Setelah berpuluh tahun berhempas pulas mencari rezeki demi kelangsungan hidup, sudah tentu hari persaraan tatkala umur menjangkau 55 atau 60 tahun adalah sesuatu yang dinantikan. Selepas bersara, anda boleh menikmati hidup yang yang lebih tenang tanpa terikat dengan kesibukan kerjaya. Bagaimanapun, tidak dapat dinafikan simpanan yang mencukupi adalah sangat penting agar anda boleh bersara tanpa sebarang kebimbangan, lebih-lebih lagi dengan perbelanjaan hidup yang kian meningkat. Menurut kajian daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), majoriti ahlinya mempunyai purata simpanan berjumlah RM50,000 dan akan menggunakan keseluruhan wang simpanan dalam tempoh yang singkat. Hal ini menjadikan pesara berdepan masalah kewangan apabila memerlukan dana untuk perbelanjaan perubatan mahupun kos sara hidup. Oleh sebab itu, anda perlu membuat persediaan awal, merancang perbelanjaan serta menyediakan simpanan yang mencukupi.
Banyak fakta di sini adalah
penelitian dari liku-liku pengalaman hidup zaman bekerja yang ingin kita kongsikan
pada orang muda. Anda sendiri mungkin akan mengalami fasa yang sama tetapi
eloklah belajar dari pengalaman orang lain agar perjalanan hidup lebih mudah
dan bermakna. Nothing
better than learning from other’s experiences, pitfalls, perils and mistakes. Ada
beberapa perangai orang melayu yang saya perhatikan boleh diperbaiki dan
disesuaikan dengan zaman sekarang terutama mereka yang sedang memasuki alam
persaraan.
Ikuti beberapa tips mudah berikut yang dapat membantu anda menghadapi hari persaraan anda kelak:
1. ASINGKAN SEBAHAGIAN PENDAPATAN UNTUK
‘TABUNG PERSARAAN’
Anda disarankan untuk mengasingkan antara 10 ke 20 peratus daripada gaji
bulanan anda untuk hari persaraan. Kebanyakan daripada kita berpendapat bahawa
hari persaraan masih jauh dan masih mempunyai masa untuk menabung. Disebabkan
itu, ramai yang cenderung berbelanja tanpa berfikir panjang. Bagaimanapun,
kesedaran awal adalah lebih baik kerana kita tidak dapat menjangka apa yang
akan berlaku pada masa akan datang. Lebih awal anda menyimpan, sudah tentu
jumlahnya akan dapat membantu anda menempuh hari-hari persaraan dengan lebih
tenang. Sebagai contoh, jika anda memulakan tabung persaraan pada usia 35 tahun
dengan pendapatan bulanan RM3,500, anda boleh mengasingkan RM350 sebulan (10
peratus gaji bulanan). Dengan itu, apabila bersara pada usia 60 tahun, wang
dalam tabung persaraan anda telah mencecah RM105,000 dan sudah tentu memudahkan
anda menjalani alam persaraan.
2. BUAT KIRA-KIRA PERBELANJAAN HIDUP SEMASA
Setiap individu mempunyai gaya hidup yang berbeza dan tersendiri
mengikut kemampuan masing-masing. Untuk hari persaraan yang lebih
sistematik, anda perlu mengetahui kos perbelanjaan hidup semasa terutamanya
komitmen bulanan jangka panjang seperti pinjaman perumahan, kereta, insurans,
pendidikan dan lain-lain. Pastikan komitmen bulanan anda berkurangan menjelang
tempoh persaraan. Seboleh-bolehnya, elakkan komitmen yang tinggi mahupun
membuat pinjaman baru jika tempoh bekerja anda hanya berbaki 5 ke 6 tahun
sahaja. Apabila komitmen anda berkurangan, wang persaraan anda boleh digunakan
untuk perkara lain misalnya percutian idaman bersama keluarga tersayang.
3. KENAL PASTI MATLAMAT PERSARAAN ANDA
Mungkin apabila bersara nanti, anda memerlukan wang untuk menyara
kehidupan seharian anda sahaja, namun ada juga yang memerlukan peruntukan untuk
menampung perbelanjaan perubatan dan membayar hutang-hutang yang masih berbaki.
Selain itu, ada juga yang perlu menggunakan wang persaraan untuk
perbelanjaan-perbelanjaan besar seperti membina atau mengubahsuai rumah,
menunaikan haji, melancong dan menampung perbelanjaan anak-anak yang masih
belajar. Oleh itu, amat penting untuk anda menentukan apa yang mahu anda
lakukan selepas bersara nanti. Sekiranya sudah jelas, anda tidak akan membuang
masa dan akan memastikan wang persaraan anda disalurkan ke haluan yang tepat
mengikut kehendak anda.
4. DAPATKAN PERLINDUNGAN INSURANS KESIHATAN
5. KEINGINAN RUMAH BESAR 10 BILIK
6. KEINGINAN NAFSU MEMILIKI VELLFIRE
7. CITA-CITA BESAR MEMILIKI TANAH DURIAN 10 EKAR
Kerap kali kita mendengar rakan-rakan yang ingin berkebun selepas bersara mengusahakan ladang durian 10 ekar. Walaupun ianya satu impian yang bagus, menanam durian memerlukan komitmen dan modal yang tinggi. Saya selalu menasihatkan agar impian tersebut dimulakan secara kecilan dari usia muda, bukan ketika badan sudah kerepot. Kecuali jika anda ingin mengupah pekerja asing menjaga kebun, kesemua kerja kebun terpaksa dibuat sendiri seperti membaja, meracun, weeding, pruning, dan memungut buah. Itu semua memerlukan tenaga empat kerat. Kebiasaan bila rakan-rakan pencen bertanya berkenaan hobi tanaman durian, saya akan menjawab, “Elok kau beli aje durian kat kedai bila teringin nak makan. Jangan menyusahkan diri nak tanam sendiri pokok durian diusia tua. Don’t buy a cow to drink milk. Just buy the milk at the supermarket”. Tentunya rakan faham apa maksud saya itu.
8. HASRAT GRAND WEDDING UNTUK ANAK
Ada dalam kalangan pesara yang menghabiskan duit simpanan beratus ribu untuk anjur majlis perkahwinan di hotel 4 star. Walaupun upacara sehari sahaja tetapi majlis perkahwinan dibuat paling meriah dan gah sekali. Saya tidak mahu komen lebih berkenaan perkara ini tetapi berpendapat adalah lebih baik kos belanja tersebut diserah pada young couple untuk membina hidup baru. Lebih menyayat hati, setelah berbelanja ratusan ribu ringgit untuk perbelanjaan perkahwinan yang gah, pasangan tersebut bercerai sebelum anniversary mereka yang pertama. Cukuplah sekadar majlis simple dan ala kadar yang dituntut oleh agama.
9. IMPIAN BERSARA MAHU DUDUK MASJID
Ini yang paling kerap kita dengar dari rakan yang akan berpencen. “Aku nak duduk masjid selepas pencen, Jadi noja masjid pun tak apa” kata mereka. Impian ke masjid lima waktu adalah sangat baik tetapi jika tidak menjadi tabiat dari muda ianya bukan perkara mudah. Hati perlu dipupuk untuk berpaut pada masjid sebelum pencen agar ianya dijadikan sebagai habit. Hakikatnya, bila sudah tua ganyut hati tersangat liat. Makanya, jika terdetik niat yang baik sebegitu, jangan tunggu pencen, mulakan sekarang.
10. IMPIAN TRAVEL SATU DUNIA
Semua mempunyai impian travel satu dunia apabila pencen tetapi hobi ini memerlukan banyak wang dan sihat tubuh badan. Saya nasihatkan agar rakan-rakan belajarlah travel sedikit demi sedikit diusia muda dan bila bersara nanti, badan dan poket tidaklah terkejut. Seorang rakan terlalu asyik dan gamit travel selepas bersara sehinggakan habis semua duit epf beliau dalam setahun. Selepas itu beliau menjadi murung dan mengalami depression.
11. IMPIAN UNTUK BEKERJA SEHINGGA MATI
Walaupun telah bersara, namun ada sesetengah individu yang masih mahu bekerja atas sebab tertentu. Berdasarkan kajian Merrill Linch dan Age Waved, seramai 7 daripada 10 pesara mahu terus bekerja. Ini mungkin kerana mereka mahu mengisi masa lapang atau menampung perbelanjaan harian. Sekiranya anda ingin terus bekerja, gunakan kepakaran atau kemahiran anda untuk menjana pendapatan. Anda boleh melakukan kerja dari rumah seperti menjahit, menulis, dan bertukang atau menjadi konsultan kepada organisasi yang masih memerlukan kepakaran anda. Ramai rakan pesara yang gelisah selepas bersara dan sibuk mencari pekerjaan lain kerana tidak bersedia dari segi moral dan belanjawan. Jika pekerjaan dianggap seperti hobi tidak mengapa asalkan tiada stress tinggi. Untuk bersara perlu proper planning, right mental dengan pasif income yang mencukupi.
Wallahua’lam.
SUMBER;
1.
Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar (FB Zainuddin
Omar)
2.
https://www.aia.com.my/ms/what-matters/finance/persediaan-untuk-persaraan.html