Sunday, February 10, 2013

AMANAH SAHAM = UNIT TRUST = U NEED TRUST

Bekas juara tinju dunia, Muhammad Ali pernah berkata; mereka yang takut mengambil risiko, tidak akan menempa kejayaan dalam hidup. sememangnya hidup ini penuh dengan risiko, namun tidak ramai yang mengetahui bahawa risiko boleh diurus.

Di antara risiko yang boleh diurus ialah pelaburan dalam saham amanah (unit trust). Ramai yang membuat andaian bahawa saham amanah itu hanyalah yang diuruskan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) seperti Amanah Saham Bumiputra (ASB) ataupun Amanah Saham Nasional (ASN). Tidak ramai yang mengetahui kebanyakan institusi perbankan di negara ini menawarkan saham amanah.

Saham amanah adalah antara alternatif pelaburan terbaik terutama apabila matlamat pelaburan adalah untuk jangka masa sederhana (3 hingga 5 tahun) dan jangka panjang (5 hingga 10 tahun). Ini kerana saham amanah berisiko rendah yang diurus oleh pengurus dana profesional, dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan badan Pemegang Amanah seperti Amanah Raya Berhad dan industri ini dipantau oleh Bank Negara Malaysia.

Risikonya menjadi tinggi apabila pelabur tidak mempunyai masa (kurang daripada 3 tahun) kerana secara umumnya kitaran pasaran saham (merudum atau meningkat) mengambil masa dua ke tiga tahun untuk pulih. jika pelabur mempunyai tempoh berkenaan, pelaburan saham amanah ini tidak berisiko langsung.
Saham amanah bukanlah skim cepat kaya (yang diharamkan kerajaan), tetapi ia adalah pelaburan yang sah dari segi undang-undang dan perunding saham amanah perlu menduduki peperiksaan khas oleh badan induk industri ini iaitu Federation Of Malaysian Unit Trust Managers (FMUTM) sebelum boleh menawarkan perkhidmatan ini.

Dana amanah ini dikumpulkan secara berkelompok menerusi penggemblengan modal daripada individu atau syarikat, dilaburkan oleh pengurus dana dalam pelbagai sektor ekonomi termasuk bon dan instrumen pasaran kewangan lain yang tidak mudah bagi individu kecil menyertainya.

Saham amanah ini berbeza daripada pelaburan dalam pasaran saham biasa kerana dengan kadar minimum RM1000.00, individu boleh membuat pelaburan sedangkan jika mereka melabur dalam pasaran saham biasa, ia memerlukan modal yang agak besar bagi membeli saham di bursa saham.

Peluang pertumbuhan dalam pasaran saham ini juga jauh lebih besar. Namun sebelum membuat sebarang pelaburan, dapatkan maklumat lanjut terlebih dahulu dari perunding saham amanah bertauliah disamping perkhidmatan sampingan lain. Fahami, selidiki dan buat pilihan bijak sebelum melabur. Dengan purata pulangan antara 10% hingga 15% setahun bergantung kepada jenis dana pelaburan yang dipilih. Jika simpan dalam akaun simpanan biasa ataupun simpanan tetap (fix deposit @ FD), pulangannya antara 1% hingga 3% dan pulangan rendah ini mudah terhakis oleh kesan inflasi dan cukai.

Sebilangan jenis amanah saham, modal pelabur kekal terjamin yang terikat dengan tempoh tertentu, manakala ada dana yang memberi pulangan berganda menerusi tiga cabang pulangan iaitu ;
  • keuntungan atas modal
  • dividen
  • bonus
Kelebihan dana ini ialah ia mempunyai kecairan yang tinggi, di mana pelaburan ini boleh dikeluarkan pada bila-bila masa yang diperlukan.
keupayaan pengeluaran duit dlam tempoh 5 hingga 10 hari waktu bekerja penting berbanding pelaburan saham di pasaran saham yang mana pembeli perlu menunggu harga yang dikehendaki sebelum menjual.

penting bagi pelabur untuk memahami saham amanah dan mekanisme saham amanah itu sendiri sebelum memulakan pelaburan.

 

No comments:

Post a Comment