Pages

Tuesday, June 16, 2020

SUPPLIES SPORT EQUIPEMENT, PETANQUE BOULES AND ACCESSORIES





PROFIL SYARIKAT



AIM-TOP TRAINING SERVICES
NO PENDAFTARAN: 87875
NO e-PEROLEHAN: eP-1301H01F9


PENGENALAN
Aim-Top Training Services selepas ini disebut sebagai “ATTS” merupakan sebuah syarikat milikan tunggal yang ditubuhkan pada 23 Disember 2010, dibawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956. ATTS merupakan syarikat pembekalan peralatan sukan dan mengkhusus dalam bidang sukan “PETANQUE”. Oleh kerana sukan petanque merupakan sukan yang agak baru di Malaysia (Dibawa masuk dari Perancis ke Malaysia oleh Profesor Diraja Ungku A.Aziz pada tahun 1995), ramai pembekal peralatan sukan dalam Malaysia tidak berupaya membekalkan peralatan permainan ini kepada agensi kerajaan, swasta mahupun orang awam. ATTS mengambil inisiatif untuk mengembangkan permainan dan sukan ini di Malaysia dengan khidmat-khidmat dan perkhidmatan yang ATTS tawarkan seperti dalam ruangan urusniaga.
·         Misi ATTS ialah untuk menjadi penyumbang penting dalam pembangunan sukan petanque dalam negara, agar pasukan Malaysia amnya dan pasukan Sabah Sarawak khasnya boleh mendapat pingat dalam kejohanan-kejohanan peringkat negeri, kebangsaan, asia tenggara, asia dan seterusnya peringkat dunia.
·         ATTS juga memainkan peranan penting dalam memberi kesedaran kepada peminat-peminat sukan petanque tentang undang-undang dan peraturan rasmi sukan petanque agar pemain dan penggiat sukan petanque menjadi pemain petanque yang professional dan celik undang-undang.
·         ATTS berhasrat untuk menjadikan permainan petanque ini sebagai permainan yang paling diminati dan paling banyak dimainkan dalam Malaysia. Ini kerana permainan ini boleh dimainkan oleh semua peringkat umur tanpa mengira pangkat dan darjat. Permainan ini juga boleh dimainkan dimana-mana kawasan lapang tanpa ada gelanggang yang standerd. Dengan kata lain, permainan ini mudah untuk dimainkan.



URUSNIAGA
·         Membekalkan dan menjual pelbagai jenis bola (boules) petanque yang standerd untuk pertandingan seperti jenama FBT, MARATHON, OBUT, MS, KTK dan sebagainya (Semua jenis bola import)
·         Membekalkan dan menjual bola (boules) petanque hanya untuk tujuan latihan sahaja (Bola murah yang tidak boleh dibawa dalam pertandingan)
·         Membekalkan dan menjual accessories petanque atau peralatan lain yang diperlukan dalam permainan petanque seperti;
o   Bola jack kayu
o   Bola jack plastic
o   Gelung
o   Shooting kit set
o   Pelbagai jenis alat pengukur
o   Beg dan holder untuk bola petanque
o   Mini Score Board
o   Boules Picker (Magnet)
o   Arbitre / Umpire set
o   Medal dan trophy petanque
o   TShirt / Towal / kain lap bola
·         Perkhidmatan membina gelanggang petanque yang standerd untuk penganjuran kejohanan petanque
·         Perkhidmatan kejurulatihan, bengkel dan klinik tentang teknik dan mekanik permainan petanque, seterusnya kursus dan taklimat berkaitan undang-undang dan peraturan rasmi permainan petanque

·         Khidmat penganjuran kejohanan Petanque

MAKLUMAT SYARIKAT

NAMA
AIM-TOP TRAINING SERVICES
ALAMAT
NO 93 TAMAN ANIB
JALAN CENDERAWASIH
PETRA JAYA
93050 KUCHING SARAWAK
NO PENDAFTARAN
87875
NO e-PEROLEHAN
eP-1301H01F9
NO TELEFON
019-8884070
EMAIL
gm_aiman@yahoo.com
WEB / BLOG
www.georgeaiman.blogspot.com
TARIKH DAFTAR
23 DISEMBER 2010
STATUS SYARIKAT
100% BUMIPUTERA
BENTUK PERNIAGAAN
PEMILIK TUNGGAL
NAMA PEMILIK
GEORGE AIMAN MILIN
BANK
MALAYAN BANGKING BERHAD (MAYBANK)
WISMA SATOK KUCHING
(561190828662)



OPEN QUOTATION



No comments:

Post a Comment