Tuesday, May 13, 2014

PANDUAN PEMBINAAN GELANGGANG PETANQUE

Pengenalan
 
Petanque adalah sejenis permainan yang mudah dipelajari dan dimainkan. Selain daripada kos yang murah untuk mula memainkan permainan ini, ia juga boleh dimainkan pada semua jenis permukaan kecuali simen dan tar serta tidak terikat dengan gangguan angin. Permainan petanque ini mempunyai banyak persamaan dengan permainan bowling padang, namun permainan bowling padang hanya dapat dimainkan di atas permukaan gelanggang khas sahaja. Manakala petanque boleh dimainkan di permukaan gelanggang tanah, pasir, rumput dan sebagainya. Peralatan permainan petanque juga sangat mudah iaitu hanya memerlukan beberapa biji bola besi (Boules) dan sebiji bola kayu (Jack). Walaupun harga bola petanque agak mahal (bergantung kepada jenis dan jenama), namun ia adalah berbaloi untuk dibeli kerana bola petanque boleh tahan bertahun-tahun lamanya. Dari segi bilangan pemain pula sukan petanque boleh dimainkan secara perseorangan, bergu dan bertiga. Tujuan saya berkongsi ilmu untuk membina gelanggang petanque ini tentunya dengan harapan supaya permainan petanque menjadi sukan yang paling digemari dalam kalangan masyarakat seluruhnya. 
 

Rajah 1: Lapisan Permukaan Gelanggang 3 lapisan
 
Menentukan arah dan lokasi
 
Pembinaan gelanggang petanque hendaklah di atas permukaan yang mendatar dan lebih tinggi dari aras laut. Selain daripada dapat menjimatkan kos pembinaan, kawasan yang tinggi dan keras memudahkan kita membina gelanggang. Untuk menentukan arah jalur gelanggang hendaklah dalam anggaran 90 darjah dari arah matahari naik dan turun.
 

Rajah 2: Permukaan Gelanggang 2 lapisan
 
Spasifikasi lapisan permukaan
 
Untuk mendapat sebuah gelanggang yang berkualiti tinggi lapisan gelanggang adalah seperti rajah 1. Ketebalan quary dust tidak melebihi 2”. Ketebalan batu ¾” bergantung kepada permukaan, untuk mendapatkan level permukaan (ketebalan cadangan 2 – 3 inci). Ketebalan kasaran bergantung kepada permukaan untuk mendapatkan level permukaan. Untuk menjadikan gelanggang yang kita bina lebih mencabar pemain, dicadangkan agar kita menaburkan batu kasar di permukaan gelanggang (chipping). walau bagaimanapun chipping ini jangan diletakkan terlalu banyak kerana ini akan merosakkan bola petanque. 
Rajah 3: Gelanggang Tunggal
 
Keluasan kawasan permainan gelanggang tunggal (1 gelanggang)

Keluasan minima satu gelanggang adalah 4m x 15m, walau bagaimana pun tembok sekitar gelanggang biasanya diperlukan untuk mengelak bola tersasar jauh, rajah 2 menunjukkan 1 gelanggang permainan berserta tembok.


Rajah 4: Gelanggang Berkembar 4.

Cadangan Bilangan Gelanggang Paling Optimum (Berkembar)

Bilangan gelanggang berkembar paling sesuai adalah dengan gandaan 4 seperti 4, 8, 16, 32, 64 gelanggang dan seterusnya. (rujuk rajah 4), kesesuaian adalah berdasarkan pekara-pekara berikut;
1.       Sesuai dengan sistem pertandingan
2.       Bilangan yang mencukupi dengan lampu limpah dengan ketinggian 30’ dapat menerangi keseluruh kawasan mengikut pandangan biasa.
3.       Menepati peraturan keluasan minima gelanggang.
4.      Gelanggang berkembar paling menjimatkan.

Spasifikasi tambahan
 
1.    Outlet air keluar (Sistem paiping bawah tanah - kos lebih mahal)
2.   Tambahan ketinggian 2” di bahagian tengah setiap gelanggang



Rajah 5: Kos Membina Gelanggang Tunggal

 
Anggaran Kos Pembinaan Gelanggang Tunggal

Anggaran Kos pembinaan bagi satu gelanggang (Negeri Sarawak)
1.  Quary dust (5 tan x RM65)                   RM 325.00
2.  Batu¾ (7 tan x RM50)                          RM 350.00
3.  Kasaran (10 tan x RM50)                     RM 500.00
4.  Tembok (Bata @ Kayu)                        RM 600.00
                                 JUMLAH                   RM1,775.00

** Harga di atas adalah harga pembelian secara terus dari Quary dengan kadar sekurang-kurangnya 5 tan.

Penyesuaian Pembinaan Berdasarkan Permukaan asas

1.   Rumput
Sekiranya permukaan asas berumput, pembinaan hendaklah mengikut spesifikasi lapisan permukaan di atas, (belanja agak besar). Untuk penjimatan, buang rumput sehingga tinggal lapisan tanah, kemudian letak batu ¾ dan diikuti quary dust, atau boleh terus letak quary dust. 
2.  Tanah
Sekiranya permukaan tanah keras, letak batu ¾ dan diikuti quary dust atau boleh terus letak quary dust mana yang lebih sesuai 
3.   Batu
Sekiranya permukaan asas berbatu, boleh terus letak quary dust. 

Semua lapisan yang dimaksudkan hendaklah mengikut ketebalan yang telah ditetapkan.

Rajah 6: Kos Membina Gelanggang Kembar 4
Anggaran Kos Perbelanjaan Gelanggang Berkembar 4.

1.  Quary dust (20 tan x RM65)                 RM1 300.00
2.  Batu ¾ (30 tan x RM50)                       RM1 500.00
3.  Kasaran (40 tan x RM50)                     RM2 000.00
4.  Tembok (batu curve 2’)                        RM   600.00
                                           JUMLAH                   RM5 400.00

** Kos boleh dijimatkan berdasarkan permukaan asas lokasi pembinaan gelanggang. Contohnya, jika permukaan gelanggang telah sediakala keras, anda tidak perlu meletakkan batu kasar, sebaliknya boleh terus meletakkan batu halus dan quary dust.
 
Rajah 7: Anggaran Kos Bola Petanque (Sila dail 019-8884070 untuk rundingan)


Rajah 8: Contoh Gelanggang Petanque Kampung Santubung.


Rajah 9: Contoh Gelanggang Petanque Petronas Telaga 3.

 
Rajah 10: Contoh Gelanggang Petanque SMK Santubung.

 
Rajah 11: Contoh Gelanggang Petanque Balok, Kuantan.


Penutup

Semoga dengan penerbitan artikel ini dapat membantu teman-teman penggiat sukan petanque untuk membina padang petanque sendiri sama ada di halaman rumah, di kawasan pejabat, di sekolah, di kompleks sukan atau di mana-mana sahaja tempat yang ada peminat sukan petanque ini. Diharap juga artikel ini dapat membantu para kontraktor yang dilantik untuk membina gelanggang petanque, tetapi kurang pengatahuan tentang sukan ini. Wallahuallam....

"Majulah Sukan Untuk Negara"

George Aiman Milin
FB: Aiman Tokey Petanque
019-8884070.

14 comments:

  1. Terima kasih Tuan, minta izin untuk digunakan.

    ReplyDelete
  2. En george boleh pm sy ttg harga boule terkini?
    Cikgu greg smk lundu
    0148764922

    ReplyDelete
  3. Minta izin gunakan maklumat serta Rajah2 untuk membentangkan kertas kerja dan konsep pembinaan untuk gelanggang komuniti Subang Jaya, Selangor.

    ReplyDelete
  4. Minta izin tuan untuk gunakan maklumat bagi penyediaan harga tender.

    ReplyDelete
  5. boleh dapatkan contoh kertas kerja gelanggang petanque

    ReplyDelete
  6. Minta izin info sebagai panduan bina gelanggang

    ReplyDelete
  7. Terima kasih atas info ini Tuan, izinkan saya gunakan maklumat ini

    ReplyDelete
  8. Mohon share sebagai proses ilmu

    ReplyDelete
  9. Terima kasih atas perkongsian. Mohon share ilmu tuan dengan murid-murid saya ya. Terima kasih

    ReplyDelete
  10. Minta halal ilmu mohon share

    ReplyDelete
  11. minta mohon utk guna tqvm

    ReplyDelete
  12. Minta halal ilmu mohon share

    ReplyDelete
  13. Terima kasih info yg tuan berikan, halalkn info ini dkongsikn

    ReplyDelete