Sunday, November 8, 2009

KEJOHANAN PETANQUE TRIPLE TERBUKA PIALA PENGARAH MKM SARAWAK 2009

Sebahagian daripada Kakitangan Maktab Kerjasama Malaysia Cawangan Sarawak yang juga merupakan anggota Koperasi Usrati Kuching Berhad, bergambar kenangan bersama Pengarah MKM Cawangan Sarawak merangkap Pengerusi Koperasi Usrati Kuching Berhad, semasa Kejohanan Petanque "Triple" terbuka Piala Pengarah MKM Sarawak 2009.


Sebahagian daripada Barisan Urusetia sedang bergambar kenangan di hadapan "Benner" Kejohanan Petanque Piala Pengarah MKM Sarawak, Anjuran Koperasi Usrati Kuching Berhad.


Acara "Cabutan Bertuah" memeriahkan lagi Kejohanan Petanque Piala Pengarah MKM Sarawak, sebanyak lebih daripada 45 buah "Hemper" telah disediakan untuk dimenangi oleh para peserta kejohanan. Antara komen positif yang dilontarkan oleh peserta kejohanan kepada Urusetia ialah "Walaupun tak menang tapi masih dapat hadiah". Gambar: antara pemenang cabutan bertuah, Puan Siti Zaleha Mohammad. Hadiah disampaikan oleh Encik Hamizah Bin Mohd.Nadzir.

Urusetia Kejohanan juga tidak melepaskan peluang untuk beraksi.

Juara Kejohanan Petanque Piala Pengarah MKM sarawak (Santubung F), bergambar kenangan bersama Penyumbang Piala merangkap Pengerusi Koperasi Usrati Kuching Berhad (Penganjur) Kejohanan.


Naib Juara Kejohanan Petanque Piala Pengarah MKM Sarawak 2009 (Matang Hilir 3) bergambar kenangan bersama Penyumbang Piala, merangkap Pengerusi Koperasi Usrati Kuching Berhad (Penganjur Kejohanan).


Pemenang tempat Pertama (Santubung F), Kedua (Matang Hilir 3), Ketiga (Santubung E) dan Keempat (Santubung G), bergambar kenangan bersama Pengarah Maktab Kerjasama Malaysia Cawangan Sarawak, Tuan Haji Ramlan Bin Kamsin.

No comments:

Post a Comment