Pages

Friday, July 4, 2014

TUTORIAL LANGKAH DEMI LANGKAH DALAM PERMAINAN PETANQUE

11 STEP DALAM PERMAINAN PETANQUE

Permainan ini menggunakan bola yang dibuat daripada campuran logam yang di sebut ‘boule’ dan sebiji bola kecil yang disebut sebagai ‘jack’ yang di perbuat daripada kayu. Boules berukuran 7.05 hingga 8.00 cm dan berat antara 650 hingga 800 gram. 

1. TARGET PERMAINAN
Melontar bola paling hampir dengan jack berbanding pasukan lawan.

2. KOMPOSISI PASUKAN.
Permainan petanque boleh dimaikan dengan 3 cara:
3  pemain melawan  3 pemain (triples),
setiap pemain menggunakan 2 boules.
 
 
2  pemain melawan  2 pemain (doubles),
setiap pemain menggunakan 3 boules.
 
 
1  pemain melawan  1 pemain (single),
                   setiap pemain menggunakan 3 boules.


3. PENENTUAN MEMULAKAN PERMAINAN. 


Permainan boleh dimulakan dengan melambung syiling untuk menentukan pemain atau pasukan yang akan melontar jack berukuran 25-35 mm  (diameter). 
Sebagai contoh pemain pasukan biru menang lambungan syiling dan mereka akan memulakan permainan.
4. MEMULAKAN PERMAINAN
Pemain daripada pasukan biru akan melakar bulatan berukuran (35 – 50 cm ‘dimeter’) di dalam gelanggang. Pemain akan melontar jack dengan jarak 6 – 10 meter daripada bulatan itu. Semasa melontar jack atau boules, kedua-dua kaki mesti berada di dalam bulatan tanpa mengangkat kedua-dua kaki sehingga boules pemain menyentuh gelanggang.

 
 
5. LONTARAN BOLA PERTAMA
 
Pasukan biru akan melontar bola pertama kearah jack seberapa dekat yang boleh.
Pemain pertama daripada pasukan merah pula masuk kedalam bulatan untuk membuat lontaran boules kearah jack untuk cuba mengatasi pasukan lawan.
 
6. POINTING
Pemain melontar bola secara pointing   (samaada rolls, half lob, high lob, dan lob penuh) mengikut skill untuk mendekatkan boules mereka dengan jack berbanding pihak lawan.
 
7. SHOOTING
Kaedah memukul (shoots) boules pihak lawan yang berada dekat jack supaya beredar jauh dari jack.
 
8. JIKA BERJAYA
 
Sekiranya pasukan merah berjaya mengubah kedudukan, pasukan biru pula akan membuat lontaran.
 
 
9. JIKA TIDAK BERJAYA
 
Pemain pasukan merah akan memainkan bola lagi sehingga kedudukan berubah dan selagi bola masih ada. Setelah habis bola untuk dimainkan, pasukan lawan pula mengambil tempat untuk mengutip seberapa bayak mata sehingga habis “end”.
 
10. PENENTUAN MATA
 
Pasukan akan mendapat mata berdasarkan bilangan bola pasukannya berada dekat jack berbanding pasukan lawan. (Paling kurang 1 mata dan maksimum 6 mata).
Sebagai contoh dalam gambarajah dibawah, pasukan biru mendapat 3 mata.
Pasukan yang menang “end” tersebut akan melakar bulatan bagi memulakan permainan seterusnya.



 
11. AKHIR PERMAINAN (PEMENANG)
 
Pasukan yang dahulu mendapat 13 mata adalah dikira pemenang.
 
 
SEKIAN DAN TERIMA KASIH
MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA
PETANQUE SUKAN UNTUK SEMUA
GEORGE AIMAN MILIN
019-8884070







No comments:

Post a Comment