|
PESERTA KEJOHANAN KATEGORI PELAJAR |
Kejohanan Petanque ANGKASA peringkat negeri mula dianjurkan di Sarawak pada tahun 1999. Tahun 2016 ini merupakan anjuran KEJOHANAN PETANQ ANGKASA PERINGKAT NEGERI SARAWAK KALI KE-17, dan kali ini ANGKASA Sarawak berkerjasama dengan SMK Matang Hilir sebagai vanue kejohanan kategori pelajar, dan Masjid Darul Taqwa Bintangor sebagai vanue kejohanan kategori koperator dewasa. Buat pertama kalinya juga kejohanan ini diadakan berasingan antara kategori pelajar dan dewasa.
|
URUSETIA KEJOHANAN |
Walaupun bajet yang sangat terhad diperuntukan oleh ANGKASA untuk angkasa negeri menganjurkan kejohanan ini dan yuran penyertaan dikenakan kepada setiap pasukan, namun rekod penyertaan koperasi masih tinggi. Kejohanan kali ini disertai oleh 45 buah koperasi, 90 pasukan dan disertai oleh 350 peserta. Pasukan datang dari hampir semua bahagian dalam Negeri Sarawak.
Penganjur kejohanan ialah Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Sarawak yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Usuf Haji Samah dengan kerjasama Bahagian 4P ANGKASA. ANGKASA ialah singkatan kepada Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad. Sejak bertapak di Sarawak pada tahun 1993, ANGKASA telah banyak membantu membangunkan Koperasi Sekolah di Negeri Sarawak, ini termasuklah membimbing koperasi sekolah dalam bidang perniagaan, peruncitan, pelancongan dan sambutan hari koperasi sekolah.
|
ADMIN BERGAMBAR BERSAMA JUARA BERTAHAN. |
Pemenang Kejohanan adalah seperti berikut:
1. Johan Kategori Koperasi Sekolah (Lelaki) : Koperasi SMK Baru Miri Berhad
2. Johan Kategori Koperasi Sekolah (Perempuan) : Koperasi SMK Maradong Berhad
3. Johan Kategori Koperasi Dewasa (Lelaki) : Koperasi Jiwa Gemilang Kuching Berhad
4. Johan Kategori Koperasi Dewasa (Wanita) : Koperasi Kariah Masjid Santubung Berhad.
|
JUARA BERTAHAN NEGERI DAN KEBANGSAAN
KOPERASI JIWA GEMILANG KUCHING BERHAD. |
|
JOHAN KATEGORI WANITA
KOPERASI KARIAH MASJID SANTUBUNG BERHAD |
|
JOHAN KATEGORI PELAJAR LELAKI: KOP.SMK BARU MIRI BERHAD. |
|
JOHAN PELAJAR PEREMPUAN: KOP. SMK MARADONG BERHAD. |
Hadiah berupa Trofi dan Wang Tunai disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa PerhubunganAngkasa Negeri Sarawak, Tuan Haji Usuf Haji Samah. Johan setiap kategori juga akan mewakili Negeri Sarawak ke Kejohanan Petanq Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Lembah Kelang, Negeri Sembilan pada bulan ogos 2016 atas pembiayaan sepenuhnya dari ANGKASA.
|
ADMIN JADI ARBITRE KEJOHANAN. HEHE |