PERATURAN PERTANDINGAN
1. Peraturan
pertandingan ini adalah tertakluk kepada Peraturan Permainan Petanque yang
diguna pakai oleh FIPJP 2012 dan Persekutuan Petanque Malaysia (PPM). Walau
bagaimanapun peraturan tambahan penganjur untuk melicinkan perjalanan kejohanan
ini juga akan digunapakai. Antaranya;
a. Kawasan permainan
ialah 1 gelanggang (Bola atau Jack yang terkeluar sepenuhnya dari gelanggang
dianggap mati).
b. Jack yang
dilontar pertama kali tidak memasuki kawasan permainan akan diletakkan oleh
pemain lawan di mana-mana sudut dalam gelanggang yang dibenarkan (6-10m).
2. Format
Pertandingan;
a.
Pertandingan tiga
pemain satu pasukan
b.
Pertandingan
adalah antara pasukan koperasi ahli ANGKASA sahaja.
3. Pertandingan
dibuat secara “double knock-out” pusingan awal dan “knock-out” pusingan kedua
dan seterusnya.
4. Mata penamat perlawanan
(Game Point) adalah pusingan awal, pusingan kedua hingga separuh akhir ialah
11, dan perlawanan akhir ialah 13 mata.
5. Pasukan hendaklah
sentiasa berada di dalam kawasan permainan dan bersedia untuk bertanding
bila-bila masa. Pasukan yang tiada semasa dipanggil untuk bertanding dalam
tempoh 5 minit pertama akan didenda 1 point tambahan kepada pasukan lawan, dan
dianggap kalah selepas 15 minit. Jika pasukan kekurangan pemain maka pasukan
itu hendaklah juga meneruskan permainan dengan pemain yang ada (Namun, pemain
yang hendak makan/solat perlu memaklumkan kepada urusetia).
6.
Peserta hendaklah
mengenakan pakaian sukan yang sesuai.
7. Sebarang
pertikaian boleh dikemukakan kepada pihak urusetia namun keputusan pengadil dan
penganjur adalah muktamad.
8. Sebarang Bantahan
perlu disertakan dengan wang deposit sebanyak RM300, yang akan dikembalikan
jika bantahan berjaya.
SYARAT PENYERTAAN PERTANDINGAN
1. Peserta (3 orang
bagi satu pasukan) hendaklah terdiri daripada anggota atau kakitangan koperasi
dan koperasi tersebut mestilah ahli ANGKASA. Sekiranya koperasi tersebut belum
menjadi ahli ANGKASA, penyertaan akan diterima sekiranya koperasi menghantar
borang keahlian ANGKASA beserta dengan bayaran keahlian sebanyak RM100
(Koperasi Dewasa) dan RM30 (Koperasi Sekolah).
2. Tiada pemain
simpanan dibenarkan.
3. Berdasarkan bajet
yang diberikan oleh ANGKASA, pihak penganjur (ANGKASA Sarawak) telah menghadkan
penyertaan kepada 50 Koperasi yang terawal menghantar penyertaan sahaja.
4. Bagi penyertaan
kategori PELAJAR, peserta boleh terdiri daripada pelajar Tingkatan 1 sehingga
Pelajar Tingkatan 6 Atas.
5. Bagi penyertaan
kategori DEWASA, peserta hendaklah berumur 18 tahun ke atas termasuk koperasi
IPTA dan koperasi IPTS.
6. Peserta hanya
dibenarkan mewakili satu koperasi sahaja (Pengesahan daripada koperasi
diperlukan).
7.
Pemain dan bekas
pemain kebangsaan yang mewakili Malaysia (bermula dari tahun 2012 hingga
sekarang) tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini. Ibu Pejabat ANGKASA akan
membuat semakan / pengesahan melalui PPM (Jawatankuasa Pemilihan Pemain
Kebangsaan) berkaitan kesahihan pemain kebangsaan semasa pertandingan peringkat
kebangsaan ANGKASA.
8. Cadangan kepada
Koperasi: Oleh kerana ANGKASA Sarawak menghadkan penyertaan kepada 1 pasukan
(setiap kategori) bagi satu koperasi, sebaiknya koperasi yang mempunyai ramai
pemain yang hendak turut serta perlu menganjurkan pemilihan diperingkat
koperasi dan menghantar pasukan yang terkuat sahaja mewakili koperasi
masing-masing.
KEISTEMEWAAN
KEJOHANAN
1.
Penyertaan
PERCUMA (Tiada Yuran)
2. Sarapan, Makan
tengah hari, minum petang akan disediakan oleh penganjur (ANGKASA). Mineral
water juga disediakan oleh penganjur secara percuma.
3. Sijil Penyertaan
akan diberikan
4. Hadiah Kejohanan
Peringkat Negeri;
Johan : Tunai + Medal + Piala Pusingan + Wakil Kebangsaan
Naib Johan : Tunai
+ Medal
Ketiga : Tunai + Medal
Keempat : Tunai
+ Medal
5. Johan setiap
kategori akan mewakili Sarawak ke Kejohanan Petanq Kebangsaan Angkasa 2015
dengan pembiayaan Angkasa (Tiket penerbangan, Makan minum, penginapan,
pengangkutan dan Tshirt).
SURAT JEMPUTAN KEPADA KOPERASI AHLI ANGKASA |
BORANG PENYERTAAN (SILA CETAK UNTUK PENYERTAAN LEBIH DARIPADA SATU PASUKAN YANG BERLAINAN KATEGORI) |
"PETANQUE: SUKAN UNTUK SEMUA"