Tuesday, August 20, 2013

15 Years AiMAN in PeTANQUE.

      Bismillahnirrahmannirrahim... Assalammualaikum dan Salam Sejahtera rakan-rakan peminat Sukan Petanque seantero dunia. Syukur Alhamdulillah.... tahun ini genaplah penglibatan saya dalam sukan petanque selama 15 tahun (1998-2013). Selama 15 tahun ini, saya telah belajar, mengajar, berlatih, melatih, menyertai kejohanan, menganjurkan kejohanan, menjadi arbiter, teknikal, dan yang paling seronok menjadi tokey bola dan peralatan permainan petanque ini. Berikut ialah serba sedikit penglibatan saya dalam permainan yang sangat seronok dan menyeronokkan ini.



Bola Obut Nexius yang saya gunakan sejak tahun 2007 (Limited Edition, no longer produce).
Sehingga sekarang saya memiliki 4 set bola petanque sendiri (Obut Nexius, Obut Match, MS dan LaFranc SM)
 
PENGALAMAN BELAJAR DAN MENGAJAR SUKAN PETANQUE
 
1. Jurulatih Sukan Petanque ANGKASA sejak 1998 hingga sekarang.
Sejak mula berkerja di ANGKASA pada Oktober 1997, saya telah mula diperkenalkan dengan sukan petanque ini. Ramai rakan-rakan sekerja saya juga merupakan peminat, pemain, jurulatih dan pengurus pasukan petanque negeri-negeri. Sebagai penceramah koperasi, kami juga diminta untuk sekaligus menjadi jurulatih sukan petanque  untuk mengendalikan bengkel-bengkel dan klinik-klinik petanque yang dianjurkan oleh ANGKASA. Dengan bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan oleh rakan-rakan jurulatih petanque ANGKASA (seperti Encik Norhaizan Mohd Yunus, Encik Mat Noor Taman, Encik Zainuddin Mahmud, Encik Syukri Gani, Encik Nurulail dan Tuan Haji Abdullah Jusuh), saya akhirnya Berjaya memahami dan menguasai permainan/sukan ini. Dengan pengatahuan yang ada saya telah mengendalikan Bengkel Asas Permainan Petanque di beberapa buah koperasi di Semenanjung Malaysia. Pada bulan julai 1998 saya telah dipindahkan ke ANGKASA Cawangan Sarawak. Di Negeri Sarawak saya meneruskan minat saya dalam sukan petanque ini, saya sering mendapat undangan untuk mengendalikan bengkel atau klinik petanque di koperasi-koperasi atau di sekolah-sekolah di seluruh negeri Sarawak. Antara sekolah yang cemerlang dalam sukan petanque ini yang pernah mendapat khidmat awal saya dalam permainan ini ialah SMK Santubung.
 
Mengendalikan Bengkel Petanque untuk pelatih-pelatih Maktab Perguruan Miri, Sarawak.
 
2. Kursus Kejurulatihan Petanque ANGKASA-MSN 2007.
Untuk mempertajamkan pengatahuan dan kemahiran dalam sukan petanque ini, saya telah menyertai Kursus Kejurulatihan Petanque ANGKASA pada tahun 2007 yang diadakan di Hotel Brisdale Kuala Lumpur dan Gelanggang Petanque MSN Taman Keramat. Kursus Kejurulatihan ini adalah anjuran ANGKASA tetapi penceramah dan jurulatihnya adalah jemputan daripada MSN dan Persekutuan Petanque Malaysia (PPM) iaitu Cikgu Zulkiflie dan Cikgu Rahmat Atan. Teori dan ceramah dibuat di Hotel Brisdale, sementara praktikal dan amali dibuat di Gelanggang Petanque MSN Taman Keramat. 
 
Sijil Penyertaan
 3. Kursus Kejurulatihan Sukan Petanque Spesifik Tahap 1 Bil.1/2013
Kursus Kejurulatihan Petanque ANGKASA-MSN 2007 yang saya sertai sebelum ini tidak mendapat pengiktirafan daripada Persekutuan Petanque Malaysia dan MSN, untuk menjadi jurulatih petanque bertauliah di Malaysia. Oleh itu saya telah menyertai "Kursus Kejurulatihan Sukan Petanque Spesifik Tahap 1 Bil.1/2013" pada 5-8 April 2013 yang diadakan di Hotel Citiview Kuantan Pahang. 4 orang jurulatih berpengalaman daripada MSN dan PPM telah mengendalikan kursus tersebut termasuklah, Encik Nasir Mohd Noor, Encik Badrul, Cikgu Zulkiflie dan Cikgu Ibrahim Huri. Setelah habis berkursus (teori dan praktikal) selama 3 hari 2 malam, hari terakhir kami telah diberikan ujian bertulis oleh penceramah. Selain daripada itu, kami juga diwajibkan untuk menghantar kertas kerja bengkel kejurulatihan selama 14 jam yang kami dikendalikan dan menghantarnya kepada PPM dalam tempoh 3 bulan dari tarikh tamat kursus.

 
 
Wakil Negeri Sarawak (Encik Khairul Dasri, En.Jamaluddin Usuf, En.Zainoren dan Saya sendiri) bergambar bersama Jurulatih PPM, En.Nasir Mohd Noor (tengah).

 
PENGALAMAN MENGANJUR KEJOHANAN, MENJADI ARBITER DAN TEKNIKAL KEJOHANAN PETANQUE.
  1. Menjadi jawatankuasa penganjur, arbiter dan teknikal kejohanan petanque ANGKASA yang diadakan setiap tahun diperingkat Negeri dan Kebangsaan sejak tahun 1998 sehingga kini.
  2. Menjadi arbiter dan teknikal kejohanan Petanque anjuran Bank Rakyat di Kuching pada tahun 2005.
  3. Menjadi urusetia, arbiter dan teknikal Kejohanan Petanque Piala Pengarah Maktab Kerjasama Malaysia pada tahun 2009.
  4. Menjadi arbiter dan teknikal Kejohanan Petanque Piala Pengerusi JPAN Sarawak pada tahun 2010.
  5. Menjadi arbiter dan teknikal Kejohanan Petanque anjuran Gabungan Koperasi Sekolah Negeri Sarawak pada tahun 2011.
  6. Menganjur, menjadi arbiter dan teknikal Kejohanan Petanque Tahunan KESARA sejak dari tahun 2008 hingga sekarang.
  7. Sering mendapat undangan daripada koperasi-koperasi, sekolah-sekolah dan badan-badan kerajaan untuk menjadi arbiter dan teknikal kejohanan anjuran organisasi masing-masing.

Urusetia bertugas semasa Kejohanan Petanque ANGKASA peringkat Negeri Sarawak.
Barisan Urusetia kejohanan Petanque Piala Pengarah MKM Sarawak.
PENGALAMAN BERMAIN DAN MENYERTAI KEJOHANAN PETANQUE.
  1. Mendapat tempat Ketiga Kejohanan Petanque ANGKASA Peringkat Negeri Sarawak 2003, mewakili Koperasi ANIB dalam acara Triple lelaki, bergandingan dengan Saudara Haniff dan Saudara Nazaruddin.
  2. Berjaya mendapat tempat kedua (Naib Johan) Kejohanan Petanque KO-PERKASA 2005 dalam acara triple lelaki, bergandingan dengan Saudara Baharin Amit dan Saudara Zainoren Armat
  3. Menjuarai (Johan) Kejohanan Petanque Seminar ANGKASA pada tahun 2011 dalam acara triple lelaki, bergandingan dengan Saudara Alex Asowa dan Saudara Mark Andrew.
  4. Menjuarai (Johan) Kejohanan Petanque KESARA 2012 dalam acara Mix Triple, bergandingan dengan saudara Saimi Kadir Liman dan Saudari Julina Yu.
  5. Menjuarai (Johan) Kejohanan Petanque ANGKASA Peringkat Negeri Sarawak 2013 dalam acara triple lelaki dewasa, mewakili Koperasi Usrati Kuching Berhad, bergandingan dengan Saudara Muhammad Ezzamel dan Saudara Mohd.Zarafi Merais.
  6. Mewakili Negeri Sarawak ke Kejohanan Petanque ANGKASA Peringkat Kebangsaan 2013 di Balok Kuantan Pahang.
  7. Sering menyertai Kejohanan-kejohanan petanque yang dianjurkan oleh Persatuan-persatuan petanque setempat, badan-badan kerajaan, sekolah-sekolah dan orang persendirian.
Menjuarai Kejohanan Petanque ANGKASA Peringkat Negeri Sarawak.


PENGALAMAN MEMBELI, MENJUAL DAN MENGEDARKAN BOLA DAN PERALATAN PERMAINAN PETANQUE DAN KHIDMAT NASIHAT MEMBUAT DAN MEMBINA GELANGGANG PETANQUE.

Sejarah bagaimana saya terlibat dalam perniagaan pembekalan (jualbeli) peralatan permainan petanque ialah apabila saya dan Encik Antony Barubui (ANGKASA SABAH) memberi ceramah di koperasi-koperasi di Sabah dan Sarawak, ramai yang bertanya di mana hendak mendapatkan (membeli) bola petanque. Oleh itu saya dan Antony telah membuka sebuah syarikat perkongsian dikenali sebagai Aim-Top Enterprise. Oleh kerana saya dan Antony bersetuju untuk memecahkan syarikat kami kepada syarikat milikan tunggal, maka saya telah membuka syarikat AIM-TOP TRAINING SERVICES, sementara AIM-TOP ENTERPRISE dikawal oleh Encik Antony berseorangan. Kedua-dua syarikat masih beroperasi seperti biasa dan antara khidmat kami ialah seperti;
  1. Membeli dan Menjual pelbagai jenis bola petanque seperti jenama LaFranc (SM, SB, SS), Plustong, OBUT, MS, Lablue, JB dan berbagai jenis bola import lagi.
  2. Membeli dan menjual pelbagai jenis accessories permainan petanque seperti JACK, TELTAPE, BEG, TSHIRT, BOULES PICKER, MINI SCORE BOARD, MAESURE, TOWELS, ETC...
  3. Khidmat nasihat dalam membuat dam membina gelanggang petanque persendirian atau untuk kegunaan syarikat, badan berkanun atau badan-badan kerajaan termasuk sekolah-sekolah -(Diberikan secara PERCUMA).    
  4.  
Jual beli boleh dibuat secara TUNAI, CEK atau LPO (Kerajaan)
atas nama Syarikat
AIM-TOP TRAINING SERVICES (87875).
    SEKITAR PENGLIBATAN DALAM SUKAN / PERMAINAN PETANQUE SEJAK TAHUN 1998 SEHINGGALAH SEKARANG (2013)
    [15 TAHUN DALAM PETANQUE].
 
 
 
 
 
Juara Kejohanan Petanque Seminar ANGKASA
 
Juara Kejohanan Petanque KESARA
  
Sedang melatih golongan Pelapis pemain petanque SARAWAK.
 
Sehingga sekarang saya masih aktif dalam sukan petanque, walaupun kekangan masa kerana urusan tugas2 harian di pejabat dan tugasan dalam keluarga menjadi kekangan utama. Sekiranya ada kesempatan saya pasti akan turun berlatih di Gelanggang Petanque PETRONAS Telaga 3 di Jalan Tun Abdul Rahman Yaacob. Sekiranya tuan puan berminat menyertai saya berlatih pada hujung minggu, anda perlu menjadi ahli kepada Kelab Telaga Tiga Petanque dengan yuran RM10 setahun.
 
Kad Keahlian... No: 333-003


"PETANQUE, SUKAN UNTUK SEMUA"