Wednesday, January 8, 2014

PROMO: KEJOHANAN PETANQ "TRIPLE" ANGKASA PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2014


PERATURAN PERTANDINGAN 


1.           Peraturan pertandingan ini adalah tertakluk kepada Peraturan Permainan Petanque yang diguna pakai oleh FIPJP dan Persekutuan Petanque Malaysia (PPM). Walau bagaimanapun peraturan tambahan penganjur untuk melicinkan perjalanan kejohanan ini juga akan digunapakai. Contohnya;
a.      Kawasan permainan ialah 1 gelanggang (Bola atau Jack yang terkeluar sepenuhnya dari gelanggang dianggap mati).
b.     Jack yang dilontar pertama kali tidak memasuki kawasan permainan akan diletakkan oleh pemain lawan di mana-mana sudut dalam gelanggang yang dibenarkan (6-10m).
2.            Format Pertandingan;
a.      Pertandingan tiga pemain satu pasukan
b.      Pertandingan adalah antara pasukan koperasi ahli ANGKASA sahaja.
3.          Pertandingan dibuat secara “double knock-out” pusingan awal dan “knock-out” pusingan kedua dan seterusnya.
4.   Kategori Pertandingan;
        a.   Koperator Dewasa Lelaki
        b.   Koperator Dewasa Wanita
        c.   Koperator Pelajar Lelaki
        d.   Koperator Pelajar Perempuan 
5.          Mata penamat perlawanan (Game Point) adalah 13 mata.
6.          Pasukan hendaklah sentiasa berada di dalam kawasan permainan dan bersedia untuk bertanding bila-bila masa. Pasukan yang tiada semasa dipanggil untuk bertanding dalam tempoh 5 minit pertama akan didenda 1 point tambahan kepada pasukan lawan, dan dianggap kalah selepas 15 minit. Jika pasukan kekurangan pemain maka pasukan itu hendaklah juga meneruskan permainan dengan pemain yang ada (Namun, pemain yang hendak makan/solat perlu memaklumkan kepada urusetia).
7.          Peserta hendaklah mengenakan pakaian sukan yang sesuai.
8.          Sebarang pertikaian boleh dikemukakan kepada pihak urusetia namun keputusan pengadil dan penganjur adalah muktamad.
9.          Sebarang Bantahan perlu disertakan dengan wang deposit sebanyak RM300, yang akan dikembalikan jika bantahan berjaya.

SYARAT PENYERTAAN PERTANDINGAN 


1.         Peserta (3 orang bagi satu pasukan) hendaklah terdiri daripada anggota atau kakitangan koperasi dan koperasi tersebut mestilah ahli ANGKASA. Sekiranya koperasi tersebut belum menjadi ahli ANGKASA, penyertaan akan diterima sekiranya koperasi menghantar borang keahlian ANGKASA beserta dengan bayaran keahlian sebanyak RM100 (Koperasi Dewasa) dan RM30 (Koperasi Sekolah).
2.          Tiada pemain simpanan dibenarkan.
3.          Berdasarkan bajet yang diberikan oleh ANGKASA, pihak penganjur (ANGKASA Sarawak) telah menghadkan penyertaan kepada 50 Koperasi yang terawal menghantar penyertaan sahaja.
4.          Bagi penyertaan kategori PELAJAR, peserta boleh terdiri daripada pelajar Tingkatan 1 sehingga Pelajar Tingkatan 6 Atas.
5.          Bagi penyertaan kategori DEWASA, peserta hendaklah berumur 20 tahun ke atas kecuali bagi koperasi IPTA dan koperasi IPTS, peserta boleh berumur 18 tahun ke atas.
6.         Peserta hanya dibenarkan mewakili satu koperasi sahaja (Pengesahan daripada koperasi diperlukan).
7.          Pemain dan bekas pemain kebangsaan yang mewakili Malaysia (bermula dari tahun 2011 hingga sekarang) tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini. Ibu Pejabat ANGKASA akan membuat semakan / pengesahan melalui PPM (Jawatankuasa Pemilihan Pemain Kebangsaan) berkaitan kesahihan pemain kebangsaan semasa pertandingan peringkat kebangsaan ANGKASA.
8.        Cadangan kepada Koperasi: Oleh kerana ANGKASA Sarawak menghadkan penyertaan kepada 1 pasukan (setiap kategori) bagi satu koperasi, sebaiknya koperasi yang mempunyai ramai pemain yang hendak turut serta perlu menganjurkan pemilihan diperingkat koperasi dan menghantar pasukan yang terkuat sahaja mewakili koperasi masing-masing.

KEISTEMEWAAN KEJOHANAN 

1.          Penyertaan PERCUMA (Tiada Yuran)
2.         Sarapan, Makan tengah hari, minum petang akan disediakan oleh penganjur (ANGKASA). Mineral water juga disediakan oleh penganjur secara percuma.
3.            Sijil Penyertaan akan diberikan
4.            Hadiah Kejohanan Peringkat Negeri;
Johan             : Rm600  + Medal
Naib Johan   : Rm540  + Medal
Ketiga          : Rm480  + Medal
Keempat       : Rm420  + Medal
5.            Johan setiap kategori akan mewakili Sarawak ke Kejohanan Petanq Kebangsaan Angkasa 2013 dengan pembiayaan Angkasa (Tiket penerbangan, Makan minum, penginapan, pengangkutan dan Tshirt). Kejohanan Kebangsaan 2014 akan diadakan di Negeri Perlis.








No comments:

Post a Comment