Pages

Thursday, April 13, 2017

CARA MEREKODKAN MATA (POINT) DALAM "SCORE SHEET" KEJOHANAN PETANQUE

CONTOH SCORE SHEET ANGKASA

Dua kesalahan yang sering dilakukan oleh pemain petanque baru (Beginners) ialah;
1. Cara menanda atau merekod keputusan setiap END yang salah;
2. Tidak merekodkan markah atau point yang diperolehi dalam kertas markah (Score Sheet). 

Lebih parah lagi apabila pemain lupa merekodkan markah dalam SCORE SHEET dan hanya menumpukan kepada rekod markah dalam SCORE BOARD. Untuk makluman semua pemain petanque, markah rasmi dalam permainan yang akan diambil kira oleh pihak penganjur ialah rekod pada SCORE SHEET, sementara markah di atas SCORE BOARD sebenarnya hanya untuk rujukan dan tontonan pemain dan penonton sahaja. Sekiranya ada isu /masalah /bantahan dalam pertandingan, penganjur akan hanya merujuk kepada rekod dalam SCORE SHEET sahaja.

Berlaku kes bila mana kejohanan telah tamat berdasarkan rekod atas SCORE BOARD dengan point 13-6. ketika pemenang meminta tandatangan pasukan yang kalah, pasukan yang kalah itu enggan menandatangani SCORE SHEET kerana point atas SCORE SHEET adalah 7-6. Apabila penganjur dirujuk untuk menangani isu tersebut, penganjur telah mengarahkan permainan diteruskan dengan markah di atas SCORE SHEET, dan kedua-dua pasukan diberi amaran oleh umpire kejohanan agar fokus merekodkan markah pada SCORE SHEET dan bukannya hanya pada SCORE BOARD.

Berikut adalah cara-cara merekodkan point atau markah pada score sheet yang SALAH;

Cuma memanda / sahaja pada ruang petak yang sepatutnya ditulis END yang keberapa

Membulatkan jumlah point yang diperolehi pada ruangan rujukan point.

Cuma memanda / sahaja pada ruang petak yang sepatutnya ditulis END yang keberapa

Cuma memanda X sahaja pada ruang petak yang sepatutnya ditulis END yang keberapa

Berikut disertakan pula TUTORIAL tentang cara-cara untuk menanda atau merekodkan point atau markah dalam SCORE SHEET yang BETUL;

END yang pertama, ANGKASA A dapat 3 mata (Point)

END ke-2 ANGKASA B dapat 2 mata

END ke-3 ANGKASA B dapat 2 mata

END ke-4 ANGKASA B dapat 1 mata

END ke-5 ANGKASA B dapat 1 mata

END ke-6 ANGKASA A dapat 5 mata

END ke-7 ANGKASA B dapat 1 mata

END ke-8 ANGKASA B dapat 2 mata

END ke-9 ANGKASA A dapat 1 mata

END ke-10 ANGKASA A dapat 3 mata

END ke-11 ANGKASA B dapat 1 mata

END ke-12 ANGKASA B dapat 3 mata untuk melengkapkan mata penamat sebanyak 13 mata.
Dalam contoh di atas, ANGKASA B telah memenangi perlawanan ini dengan 13 mata semantara ANGKASA A mendapat 12 mata. Perlawanan antara kedua-dua pasukan ini diadakan sebanyak 12 pusaingan (END). Dengan kaedah merekod seperti ini, semua pihak boleh menilai dan melihat berapa mata yang diperolehi oleh setiap pasukan dalam setiap END yang berakhir.

Semoga dengan pencerahan ini, dapat membantu pemain-pemain petanque merekod mata pada SCORE SHEET dengan betul dan tepat, dan seterusnya membantu pihak penganjur dalam kelancaran pengelolaan kejohanan.

Yang baik itu datang dari Allah, semoga bermanfaat.
Salah silap datang dari saya, mohon dimaafkan. 

4 comments: