Pages

Sunday, December 4, 2016

OBUT ATX - "THE ROLLS ROYCE OF BOULES"



CRITERIA OF CHOICE
• Super top range boules for the best players of petanque and Jeu Provençal.
• These very technically-advanced boules will allow them to accentuate the effects of their personal class.
• Made to order, to measure, set by set.
• They are used by the most famous players in France and abroad.

Specific features:

• Reduced bounce/rebound made possible by the specific elastic limit of the steel used.
• The boule surface is marked very little by impacts.
• Robust (the steel used does not have any weak or brittle areas on its entire hardness layer).
• Stainless and rust-proof.

• Comes with a jack engraved with the OBUT brand name, diameter 30 mm, approved for use in competitions.
• Comes with a small microfibre boule wiping cloth (20 x 20 cm).
• Supplied in a cardboard box, so that you can choose your own pouch. Dimensions 84 x 89 x 248 mm.

Boules made in St-Bonnet-Le-Château, France, in keeping with sustainable development, ecological design and protection of the environment


TECHNICAL CHARATERISTICS
• Hardness : 130 kg/mm² approx.
• Special nickel chrome stainless steel, used in the aeronautics industry and in nuclear power.
• Elastic limit at 0.2 % (100 kg/mm²).
• Exceptionally well-controlled balance


Controls during production :

• Precision of weight : ±2 g.
• Precision of diameter : ± 20 hundredths of millimeter.
• Precision of balance : imbalance < or = 0.5 % of weight of boule.
• Precision of hardness : in range 38 to 41 HRC (checked on TESTWELL machine).
• Finish : gold satin.
• Solid stainless steel : only requires occasional maintenance.


FINISH

• When it is made available to the consumer, the Obut ATX pétanque boule has a golden satin finish.
• This finish corresponds naturally to the last operation of the production process.
• It is temporary, and it normally wears off after the first games.

 Entretien

MAINTENANCE

• Depending on whether or not it is used intensively, on the nature of the playing surfaces, and on the ambient moisture or humidity, etc., the ATX may need maintenance after every game, and at least once every month if it is not used.
• We recommend the Obut maintenance product

Tuesday, August 9, 2016

BEG, PORCH, BOX, THONG, HOLDER (UTK BOLA PETANQUE) UNTUK DIJUAL.

Kebelakangan ini ramai sangat customer saya yang bertanya tentang beg bola petanque. Macam-macam permintaan dan kehendak, kerana beg yang sedia ada sudah koyak atau rosak. Sebenarnya, senang cerita... beg bola boleh pakai apa-apa sahaja beg yang boleh muat bola kita. Boleh guna beg kemera, beg botol, beg bekal, atau sebarang beg. tapi kalau nak cantik kenalah cari beg yang muat-muat bola kita kan. 

Saya sendiri dari dulu lagi menggunakan beg kemera untuk memuatkan 2 set (6 biji) bola yang saya miliki. Untuk lebih gah saya lekatkan Jata Negara, Jalur Gemilang dan Logo Persekutuan Petanque Malaysia, seolah-oleh saya wakil Malaysia dalam kejohanan dunia. hehehehehe

Kalau tuan, puan, adik, abang, kakak... nak juga cari beg, berikut antara beg-beg yang saya jual. Kena PM dulu lah untuk confirm stok masih ada or sudah sold out. PM saya di no 019-8884070 ya.

OBUT REPORTER BEG
RM180.00

ARMY PORCH BEG
RM60.00

ARMY PORCH BEG
RM60.00

OBUT PORCH
RM50.00

MS PETANQUE PORCH
RM70.00

LAFRANC BEG
RM30.00

PETANQUE SHOP BEG
RM100.00

OBUT SOFT PORCH
RM50.00
Army porch beg tu yang paling banyak dalam stok saya sekarang. Saya simpan banyak stok beg army ini kerana ianya beg yang paling sesuai untuk simpan bola petanque. selain daripada muat semua saiz bola petanque, ianya juga ada poket untuk menyimpan barang sampingan seperti bola jack, kain lap bola, tape, boules picker dll. Ianya juga merupakan beg yang paling lasak dan tahan berbanding beg-beg yang lain. Harganya juga murah iaitu RM60 sahaja.

Friday, May 20, 2016

MT TOURS / M (PREMIUM) "RAJA BOLA" DALAM FAMILI MARATHON.


 MT TOUR / M (PREMIUM)
"RAJA BOLA" MARATHON
MT TOUR / M (PREMIUM) adalah bole terbaik atau raja bola bagi jenama bola petanque Marathon. Seperti mana bola Obut ATX mendapat gelaran Raja Bola bagi jenama Bola Obut. Ramai pemain petanque dan penggiat sukan petanque juga berpendapat bahawa bola MT Tour / M (PREMIUM) ini setanding dengan bola Obut ATX. Selain daripada mendapat pengikhtirafan FIPJP, bola ini juga sangat popular digunakan oleh pemain-pemain peringkat dunia terutamanya pemain rantau asia.

Kod produk: MARATHONPETANQUETOUR / M
Jenama: Marathon (MARATHON)
Nature: Hard bersalut badan keluli
Saiz: 71/72/73/74
Berat: 660/670/680/690/700
Kekerasan: Sederhana (45 HRC)
Harga: MYR800.00
Maklumat lanjut: Boules Kejohanan Antarabangsa Emmy. T c (MT TOUR / M) dari Marathon (MARATHON).
Nota: Satu set disertakan dengan 3 biji bola MT Tours/M Premium, Beg Kulit Asli, bola Jack dan kain pengelap bola.

BOLA RANGKING KE-2

BOLA RANGKING KE-3

BOLA RANGKING KE-4
BOLA RANGKING KE-5

BOLA RANGKING KE-6

BOLA RANGKING KE-7
Walaupun terdapat 7 rangking bola dalam famili bola Marathon, berita baik untuk pemain dan peminat sukan petanque yang ingin mengumpul koleksi bola petanque ialah, kesemua bola petanque dalam famili Marathon adalah tahan karat. Teknik buatan bola Marathon ini pula adalah lebih unik dan teliti, menyebabkan kesemua jenis bolanya lebih tahan dan jarang sekali terbelah dua (Pecah). Pengalaman saya sebagai penjual bola petanque sejak tahun 1999, belum pernah seorangpun pelanggan yang membeli bola dengan saya mengadu bola yang mereka beli (Jenis Marathon) pecah. Tahniah MARATHON kerana menghasilkan bola yang MURAH dan BERKUALITI TINGGI. Whatsapp saya untuk mengatahui stok bola MARATHON yang ada dalam stor sekarang!
- George Aiman Milin.

Saturday, May 14, 2016

LAPORAN KEJOHANAN PETANQUE ANGKASA PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2016.


PESERTA KEJOHANAN KATEGORI PELAJAR
Kejohanan Petanque ANGKASA peringkat negeri mula dianjurkan di Sarawak pada tahun 1999. Tahun 2016 ini merupakan anjuran KEJOHANAN PETANQ ANGKASA PERINGKAT NEGERI SARAWAK KALI KE-17, dan kali ini ANGKASA Sarawak berkerjasama dengan SMK Matang Hilir sebagai vanue kejohanan kategori pelajar, dan Masjid Darul Taqwa Bintangor sebagai vanue kejohanan kategori koperator dewasa. Buat pertama kalinya juga kejohanan ini diadakan berasingan antara kategori pelajar dan dewasa.


URUSETIA KEJOHANAN
Walaupun bajet yang sangat terhad diperuntukan oleh ANGKASA untuk angkasa negeri menganjurkan kejohanan ini dan yuran penyertaan dikenakan kepada setiap pasukan, namun rekod penyertaan koperasi masih tinggi. Kejohanan kali ini disertai oleh 45 buah koperasi, 90 pasukan dan disertai oleh 350 peserta. Pasukan datang dari hampir semua bahagian dalam Negeri Sarawak.  





Penganjur kejohanan ialah Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Sarawak yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Usuf Haji Samah dengan kerjasama Bahagian 4P ANGKASA. ANGKASA ialah singkatan kepada Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad. Sejak bertapak di Sarawak pada tahun 1993, ANGKASA telah banyak membantu membangunkan Koperasi Sekolah di Negeri Sarawak, ini termasuklah membimbing koperasi sekolah dalam bidang perniagaan, peruncitan, pelancongan dan sambutan hari koperasi sekolah. 

ADMIN BERGAMBAR BERSAMA JUARA BERTAHAN.
Pemenang Kejohanan adalah seperti berikut:
1. Johan Kategori Koperasi Sekolah (Lelaki) : Koperasi SMK Baru Miri Berhad

2. Johan Kategori Koperasi Sekolah (Perempuan) : Koperasi SMK Maradong Berhad


3. Johan Kategori Koperasi Dewasa (Lelaki) : Koperasi Jiwa Gemilang Kuching Berhad


4. Johan Kategori Koperasi Dewasa (Wanita) : Koperasi Kariah Masjid Santubung Berhad.


JUARA BERTAHAN NEGERI DAN KEBANGSAAN
KOPERASI JIWA GEMILANG KUCHING BERHAD.


JOHAN KATEGORI WANITA
KOPERASI KARIAH MASJID SANTUBUNG BERHAD
JOHAN KATEGORI PELAJAR LELAKI: KOP.SMK BARU MIRI BERHAD.


JOHAN PELAJAR PEREMPUAN: KOP. SMK MARADONG BERHAD.
Hadiah berupa Trofi dan Wang Tunai disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa PerhubunganAngkasa Negeri Sarawak, Tuan Haji Usuf Haji Samah. Johan setiap kategori juga akan mewakili Negeri Sarawak ke Kejohanan Petanq Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Lembah Kelang, Negeri Sembilan pada bulan ogos 2016 atas pembiayaan sepenuhnya dari ANGKASA. 


ADMIN JADI ARBITRE KEJOHANAN. HEHE



Friday, March 18, 2016

PROMO: KEJOHANAN PETANQUE ANGKASA PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2016

Kejohanan petanque ANGKASA peringkat Negeri Sarawak buat pertama kalinya diadakan berasingan antara kategori dewasa dan kategori pelajar pada tahun ini (2016). Kategori pelajar akan diadakan pada 9 April 2016 di SMK Matang Hilir Kuching, Sementara kategori dewasa akan diadakan pada 30 April 2016 di Gelanggang Petanque Masjid Bintangor. Tujuan pengasingan ini adalah untuk mendekati koperator-koperator di Kuching, Sarikei, Bintangor, Sibu dan bahagian sekitarnya, agar dapat melibatkan diri dalam kejohanan ini secara adil dan saksama kepada semua koperasi dalam Negeri Sarawak.







PERATURAN PERTANDINGAN 


1.    Peraturan pertandingan ini adalah tertakluk kepada Peraturan Permainan Petanque yang diguna pakai oleh FIPJP 2012 dan Persekutuan Petanque Malaysia (PPM). Walau bagaimanapun peraturan tambahan penganjur untuk melicinkan perjalanan kejohanan ini juga akan digunapakai. Antaranya;
a.  Kawasan permainan ialah 1 gelanggang (Bola atau Jack yang terkeluar sepenuhnya dari gelanggang dianggap mati).
b.   Jack yang dilontar pertama kali tidak memasuki kawasan permainan akan diletakkan oleh pemain lawan di mana-mana sudut dalam gelanggang yang dibenarkan (6-10m).
2.          Format Pertandingan;
a.       Pertandingan tiga pemain satu pasukan
b.       Pertandingan adalah antara pasukan koperasi ahli ANGKASA sahaja.
3.        Pertandingan dibuat secara “double knock-out” pusingan awal dan “knock-out” pusingan kedua dan seterusnya.
4.        Mata penamat perlawanan (Game Point) adalah pusingan awal, pusingan kedua hingga separuh akhir ialah 11, dan perlawanan akhir ialah 13 mata.
5.       Pasukan hendaklah sentiasa berada di dalam kawasan permainan dan bersedia untuk bertanding bila-bila masa. Pasukan yang tiada semasa dipanggil untuk bertanding dalam tempoh 5 minit pertama akan didenda 1 point tambahan kepada pasukan lawan, dan dianggap kalah selepas 15 minit. Jika pasukan kekurangan pemain maka pasukan itu hendaklah juga meneruskan permainan dengan pemain yang ada (Namun, pemain yang hendak makan/solat perlu memaklumkan kepada urusetia).
6.          Peserta hendaklah mengenakan pakaian sukan yang sesuai.
7.           Sebarang pertikaian boleh dikemukakan kepada pihak urusetia namun keputusan pengadil dan penganjur adalah muktamad.
8.       Sebarang Bantahan perlu disertakan dengan wang deposit sebanyak RM300, yang akan dikembalikan jika bantahan berjaya.

SYARAT PENYERTAAN PERTANDINGAN 


1.    Peserta (3 orang bagi satu pasukan) hendaklah terdiri daripada anggota atau kakitangan koperasi dan koperasi tersebut mestilah ahli ANGKASA. Sekiranya koperasi tersebut belum menjadi ahli ANGKASA, penyertaan akan diterima sekiranya koperasi menghantar borang keahlian ANGKASA beserta dengan bayaran keahlian sebanyak RM100 (Koperasi Dewasa) dan RM30 (Koperasi Sekolah).
2.          Tiada pemain simpanan dibenarkan.
3.    Berdasarkan bajet yang diberikan oleh ANGKASA, pihak penganjur (ANGKASA Sarawak) telah menghadkan penyertaan kepada 50 Koperasi yang terawal menghantar penyertaan sahaja.
4.     Bagi penyertaan kategori PELAJAR, peserta boleh terdiri daripada pelajar Tingkatan 1 sehingga Pelajar Tingkatan 6 Atas.
5.          Bagi penyertaan kategori DEWASA, peserta hendaklah berumur 18 tahun ke atas termasuk koperasi IPTA dan koperasi IPTS.
6.      Peserta hanya dibenarkan mewakili satu koperasi sahaja (Pengesahan daripada koperasi diperlukan).
7.      Pemain dan bekas pemain kebangsaan yang mewakili Malaysia (bermula dari tahun 2013 hingga sekarang) tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini. Ibu Pejabat ANGKASA akan membuat semakan / pengesahan melalui PPM (Jawatankuasa Pemilihan Pemain Kebangsaan) berkaitan kesahihan pemain kebangsaan semasa pertandingan peringkat kebangsaan ANGKASA.
8.  Cadangan kepada Koperasi: Oleh kerana ANGKASA Sarawak menghadkan penyertaan kepada 1 pasukan (setiap kategori) bagi satu koperasi, sebaiknya koperasi yang mempunyai ramai pemain yang hendak turut serta perlu menganjurkan pemilihan diperingkat koperasi dan menghantar pasukan yang terkuat sahaja mewakili koperasi masing-masing.

KEISTEMEWAAN KEJOHANAN 

1.   Makan tengah hari dan minuman akan disediakan oleh penganjur (ANGKASA). 
2.    Sijil Penyertaan akan diberikan
3.    Hadiah Kejohanan Peringkat Negeri;
Johan             : Tunai  + Medal + Piala Pusingan + Wakil Kebangsaan
Naib Johan   :  Tunai  + Medal
Ketiga            : Tunai  + Medal
Keempat       : Tunai  + Medal
4.      Johan setiap kategori akan mewakili Sarawak ke Kejohanan Petanq Kebangsaan Angkasa 2016 dengan pembiayaan Angkasa (Tiket penerbangan, Makan minum, penginapan, pengangkutan dan Tshirt).


BORANG PENYERTAAN DAN SURAT JEMPUTAN




"PETANQUE: SUKAN UNTUK SEMUA"