Wednesday, August 5, 2015

KEJOHANAN PETANQUE ANGKASA PERINGKAT KEBANGSAAN 2015

PETANQUE SARAWAK MENCIPTA SEJARAH APABILA 3 DARIPADA 4 PASUKAN TELAH BERAKSI KE FINAL UNTUK TAHUN 2015 INI.
JOHAN KATEGORI DEWASA LELAKI: KOPERASI JIWA GEMILANG KUCHING BERHAD (SARAWAK)

 JOHAN KATEGORI DEWASA WANITA: KOPERASI WARGA PENDIDIKAN TERENGGANU BERHAD (TERENGGANU)

JOHAN KATEGORI PELAJAR LELAKI: KOPERASI SMK TELOK AIR TAWAR BUTTERWORTH BERHAD (P.PINANG)

JOHAN KATEGORI PELAJAR PEREMPUAN: KOPERASI SMK TELOK AIR TAWAR BUTTERWORTH BERHAD (P.PINANG)
Kejohanan Petanq Peringkat Kebangsaan 2015 telah berlangsung di Gelanggang Petanque Majlis Perbandaran Port Dickson Negeri Sembilan bermula 31 Julai hingga 2 Ogos 2015 yang melibatkan Koperasi Sekolah dan Koperasi Dewasa. 

Kejohanan kali ini disertai seramai 56 pasukan melibatkan 168 peserta terdiri daripada seluruh negeri termasuk Sabah dan Sarawak. Pada tahun ini, bagi Kategori Dewasa Lelaki dan Wanita yang dipertandingkan di peringkat negeri sebanyak 612 pasukan yang melibatkan bilangan peserta seramai 1836 orang. Bagi ketegori Sekolah Lelaki dan Wanita sebanyak 1,621 dan jumlah bilangan peserta seramai 5,962 orang. Keseluruhan 7,606 orang dan melibatkan 2,425 pasukan .Penambahan bilangan penyertaan setiap tahun adalah kerana minat dan sokongan dari Koperasi Sekolah dan Koperasi Dewasa.

Perasmian telah di sempurnakan oleh YBhg Dato Hj. Abdul Fattah Hj. Abdullah Presiden ANGKASA, manakala majlis penutupan dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Yang DiPertua Majlis Perbandaran Port Dickson YBhg Datok Ab Khalid bin Mat dan Tuan Hj Mutadho Bahari Naib Presiden ANGKASA.

Terima kasih dan sekalung tahniah harus diberikan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia, Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Pesatuan Petanque Malaysia, Majlis Daerah Port Dickson, Pejabat Daerah Port Dickson dan Persatuan Petanq Negeri Sembilan kerana kerjasama dan sokongan dalam menjayakan Kejohanan Petanq ANGKASA Peringkat Kebangsaan 2015.

SENARAI KEPUTUSAN PENUH
KEJOHANAN PETANQ ANGKASA PERINGKAT KEBANGSAAN 2015

KOPERASI SEKOLAH (LELAKI)
KEDUDUKAN KOPERASI
1. JOHAN SMK TELOK AIR TAWAR BUTTERWORTH BERHAD ( P.PINANG)
2. NAIB JOHAN SMK MATANG HILIR KUCHING BERHAD (SARAWAK)
3. KETIGA KOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR BERHAD (PERAK)
4. KEEMPAT SMK SYED AHMAD BERHAD (PERLIS)

KOPERASI SEKOLAH (PEREMPUAN)
KEDUDUKAN KOPERASI
1. JOHAN SMK TELOK AIR TAWAR BUTTERWORTH BERHAD (P.PINANG)
2. NAIB JOHAN SMK SANTUBONG KUCHING BERHAD (SARAWAK)
3. KETIGA SM TEKNIK MUADZAM SHAH BERHAD (PAHANG)
4. KEEMPAT SMK SERTING HILIR KOMPLEKS BERHAD (N.9)

KOPERASI DEWASA (LELAKI)
KEDUDUKAN KOPERASI
1. JOHAN JIWA GEMILANG KUCHING BERHAD (SARAWAK)
2. NAIB JOHAN POLIS DIRAJA MALAYSIA BERHAD ‘A’-W.PERSEKUTUAN
3. KETIGA SERBAGUNA PEMBATEK KELANTAN BERHAD - KELANTAN
4. KEEMPAT PEMBANGUNAN DAERAH GOMBAK ‘B’ BERHAD-SELANGOR

KOPERASI DEWASA (WANITA)
KEDUDUKAN KOPERASI
1. JOHAN WARGA PENDIDIKAN TERENGGANU BERHAD(TERENGGANU)
2. NAIB JOHAN POLIS DIRAJA MALAYSIA BERHAD (W.PERSEKUTUAN)
3. KETIGA PEKEBUN KECIL DAERAH PONTIAN BERHAD (JOHOR)
4. KEEMPAT UNIVERSITI TEKNIKAL MARA BERHAD (KEDAH)

KEPUTUSAN PEMAIN TERBAIK PETANQ 2015
KOPERASI DEWASA (LELAKI)
MUSA BIN HUSSEIN (SARAWAK)
KOPERASI JIWA GEMILANG KUCHING BERHAD

KOPERASI DEWASA (WANITA)
ZARINA NOORDIN (W.PERSEKUTUAN)
KOPERASI POLIS DIRAJA MALAYSIA BERHAD

KOPERASI SEKOLAH (LELAKI)
MOHAMAD KHAIRUL ZAFRI BIN NORMAN SHAH (P.PINANG)
SMK TELOK AIR TAWAR BUTTERWORTH BERHAD

KOPERASI SEKOLAH (PEREMPUAN)
SITI AISAH BINTI ZAINI (P.PINANG)
SMK TELOK AIR TAWAR BUTTERWORTH BERHAD

Sumber: FB Abdul Wahab Hj Alias 

Saturday, March 14, 2015

LAPORAN BERGAMBAR; KEJOHANAN PETANQ ANGKASA PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2015 KALI KE-16.



PEMENANG SETIAP KATEGORI BERGAMBAR BERSAMA URUSETIA KEJOHANAN.
























Kejohanan Petanque ANGKASA peringkat negeri mula dianjurkan di Sarawak pada tahun 1999. Tahun 2015 ini merupakan anjuran KEJOHANAN PETANQ ANGKASA PERINGKAT NEGERI SARAWAK KALI KE-16, dan kali ini ANGKASA Sarawak berkerjasama dengan Majlis Daerah Saratok (MDS), LAKIS dan Kelab Petanque Saratok dalam penganjurannya. Buat pertama kalinya juga kejohanan ini diadakan serentak untuk semua kategori iaitu dewasa lelaki dan dewasa wanita diadakan di gelanggang petanque Majlis Daerah Saratok, sementara kategori pelajar lelaki dan pelajar perempuan diadakan di gelanggang petanque LAKIS.
 
Saratok dipilih sebagai vanue Kejohanan Petanq Angkasa Peringkat Negeri Sarawak 2015 kali ini kerana pristasi daerah itu yang melonjak dalam melahirkan pemain-pemain petanque Negeri Sarawak yang berwibawa. Selain daripada itu, pemilihan juga kerana Saratok merupakan Daerah yang pertama kali membina gelanggang berbumbung di Sarawak. Kejohanan kali ini disertai oleh 44 buah koperasi, 89 pasukan dan disertai oleh 323 peserta. Pasukan datang dari hampir semua bahagian dalam Negeri Sarawak.  
 
Penganjur kejohanan ialah Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Sarawak yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Usuf Haji Samah dengan kerjasama Bahagian 4P ANGKASA. ANGKASA ialah singkatan kepada Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad. Sejak bertapak di Sarawak pada tahun 1993, ANGKASA telah banyak membantu membangunkan Koperasi Sekolah di Negeri Sarawak, ini termasuklah membimbing koperasi sekolah dalam bidang perniagaan, peruncitan, pelancongan dan sambutan hari koperasi sekolah. 
Pemenang Kejohanan adalah seperti berikut:

1. Johan Kategori Koperasi Sekolah (Lelaki) : Koperasi SMK Matang Hilir Kuching Berhad
2. Johan Kategori Koperasi Sekolah (Perempuan) : Koperasi SMK Santubung Berhad
3. Johan Kategori Koperasi Dewasa (Lelaki) : Koperasi Jiwa Gemilang Kuching Berhad
4. Johan Kategori Koperasi Dewasa (Wanita) : Koperasi  Rayyan Saratok Berhad.
Hadiah berupa Trofi dan Wang Tunai disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa PerhubunganAngkasa Negeri Sarawak, Tuan Haji Usuf Haji Samah. Johan setiap kategori juga akan mewakili Negeri Sarawak ke Kejohanan Petanq Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Port Dickson, Negeri Sembilan pada bulan Mei 2014 atas pembiayaan sepenuhnya dari ANGKASA. 


URUSETIA (EN.NURULAIL SEDANG MEMBERIKAN TAKLIMAT KEJOHANAN UNTUK KATEGORI PELAJAR DI GELANGGANG PETANQUE LAKIS SARATOK.
 
PESERTA KATEGORI PELAJAR SEDANG MENDENGAR TAKLIMAT KEJOHANAN,
 


KEJOHANAN SEDANG BERLANGSUNG.
 
PUSINGAN AKHIR KEJOHANAN BARU BERMULA UNTUK SEMUA KATEGORI.

MEMANASKAN BADAN SEBELUM BERMULA.








































 
PEMENANG KATEGORI DEWASA LELAKI
JOHAN: KOP JIWA GEMILANG KUCHING BHD
NAIB JOHAN: KOP OPAH SRI AMAN BHD
KETIGA: KOP POLITEKNIK KUCHING BHD
KEEMPAT: KOP SMK MATANG HILIR KUCHING BHD.
 
PEMENANG KATEGORI DEWASA  WANITA
JOHAN: KOP RAYYAN SARATOK BHD
NAIB JOHAN: KOP OPAH SRI AMAN BHD
KETIGA: KOP JELUPANG MAJU SARATOK BHD
KEEMPAT: KOP SMK SANTUBUNG KUCHING BHD.
 
PEMENANG KATEGORI PELAJAR LELAKI
JOHAN: KOP SMK MATANG HILIR KUCHING BHD
NAIB JOHAN: KOP SMK SANTUBUNG KUCHING BHD
KETIGA: KOP SMK KAI CHUNG BINTANGOR BHD
KEEMPAT: KOP SM TEKNIK SEJINGKAT KUCHING BHD
 


  
PEMENANG KATEGORI PELAJAR PEREMPUAN
JOHAN: KOP SMK SANTUBUNG KUCHING BHD
NAIB JOHAN: KOP SMK BM SARATOK BHD
KETIGA: KOP SMK AGAMA SARATOK BHD
KEEMPAT: KOP SMK MUKAH BHD
 
ADMIN TAHUN INI JADI ARBITER SEPENUH MASA, BOSS TAK SURUH MAIN. HUHU..
 
"PETANQUE UNTUK SEMUA"

Sunday, February 1, 2015

KEJOHANAN PETANQUE ANGKASA PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2015



 PERATURAN PERTANDINGAN 


1.          Peraturan pertandingan ini adalah tertakluk kepada Peraturan Permainan Petanque yang diguna pakai oleh FIPJP 2012 dan Persekutuan Petanque Malaysia (PPM). Walau bagaimanapun peraturan tambahan penganjur untuk melicinkan perjalanan kejohanan ini juga akan digunapakai. Antaranya;
a.      Kawasan permainan ialah 1 gelanggang (Bola atau Jack yang terkeluar sepenuhnya dari gelanggang dianggap mati).
b.     Jack yang dilontar pertama kali tidak memasuki kawasan permainan akan diletakkan oleh pemain lawan di mana-mana sudut dalam gelanggang yang dibenarkan (6-10m).
2.          Format Pertandingan;
a.       Pertandingan tiga pemain satu pasukan
b.       Pertandingan adalah antara pasukan koperasi ahli ANGKASA sahaja.
3.          Pertandingan dibuat secara “double knock-out” pusingan awal dan “knock-out” pusingan kedua dan seterusnya.
4.          Mata penamat perlawanan (Game Point) adalah pusingan awal, pusingan kedua hingga separuh akhir ialah 11, dan perlawanan akhir ialah 13 mata.
5.          Pasukan hendaklah sentiasa berada di dalam kawasan permainan dan bersedia untuk bertanding bila-bila masa. Pasukan yang tiada semasa dipanggil untuk bertanding dalam tempoh 5 minit pertama akan didenda 1 point tambahan kepada pasukan lawan, dan dianggap kalah selepas 15 minit. Jika pasukan kekurangan pemain maka pasukan itu hendaklah juga meneruskan permainan dengan pemain yang ada (Namun, pemain yang hendak makan/solat perlu memaklumkan kepada urusetia).
6.          Peserta hendaklah mengenakan pakaian sukan yang sesuai.
7.           Sebarang pertikaian boleh dikemukakan kepada pihak urusetia namun keputusan pengadil dan penganjur adalah muktamad.
8.         Sebarang Bantahan perlu disertakan dengan wang deposit sebanyak RM300, yang akan dikembalikan jika bantahan berjaya.

SYARAT PENYERTAAN PERTANDINGAN 


1.          Peserta (3 orang bagi satu pasukan) hendaklah terdiri daripada anggota atau kakitangan koperasi dan koperasi tersebut mestilah ahli ANGKASA. Sekiranya koperasi tersebut belum menjadi ahli ANGKASA, penyertaan akan diterima sekiranya koperasi menghantar borang keahlian ANGKASA beserta dengan bayaran keahlian sebanyak RM100 (Koperasi Dewasa) dan RM30 (Koperasi Sekolah).
2.          Tiada pemain simpanan dibenarkan.
3.           Berdasarkan bajet yang diberikan oleh ANGKASA, pihak penganjur (ANGKASA Sarawak) telah menghadkan penyertaan kepada 50 Koperasi yang terawal menghantar penyertaan sahaja.
4.          Bagi penyertaan kategori PELAJAR, peserta boleh terdiri daripada pelajar Tingkatan 1 sehingga Pelajar Tingkatan 6 Atas.
5.          Bagi penyertaan kategori DEWASA, peserta hendaklah berumur 18 tahun ke atas termasuk koperasi IPTA dan koperasi IPTS.
6.          Peserta hanya dibenarkan mewakili satu koperasi sahaja (Pengesahan daripada koperasi diperlukan).
7.         Pemain dan bekas pemain kebangsaan yang mewakili Malaysia (bermula dari tahun 2012 hingga sekarang) tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini. Ibu Pejabat ANGKASA akan membuat semakan / pengesahan melalui PPM (Jawatankuasa Pemilihan Pemain Kebangsaan) berkaitan kesahihan pemain kebangsaan semasa pertandingan peringkat kebangsaan ANGKASA.
8.         Cadangan kepada Koperasi: Oleh kerana ANGKASA Sarawak menghadkan penyertaan kepada 1 pasukan (setiap kategori) bagi satu koperasi, sebaiknya koperasi yang mempunyai ramai pemain yang hendak turut serta perlu menganjurkan pemilihan diperingkat koperasi dan menghantar pasukan yang terkuat sahaja mewakili koperasi masing-masing.

 
KEISTEMEWAAN KEJOHANAN 

1.            Penyertaan PERCUMA (Tiada Yuran)
2.           Sarapan, Makan tengah hari, minum petang akan disediakan oleh penganjur (ANGKASA). Mineral water juga disediakan oleh penganjur secara percuma.
3.          Sijil Penyertaan akan diberikan
4.          Hadiah Kejohanan Peringkat Negeri;
Johan             : Tunai  + Medal + Piala Pusingan + Wakil Kebangsaan
Naib Johan   :  Tunai  + Medal
Ketiga            : Tunai  + Medal
Keempat       : Tunai  + Medal
5.          Johan setiap kategori akan mewakili Sarawak ke Kejohanan Petanq Kebangsaan Angkasa 2015 dengan pembiayaan Angkasa (Tiket penerbangan, Makan minum, penginapan, pengangkutan dan Tshirt).
 
SURAT JEMPUTAN KEPADA KOPERASI AHLI ANGKASA
 
BORANG PENYERTAAN (SILA CETAK UNTUK PENYERTAAN LEBIH DARIPADA SATU PASUKAN YANG BERLAINAN KATEGORI)
 
"PETANQUE: SUKAN UNTUK SEMUA"