Pages

Monday, August 15, 2022

 


UBAH DIVIDEN ASB 5% KEPADA 30% KEUNTUNGAN

Ramai yang merungut simpanan ASB sekarang dah tak untung macam dulu-dulu. Betul ke? Sebenarnya jika kita faham dan tahu kaedah yang betul, kita masih boleh buat untung yang banyak walaupun dividen ASB sekitar 5% sahaja. Dengan strategi yang betul, kita boleh ubah dividen 5% kepada keuntungan sehingga lebih 30%. 


1. ASB SIMPANAN BIASA

Jika kita ada cash RM9,240 dan disimpan di dalam akaun ASB biasa selama setahun, jika dividen 5% kita akan dapat;

5% × 9,240 = RM462 ✓


2. ASB FINANCING

Jika kita ada cash RM9,240, kita boleh tukarkan kepada sijil ASB bernilai RM200K. Buat tempoh maksimum 40 tahun dan berhenti pada bila-bila masa yang kita rancang. Ini supaya kita dapat nilai sijil yang besar dengan modal yang kecil. Semakin besar nilai sijil, semakin banyak dividen yang kita dapat. 

Contoh pengiraan setahun;

▪️ASBF 200K

- Rate 3.45%

- Tempoh Maksimum 40 tahun (strategi)

- Bayaran bulanan RM770

- Bayaran setahun RM9240

▪️Andai dividen 5%, maka dividen yang diperoleh;

5% x 200,000 = RM10,000

▪️Selepas 12 bulan, anggaran baki hutang sebanyak RM197,720. Maka prinsipal terkumpul selepas 12 bulan;

200,000 - 197,720 = RM2,280

▪️Jumlah hasil simpanan selepas setahun;

10,000 + 2,280 = RM12,280

▪️Keuntungan selepas setahun;

12,280 - 9,240 = RM3,040

▪️Peratus keuntungan setahun;

3,040 ÷ 9,240 × 100 = 32.90%✓

Maka dengan menggunakan kaedah Sijil ASB dan teknik yang betul, kita dapat menukarkan keuntungan 5% kepada 32.90%. Untung lebih 6 kali ganda berbanding cara simpanan biasa.


*Contoh ini hanya untuk perbandingan kiraan setahun. Sebaiknya simpanlah lebih lama supaya hasil simpanan berganda.

**Prinsipal hanya akan dapat jika kita terminate/jual sijil. Jika dibiarkan lagi lama, semakin banyak nilai prinsipal terkumpul sebab hutang semakin berkurang.


[Kira-kira adalah berdasarkan keuntungan bank 3.45% dan dividen ASB 5%. Hasil sebenar mungkin berbeza.]


P/S: Saya bukan agen ASBF, saya juga pelabur ASB dan ASBF macam anda ✌

George Aiman Milin

No comments:

Post a Comment