Friday, February 10, 2017

PROMO: KEJOHANAN PETANQUE "TRIPLE" ANGKASA 2017

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam 1 Koperasi. 
Kejohanan Petanque Tahunan ANGKASA kembali lagi. Kali ini dengan format yang agak berbeza dari tahun-tahun sebelum ini. Seperti biasa Kejohanan Petanque ANGKASA diadakan untuk 4 ketegori iaitu; 1. Pelajar Lelaki, 2. Pelajar Perempuan, 3. Dewasa Lelaki dan 4. Dewasa Wanita. 
Buat pertamakalinya tahun ini ANGKASA Sarawak akan mengadakan kejohanan petanque untuk kategori pelajar diperingkat Zon dan peringkat Negeri. Semantara kategori dewasa hanya akan diadakan diperingkat negeri sahaja seperti biasa. 3 Zon untuk kategori pelajar telah dipilih iaitu;
1. Zon Miri
(Lawas, Limbang, Miri, Marudi, Bintulu)
2. Zon Sibu
(Mukah, Sibu, Kapit, Sarikei, Saratok, Betong, Sri Aman)
3. Zon Kuching
(Serian, Samarahan, Kuching, Lundu, Bau)
Tujuan memperkenalkan peringkat zon ini ialah untuk menggalakkan penglibatan koperasi sekolah dalam permainan petanque, disamping cuba memudahkan penyertaan koperasi-koperasi sekolah di seluruh Negeri Sarawak. Johan dan Naib Johan Setiap kategori akan mewakili zon masing-masing untuk bertanding diperingkat negeri, yang dijadualkan akan berlangsung pada bulan mei 2017, bersekali dengan kejohanan Petanque Peringkat Negeri untuk kategori Dewasa.

Kejohanan Petanque ANGKASA kali ini dilaksanakan dengan kerjasama daripada Jabatan Pelajaran Sarawak, Persatuan Petanque Sarawak, Persatuan Petanque Kuching, Persatuan Petanque Miri, Persatuan Petanque Saratok, SMK Matang Hilir dan individu pengiat sukan petanque Sarawak.