Saturday, March 1, 2014

LAPORAN KEJOHANAN PETANQUE ANGKASA PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2014.

Simbolik Perasmian Kejohanan Petanque Angkasa Peringkat Negeri Sarawak 2014 oleh Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Angkasa Negeri Sarawak, Tuan Haji Usuf Samah.
Kejohanan Petanque ANGKASA peringkat negeri mula dianjurkan di Sarawak pada tahun 1999. Sejak tahun 1999 sehingga tahun 2013 (14 kali kejohanan), Angkasa Sarawak tidak pernah menganjurkan kejohanan tersebut di luar Bahagian Kuching. Ini kerana kebimbangan penganjur jika di buat di luar Kuching, penyertaan dari koperasi-koperasi Ahli Angkasa sangat kurang (Sebahagian besar koperasi ahli Angkasa berada di bahagian Kuching). Walau bagaimanapun, pada tahun ini (2014), penganjur iaitu Jawatankuasa Perhubungan Angkasa Negeri Sarawak yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Usuf Samah telah mengambil langkah berani untuk menganjurkan kejohanan ini buat julung kalinya di luar bahagian Kuching.

Vanue Kejohanan Petanq Angkasa Peringkat Negeri Sarawak 2014 yang dipilih pada tahun ini ialah Gelanggang Petanque Masjid Darul Taqwa Bintangor. Walaupun dianjurkan di luar Bahagian Kuching, penganjur berjaya mengumpul penyertaan daripada 32 buah koperasi, 78 pasukan dan disertai oleh 234 peserta. Pasukan datang dari hampir semua bahagian dalam Negeri Sarawak.  

Tarikh: 22-23 Februari 2014 (Sabtu dan Ahad)
Tempat: Gelanggang Petanque Masjid Darul Taqwa Bintangor.

Penganjur kejohanan ialah Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Sarawak yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Usuf Haji Samah dengan kerjasama Bahagian 4P ANGKASA. ANGKASA ialah singkatan kepada Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad. Sejak bertapak di Sarawak pada tahun 1993, ANGKASA telah banyak membantu membangunkan Koperasi Sekolah di Negeri Sarawak, ini termasuklah membimbing koperasi sekolah dalam bidang perniagaan, peruncitan, pelancongan dan sambutan hari koperasi sekolah. 

 Pemenang Kejohanan adalah seperti berikut:

1. Johan Kategori Koperasi Sekolah (Lelaki) : Koperasi SMK Kaichung Bintangor Berhad
2. Johan Kategori Koperasi Sekolah (Perempuan) : Koperasi SMK Santubung Berhad
3. Johan Kategori Koperasi Dewasa (Lelaki) : Koperasi Pembangunan Saratok Berhad
4. Johan Kategori Koperasi Dewasa (Perempuan) : Koperasi Usrati Kuching Berhad.

Hadiah berupa Medal dan Wang Tunai disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Angkasa Negeri Sarawak, Tuan Haji Usuf Haji Samah. Johan setiap kategori juga akan mewakili Negeri Sarawak ke Kejohanan Petanq Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Negeri Perlis pada bulan Mei 2014 atas pembiayaan sepenuhnya dari ANGKASA.


JOHAN
Kategori Koperator Lelaki Dewasa
(Koperasi Pembangunan Saratok Berhad).
NAIB JOHAN
Kategori Koperator Lelaki Dewasa
(Koperasi Opah Sri Aman Berhad - KOSAB)
KETIGA
Kategori Koperator Lelaki Dewasa
(Koperasi Serbaguna Saratok Berhad)
KEEMPAT
Kategori Koperator Lelaki Dewasa
(Koperasi Citra Nur Kuching Berhad)
JOHAN
Kategori Koperator Wanita Dewasa
(Koperasi Usrati Kuching Berhad).
NAIB JOHAN
Kategori Koperator Wanita Dewasa
(Koperasi SMK Santubung Kuching Berhad)
KETIGA
Kategori Koperator Wanita Dewasa
(Koperasi Rayyan Saratok Berhad)
KEEMPAT
Kategori Koperator Wanita Dewasa
(Koperasi Opah Sri Aman Berhad).
JOHAN
Kategori Koperator Pelajar Perempuan
(Koperasi SMK Santubung Kuching Berhad)
NAIB JOHAN
Kategori Koperator Pelajar Perempuan
(Koperasi SMK Agama Saratok Berhad)
KETIGA
Kategori Koperator Pelajar Perempuan
(Koperasi MRSM Kuching Berhad)
KEEMPAT
Kategori Koperator Pelajar Perempuan
(Koperasi SMK Kampung Nangka Sibu Berhad)
JOHAN
Kategori Koperator Pelajar Lelaki
(Koperasi SMK Kai Chung Bintangor Berhad)
NAIB JOHAN
Kategori Koperator Pelajar Lelaki
(Koperasi SMK BM Saratok Berhad)
KETIGA
Kategori Koperator Pelajar Lelaki
(Koperasi SMK Matang Hilir Kuching Berhad)
KEEMPAT
Kategori Koperator Pelajar Lelaki
(Koperasi SMK Santubung Kuching Berhad).

Walaupun kejohanan ini dibuat di luar bahagian Kuching, namun dominasi pasukan koperasi dari bahagian Kuching masih nampak ketara di mana 7 pasukan dari bahagian Kuching Berjaya melangkah ke pusingan separuh akhir. Namun peningkatan prestasi pasukan dari bahagian Saratok adalah paling mengejutkan bila mana 5 pasukan dari bahagian itu Berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir. Selain itu, 2 pasukan  dari Sri Aman, 1 pasukan dari Bintangor dan 1 pasukan dari Sibu juga Berjaya melangkah ke separuh akhir, melengkapkan 16 pasukan daripada 4 kategori.
 
JUARA BERTAHAN TAHUN LEPAS (2013)
Tahun ini, 2014 telah tersingkir di peringkat suku akhir. (Pasukan Admin). Huhu
 
"PETANQUE - SUKAN UNTUK SEMUA"