singkat. Hal
ini menjadikan pesara berdepan masalah kewangan apabila memerlukan dana untuk
perbelanjaan perubatan mahupun kos sara hidup. Oleh sebab itu, anda perlu
membuat persediaan awal, merancang perbelanjaan serta menyediakan simpanan yang
mencukupi.
Banyak fakta di sini adalah
penelitian dari liku-liku pengalaman hidup zaman bekerja yang ingin kita kongsikan
pada orang muda. Anda sendiri mungkin akan mengalami fasa yang sama tetapi
eloklah belajar dari pengalaman orang lain agar perjalanan hidup lebih mudah
dan bermakna. Nothing
better than learning from other’s experiences, pitfalls, perils and mistakes. Ada
beberapa perangai orang melayu yang saya perhatikan boleh diperbaiki dan
disesuaikan dengan zaman sekarang terutama mereka yang sedang memasuki alam
persaraan.
Ikuti beberapa tips mudah berikut yang dapat membantu anda menghadapi
hari persaraan anda kelak:
1. ASINGKAN SEBAHAGIAN PENDAPATAN UNTUK
‘TABUNG PERSARAAN’
Anda disarankan untuk mengasingkan antara 10 ke 20 peratus daripada gaji
bulanan anda untuk hari persaraan. Kebanyakan daripada kita berpendapat bahawa
hari persaraan masih jauh dan masih mempunyai masa untuk menabung. Disebabkan
itu, ramai yang cenderung berbelanja tanpa berfikir panjang. Bagaimanapun,
kesedaran awal adalah lebih baik kerana kita tidak dapat menjangka apa yang
akan berlaku pada masa akan datang. Lebih awal anda menyimpan, sudah tentu
jumlahnya akan dapat membantu anda menempuh hari-hari persaraan dengan lebih
tenang. Sebagai contoh, jika anda memulakan tabung persaraan pada usia 35 tahun
dengan pendapatan bulanan RM3,500, anda boleh mengasingkan RM350 sebulan (10
peratus gaji bulanan). Dengan itu, apabila bersara pada usia 60 tahun, wang
dalam tabung persaraan anda telah mencecah RM105,000 dan sudah tentu memudahkan
anda menjalani alam persaraan.
2. BUAT KIRA-KIRA PERBELANJAAN HIDUP SEMASA
Setiap individu mempunyai gaya hidup yang berbeza dan tersendiri
mengikut kemampuan masing-masing. Untuk hari persaraan yang lebih
sistematik, anda perlu mengetahui kos perbelanjaan hidup semasa terutamanya
komitmen bulanan jangka panjang seperti pinjaman perumahan, kereta, insurans,
pendidikan dan lain-lain. Pastikan komitmen bulanan anda berkurangan menjelang
tempoh persaraan. Seboleh-bolehnya, elakkan komitmen yang tinggi mahupun
membuat pinjaman baru jika tempoh bekerja anda hanya berbaki 5 ke 6 tahun
sahaja. Apabila komitmen anda berkurangan, wang persaraan anda boleh digunakan
untuk perkara lain misalnya percutian idaman bersama keluarga tersayang.
3. KENAL PASTI MATLAMAT PERSARAAN ANDA
Mungkin apabila bersara nanti, anda memerlukan wang untuk menyara
kehidupan seharian anda sahaja, namun ada juga yang memerlukan peruntukan untuk
menampung perbelanjaan perubatan dan membayar hutang-hutang yang masih berbaki.
Selain itu, ada juga yang perlu menggunakan wang persaraan untuk
perbelanjaan-perbelanjaan besar seperti membina atau mengubahsuai rumah,
menunaikan haji, melancong dan menampung perbelanjaan anak-anak yang masih
belajar. Oleh itu, amat penting untuk anda menentukan apa yang mahu anda
lakukan selepas bersara nanti. Sekiranya sudah jelas, anda tidak akan membuang
masa dan akan memastikan wang persaraan anda disalurkan ke haluan yang tepat
mengikut kehendak anda.
4. DAPATKAN PERLINDUNGAN INSURANS
KESIHATAN
Sudah menjadi lumrah apabila usia seseorang meningkat, tahap kesihatan
juga tidak lagi pada tahap yang optimum. Oleh itu, anda mungkin kerap berulang
alik mendapatkan rawatan di klinik mahupun hospital. Amat penting untuk anda
melengkapkan diri dengan insurans perubatan secukupnya yang memberikan anda
perlindungan melangkau tempoh persaraan. Mengikut kajian, rakyat di negara ini
secara puratanya mampu hidup sehingga usia 80 tahun. Oleh itu, anda disarankan
mendapatkan insurans yang dapat membantu membiayai perbelanjaan perubatan anda
melebihi umur 80 tahun. Pastikan juga insurans tersebut melindungi
penyakit-penyakit kritikal dan manfaat-manfaat unik yang dapat digunakan
sepanjang usia emas anda. Sesetengah pelan insurans juga memberikan pulangan
kewangan setelah polisi matang mahupun tamat tempoh. Melaburlah dengan lebih
awal dalam pelan-pelan seperti ini kerana sedikit sebanyak ia dapat meringankan
beban kewangan anda sekaligus menjalani tempoh persaraan dengan lebih tenang.
5. KEINGINAN RUMAH BESAR 10 BILIK
Beberapa rakan yang bekerja sebagai
ejen hartanah memaklumkan bahawa trend sekarang ialah pasangan berumur menjual
banglo mereka dan berpindah kepada rumah teres atau condo yang lebih kecil. Semasa
umur muda mereka bertungkus lumus mencari duit dan hutang bertimbun membeli
rumah besar agar semua anak selesa apabila balik beraya. Tetapi hakikatnya, 350
hari dalam setahun, hanya kesunyian di rumah kerana anak-anak sudah mempunyai
keluarga dan rumah sendiri. Atok hanya mendiami satu bilik dan sembilan bilik
lain dipenghuni oleh jin. Lagi pun bukan mudah membuat penyelenggaraan rumah
besar dalam usia tua. Anak yang balik raya sekarang ini boleh menyewa homestay
atau hotel untuk beberapa hari. Lebih menyedihkan hutang rumah besar masih
belum langsai walaupun kubur sudah kata mari. Fikir-fikirlah samada anda perlu
bertungkus lumus bermatian membeli rumah besar yang akan menjadi white elephant
dan dijual semula oleh anak-anak apabila ketiadaan orang tua nanti. Worst,
rumah besar menjadi fitnah rebutan harta pusaka para waris.
6. KEINGINAN NAFSU MEMILIKI VELLFIRE
Setiap orang pencen bercita-cita
memiliki vellfire kerana kereta besar ini boleh membawa ramai ahli keluarga
dengan comfy. Sebenarnya kereta berstatus tinggi ini bukan murah dan mempunyai
kos penyelenggaraan yang tinggi. Apabila ditanya kepada seorang rakan kenapa
beliau kerap memakai Proton Iriz walaupun mempunyai Vellfire, “Sangat convenient bawa kereta kecil
pergi kedai short errants dan parking pun mudah” balas beliau yang mengaku
memakai Vellfire sekali dua dalam sebulan sahaja. Apabila difikir secara
rasional adakah berbaloi menyimpan satu kenderaan yang mempunyai kos
penyelenggaraan, insurance dan cukai jalan yang tinggi tetapi digunakan sekali
sekala?
7. CITA-CITA BESAR MEMILIKI TANAH
DURIAN 10 EKAR
Kerap kali kita mendengar rakan-rakan
yang ingin berkebun selepas bersara mengusahakan ladang durian 10 ekar. Walaupun
ianya satu impian yang bagus, menanam durian memerlukan komitmen dan modal yang
tinggi. Saya selalu menasihatkan agar impian tersebut dimulakan secara kecilan
dari usia muda, bukan ketika badan sudah kerepot. Kecuali jika anda ingin
mengupah pekerja asing menjaga kebun, kesemua kerja kebun terpaksa dibuat
sendiri seperti membaja, meracun, weeding, pruning, dan memungut buah. Itu
semua memerlukan tenaga empat kerat. Kebiasaan bila rakan-rakan pencen bertanya
berkenaan hobi tanaman durian, saya akan menjawab, “Elok kau beli aje durian
kat kedai bila teringin nak makan. Jangan menyusahkan diri nak tanam sendiri
pokok durian diusia tua. Don’t buy a cow to drink milk. Just buy the milk at
the supermarket”. Tentunya rakan faham apa maksud saya itu.
8. HASRAT GRAND WEDDING UNTUK ANAK
Ada dalam kalangan pesara yang
menghabiskan duit simpanan beratus ribu untuk anjur majlis perkahwinan di hotel
4 star. Walaupun upacara sehari sahaja tetapi majlis perkahwinan dibuat paling
meriah dan gah sekali. Saya tidak mahu komen lebih berkenaan perkara ini tetapi
berpendapat adalah lebih baik kos belanja tersebut diserah pada young couple
untuk membina hidup baru. Lebih menyayat hati, setelah berbelanja ratusan ribu
ringgit untuk perbelanjaan perkahwinan yang gah, pasangan tersebut bercerai
sebelum anniversary mereka yang pertama. Cukuplah sekadar majlis simple dan ala
kadar yang dituntut oleh agama.
9. IMPIAN BERSARA MAHU DUDUK MASJID
Ini yang paling kerap kita dengar
dari rakan yang akan berpencen. “Aku nak duduk masjid selepas pencen, Jadi noja
masjid pun tak apa” kata mereka. Impian ke masjid lima waktu adalah sangat baik
tetapi jika tidak menjadi tabiat dari muda ianya bukan perkara mudah. Hati
perlu dipupuk untuk berpaut pada masjid sebelum pencen agar ianya dijadikan
sebagai habit. Hakikatnya, bila sudah tua ganyut hati tersangat liat. Makanya,
jika terdetik niat yang baik sebegitu, jangan tunggu pencen, mulakan sekarang.
10. IMPIAN TRAVEL SATU DUNIA
Semua mempunyai impian travel satu
dunia apabila pencen tetapi hobi ini memerlukan banyak wang dan sihat tubuh
badan. Saya nasihatkan agar rakan-rakan belajarlah travel sedikit demi sedikit
diusia muda dan bila bersara nanti, badan dan poket tidaklah terkejut. Seorang
rakan terlalu asyik dan gamit travel selepas bersara sehinggakan habis semua
duit epf beliau dalam setahun. Selepas itu beliau menjadi murung dan mengalami
depression.
11. IMPIAN UNTUK BEKERJA SEHINGGA
MATI
Walaupun telah bersara, namun ada sesetengah individu yang masih mahu
bekerja atas sebab tertentu. Berdasarkan kajian Merrill Linch dan Age Waved, seramai
7 daripada 10 pesara mahu terus bekerja. Ini mungkin kerana mereka mahu mengisi
masa lapang atau menampung perbelanjaan harian. Sekiranya anda ingin terus
bekerja, gunakan kepakaran atau kemahiran anda untuk menjana pendapatan.
Anda boleh melakukan kerja dari rumah seperti menjahit, menulis, dan bertukang
atau menjadi konsultan kepada organisasi yang masih memerlukan kepakaran
anda. Ramai rakan pesara yang gelisah
selepas bersara dan sibuk mencari pekerjaan lain kerana tidak bersedia dari
segi moral dan belanjawan. Jika pekerjaan dianggap seperti hobi tidak mengapa
asalkan tiada stress tinggi. Untuk bersara perlu proper planning, right mental
dengan pasif income yang mencukupi.
Wallahua’lam.
SUMBER;
1.
Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar (FB Zainuddin
Omar)
2.
https://www.aia.com.my/ms/what-matters/finance/persediaan-untuk-persaraan.html