Pengenalan
Petanque adalah sejenis permainan yang mudah dipelajari dan dimainkan. Selain daripada kos yang murah untuk mula memainkan permainan ini, ia juga boleh dimainkan pada semua jenis permukaan kecuali simen dan tar serta tidak terikat dengan gangguan angin. Permainan petanque ini mempunyai banyak persamaan dengan permainan bowling padang, namun permainan bowling padang hanya dapat dimainkan di atas permukaan gelanggang khas sahaja. Manakala petanque boleh dimainkan di permukaan gelanggang tanah, pasir, rumput dan sebagainya. Peralatan permainan petanque juga sangat mudah iaitu hanya memerlukan beberapa biji bola besi (Boules) dan sebiji bola kayu (Jack). Walaupun
harga bola petanque agak mahal (bergantung kepada jenis dan jenama), namun ia
adalah berbaloi untuk dibeli kerana bola petanque boleh tahan bertahun-tahun
lamanya. Dari segi bilangan pemain pula sukan petanque boleh dimainkan secara
perseorangan, bergu dan bertiga. Tujuan saya berkongsi ilmu untuk membina
gelanggang petanque ini tentunya dengan harapan supaya permainan petanque
menjadi sukan yang paling digemari dalam kalangan masyarakat seluruhnya.
Rajah 1: Lapisan Permukaan Gelanggang 3 lapisan |
Menentukan
arah dan lokasi
Pembinaan gelanggang
petanque hendaklah di atas permukaan yang mendatar dan lebih tinggi dari aras
laut. Selain daripada dapat menjimatkan kos pembinaan, kawasan yang tinggi dan keras memudahkan kita membina gelanggang. Untuk menentukan arah jalur
gelanggang hendaklah dalam anggaran 90 darjah dari arah matahari naik dan
turun.
Rajah 2: Permukaan Gelanggang 2 lapisan |
Spasifikasi
lapisan permukaan
Rajah 3: Gelanggang Tunggal |
Keluasan minima satu gelanggang adalah 4m x 15m, walau bagaimana pun tembok sekitar gelanggang biasanya diperlukan untuk mengelak bola tersasar jauh, rajah 2 menunjukkan 1 gelanggang permainan berserta tembok.
Rajah 4: Gelanggang Berkembar 4. |
Cadangan Bilangan Gelanggang Paling Optimum (Berkembar)
Bilangan gelanggang berkembar paling sesuai adalah dengan gandaan 4 seperti 4, 8, 16, 32, 64 gelanggang dan seterusnya. (rujuk rajah 4), kesesuaian adalah berdasarkan pekara-pekara berikut;
1. Sesuai dengan sistem
pertandingan
2. Bilangan yang mencukupi
dengan lampu limpah dengan ketinggian 30’ dapat menerangi keseluruh kawasan
mengikut pandangan biasa.
3. Menepati peraturan keluasan
minima gelanggang.
4. Gelanggang berkembar paling menjimatkan.
Spasifikasi
tambahan
1. Outlet
air keluar (Sistem paiping bawah tanah - kos lebih mahal)
2. Tambahan
ketinggian 2” di bahagian tengah setiap gelanggang
Rajah 5: Kos Membina Gelanggang Tunggal |
Anggaran Kos
pembinaan bagi satu gelanggang (Negeri Sarawak)
1. Quary dust (5 tan
x RM65) RM 325.00
2. Batu¾ (7 tan x
RM50) RM 350.00
3. Kasaran (10 tan x
RM50) RM 500.00
4. Tembok (Bata @ Kayu) RM 600.00
JUMLAH RM1,775.00
** Harga di atas adalah harga
pembelian secara terus dari Quary dengan kadar sekurang-kurangnya 5 tan.
Penyesuaian
Pembinaan Berdasarkan Permukaan asas
1. Rumput
Sekiranya permukaan asas berumput, pembinaan
hendaklah mengikut spesifikasi lapisan permukaan di atas, (belanja agak besar).
Untuk penjimatan, buang rumput sehingga tinggal lapisan tanah, kemudian letak
batu ¾ dan diikuti quary dust, atau boleh terus letak quary dust.
2.
Tanah
Sekiranya permukaan tanah keras, letak batu ¾
dan diikuti quary dust atau boleh terus letak quary dust mana yang lebih sesuai
3. Batu
Sekiranya permukaan asas berbatu, boleh terus
letak quary dust.
Semua lapisan yang
dimaksudkan hendaklah mengikut ketebalan yang telah ditetapkan.
Rajah 6: Kos Membina Gelanggang Kembar 4 |
1.
Quary dust (20 tan x RM65) RM1
300.00
2.
Batu ¾ (30 tan x RM50) RM1
500.00
3.
Kasaran (40 tan x RM50) RM2
000.00
4.
Tembok (batu curve 2’) RM 600.00
JUMLAH RM5 400.00
** Kos boleh dijimatkan berdasarkan permukaan asas lokasi pembinaan gelanggang. Contohnya, jika permukaan gelanggang telah sediakala keras, anda tidak perlu meletakkan batu kasar, sebaliknya boleh terus meletakkan batu halus dan quary dust.
Rajah 7: Anggaran Kos Bola Petanque (Sila dail 019-8884070 untuk rundingan) |
Rajah 8: Contoh Gelanggang Petanque Kampung Santubung. |
Rajah 9: Contoh Gelanggang Petanque Petronas Telaga 3. |
Rajah 10: Contoh Gelanggang Petanque SMK Santubung. |
Rajah 11: Contoh Gelanggang Petanque Balok, Kuantan. |
Semoga dengan penerbitan artikel ini dapat membantu teman-teman penggiat sukan petanque untuk membina padang petanque sendiri sama ada di halaman rumah, di kawasan pejabat, di sekolah, di kompleks sukan atau di mana-mana sahaja tempat yang ada peminat sukan petanque ini. Diharap juga artikel ini dapat membantu para kontraktor yang dilantik untuk membina gelanggang petanque, tetapi kurang pengatahuan tentang sukan ini. Wallahuallam....
"Majulah Sukan Untuk Negara"
George Aiman Milin
FB: Aiman Tokey Petanque
019-8884070.