Kejohanan petanque ANGKASA peringkat Negeri Sarawak buat pertama kalinya diadakan berasingan antara kategori dewasa dan kategori pelajar pada tahun ini (2016). Kategori pelajar akan diadakan pada 9 April 2016 di SMK Matang Hilir Kuching, Sementara kategori dewasa akan diadakan pada 30 April 2016 di Gelanggang Petanque Masjid Bintangor. Tujuan pengasingan ini adalah untuk mendekati koperator-koperator di Kuching, Sarikei, Bintangor, Sibu dan bahagian sekitarnya, agar dapat melibatkan diri dalam kejohanan ini secara adil dan saksama kepada semua koperasi dalam Negeri Sarawak.
PERATURAN PERTANDINGAN
1. Peraturan pertandingan ini adalah tertakluk kepada Peraturan Permainan Petanque yang diguna pakai oleh FIPJP 2012 dan Persekutuan Petanque Malaysia (PPM). Walau bagaimanapun peraturan tambahan penganjur untuk melicinkan perjalanan kejohanan ini juga akan digunapakai. Antaranya;
a. Kawasan permainan ialah 1 gelanggang (Bola atau Jack yang terkeluar sepenuhnya dari gelanggang dianggap mati).
b. Jack yang dilontar pertama kali tidak memasuki kawasan permainan akan diletakkan oleh pemain lawan di mana-mana sudut dalam gelanggang yang dibenarkan (6-10m).
2. Format Pertandingan;
a. Pertandingan tiga pemain satu pasukan
b. Pertandingan adalah antara pasukan koperasi ahli ANGKASA sahaja.
3. Pertandingan dibuat secara “double knock-out” pusingan awal dan “knock-out” pusingan kedua dan seterusnya.
4. Mata penamat perlawanan (Game Point) adalah pusingan awal, pusingan kedua hingga separuh akhir ialah 11, dan perlawanan akhir ialah 13 mata.
5. Pasukan hendaklah sentiasa berada di dalam kawasan permainan dan bersedia untuk bertanding bila-bila masa. Pasukan yang tiada semasa dipanggil untuk bertanding dalam tempoh 5 minit pertama akan didenda 1 point tambahan kepada pasukan lawan, dan dianggap kalah selepas 15 minit. Jika pasukan kekurangan pemain maka pasukan itu hendaklah juga meneruskan permainan dengan pemain yang ada (Namun, pemain yang hendak makan/solat perlu memaklumkan kepada urusetia).
6. Peserta hendaklah mengenakan pakaian sukan yang sesuai.
7. Sebarang pertikaian boleh dikemukakan kepada pihak urusetia namun keputusan pengadil dan penganjur adalah muktamad.
8. Sebarang Bantahan perlu disertakan dengan wang deposit sebanyak RM300, yang akan dikembalikan jika bantahan berjaya.
SYARAT PENYERTAAN PERTANDINGAN
1. Peserta (3 orang bagi satu pasukan) hendaklah terdiri daripada anggota atau kakitangan koperasi dan koperasi tersebut mestilah ahli ANGKASA. Sekiranya koperasi tersebut belum menjadi ahli ANGKASA, penyertaan akan diterima sekiranya koperasi menghantar borang keahlian ANGKASA beserta dengan bayaran keahlian sebanyak RM100 (Koperasi Dewasa) dan RM30 (Koperasi Sekolah).
2. Tiada pemain simpanan dibenarkan.
3. Berdasarkan bajet yang diberikan oleh ANGKASA, pihak penganjur (ANGKASA Sarawak) telah menghadkan penyertaan kepada 50 Koperasi yang terawal menghantar penyertaan sahaja.
4. Bagi penyertaan kategori PELAJAR, peserta boleh terdiri daripada pelajar Tingkatan 1 sehingga Pelajar Tingkatan 6 Atas.
5. Bagi penyertaan kategori DEWASA, peserta hendaklah berumur 18 tahun ke atas termasuk koperasi IPTA dan koperasi IPTS.
6. Peserta hanya dibenarkan mewakili satu koperasi sahaja (Pengesahan daripada koperasi diperlukan).
7. Pemain dan bekas pemain kebangsaan yang mewakili Malaysia (bermula dari tahun 2013 hingga sekarang) tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini. Ibu Pejabat ANGKASA akan membuat semakan / pengesahan melalui PPM (Jawatankuasa Pemilihan Pemain Kebangsaan) berkaitan kesahihan pemain kebangsaan semasa pertandingan peringkat kebangsaan ANGKASA.
8. Cadangan kepada Koperasi: Oleh kerana ANGKASA Sarawak menghadkan penyertaan kepada 1 pasukan (setiap kategori) bagi satu koperasi, sebaiknya koperasi yang mempunyai ramai pemain yang hendak turut serta perlu menganjurkan pemilihan diperingkat koperasi dan menghantar pasukan yang terkuat sahaja mewakili koperasi masing-masing.
KEISTEMEWAAN KEJOHANAN
1. Makan tengah hari dan minuman akan disediakan oleh penganjur (ANGKASA).
2. Sijil Penyertaan akan diberikan
3. Hadiah Kejohanan Peringkat Negeri;
Johan : Tunai + Medal + Piala Pusingan + Wakil Kebangsaan
Naib Johan : Tunai + Medal
Ketiga : Tunai + Medal
Keempat : Tunai + Medal
4. Johan setiap kategori akan mewakili Sarawak ke Kejohanan Petanq Kebangsaan Angkasa 2016 dengan pembiayaan Angkasa (Tiket penerbangan, Makan minum, penginapan, pengangkutan dan Tshirt).
BORANG PENYERTAAN DAN SURAT JEMPUTAN
"PETANQUE: SUKAN UNTUK SEMUA"