Tuesday, August 20, 2013

15 Years AiMAN in PeTANQUE.

      Bismillahnirrahmannirrahim... Assalammualaikum dan Salam Sejahtera rakan-rakan peminat Sukan Petanque seantero dunia. Syukur Alhamdulillah.... tahun ini genaplah penglibatan saya dalam sukan petanque selama 15 tahun (1998-2013). Selama 15 tahun ini, saya telah belajar, mengajar, berlatih, melatih, menyertai kejohanan, menganjurkan kejohanan, menjadi arbiter, teknikal, dan yang paling seronok menjadi tokey bola dan peralatan permainan petanque ini. Berikut ialah serba sedikit penglibatan saya dalam permainan yang sangat seronok dan menyeronokkan ini.



Bola Obut Nexius yang saya gunakan sejak tahun 2007 (Limited Edition, no longer produce).
Sehingga sekarang saya memiliki 4 set bola petanque sendiri (Obut Nexius, Obut Match, MS dan LaFranc SM)
 
PENGALAMAN BELAJAR DAN MENGAJAR SUKAN PETANQUE
 
1. Jurulatih Sukan Petanque ANGKASA sejak 1998 hingga sekarang.
Sejak mula berkerja di ANGKASA pada Oktober 1997, saya telah mula diperkenalkan dengan sukan petanque ini. Ramai rakan-rakan sekerja saya juga merupakan peminat, pemain, jurulatih dan pengurus pasukan petanque negeri-negeri. Sebagai penceramah koperasi, kami juga diminta untuk sekaligus menjadi jurulatih sukan petanque  untuk mengendalikan bengkel-bengkel dan klinik-klinik petanque yang dianjurkan oleh ANGKASA. Dengan bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan oleh rakan-rakan jurulatih petanque ANGKASA (seperti Encik Norhaizan Mohd Yunus, Encik Mat Noor Taman, Encik Zainuddin Mahmud, Encik Syukri Gani, Encik Nurulail dan Tuan Haji Abdullah Jusuh), saya akhirnya Berjaya memahami dan menguasai permainan/sukan ini. Dengan pengatahuan yang ada saya telah mengendalikan Bengkel Asas Permainan Petanque di beberapa buah koperasi di Semenanjung Malaysia. Pada bulan julai 1998 saya telah dipindahkan ke ANGKASA Cawangan Sarawak. Di Negeri Sarawak saya meneruskan minat saya dalam sukan petanque ini, saya sering mendapat undangan untuk mengendalikan bengkel atau klinik petanque di koperasi-koperasi atau di sekolah-sekolah di seluruh negeri Sarawak. Antara sekolah yang cemerlang dalam sukan petanque ini yang pernah mendapat khidmat awal saya dalam permainan ini ialah SMK Santubung.
 
Mengendalikan Bengkel Petanque untuk pelatih-pelatih Maktab Perguruan Miri, Sarawak.
 
2. Kursus Kejurulatihan Petanque ANGKASA-MSN 2007.
Untuk mempertajamkan pengatahuan dan kemahiran dalam sukan petanque ini, saya telah menyertai Kursus Kejurulatihan Petanque ANGKASA pada tahun 2007 yang diadakan di Hotel Brisdale Kuala Lumpur dan Gelanggang Petanque MSN Taman Keramat. Kursus Kejurulatihan ini adalah anjuran ANGKASA tetapi penceramah dan jurulatihnya adalah jemputan daripada MSN dan Persekutuan Petanque Malaysia (PPM) iaitu Cikgu Zulkiflie dan Cikgu Rahmat Atan. Teori dan ceramah dibuat di Hotel Brisdale, sementara praktikal dan amali dibuat di Gelanggang Petanque MSN Taman Keramat. 
 
Sijil Penyertaan
 3. Kursus Kejurulatihan Sukan Petanque Spesifik Tahap 1 Bil.1/2013
Kursus Kejurulatihan Petanque ANGKASA-MSN 2007 yang saya sertai sebelum ini tidak mendapat pengiktirafan daripada Persekutuan Petanque Malaysia dan MSN, untuk menjadi jurulatih petanque bertauliah di Malaysia. Oleh itu saya telah menyertai "Kursus Kejurulatihan Sukan Petanque Spesifik Tahap 1 Bil.1/2013" pada 5-8 April 2013 yang diadakan di Hotel Citiview Kuantan Pahang. 4 orang jurulatih berpengalaman daripada MSN dan PPM telah mengendalikan kursus tersebut termasuklah, Encik Nasir Mohd Noor, Encik Badrul, Cikgu Zulkiflie dan Cikgu Ibrahim Huri. Setelah habis berkursus (teori dan praktikal) selama 3 hari 2 malam, hari terakhir kami telah diberikan ujian bertulis oleh penceramah. Selain daripada itu, kami juga diwajibkan untuk menghantar kertas kerja bengkel kejurulatihan selama 14 jam yang kami dikendalikan dan menghantarnya kepada PPM dalam tempoh 3 bulan dari tarikh tamat kursus.

 
 
Wakil Negeri Sarawak (Encik Khairul Dasri, En.Jamaluddin Usuf, En.Zainoren dan Saya sendiri) bergambar bersama Jurulatih PPM, En.Nasir Mohd Noor (tengah).

 
PENGALAMAN MENGANJUR KEJOHANAN, MENJADI ARBITER DAN TEKNIKAL KEJOHANAN PETANQUE.
  1. Menjadi jawatankuasa penganjur, arbiter dan teknikal kejohanan petanque ANGKASA yang diadakan setiap tahun diperingkat Negeri dan Kebangsaan sejak tahun 1998 sehingga kini.
  2. Menjadi arbiter dan teknikal kejohanan Petanque anjuran Bank Rakyat di Kuching pada tahun 2005.
  3. Menjadi urusetia, arbiter dan teknikal Kejohanan Petanque Piala Pengarah Maktab Kerjasama Malaysia pada tahun 2009.
  4. Menjadi arbiter dan teknikal Kejohanan Petanque Piala Pengerusi JPAN Sarawak pada tahun 2010.
  5. Menjadi arbiter dan teknikal Kejohanan Petanque anjuran Gabungan Koperasi Sekolah Negeri Sarawak pada tahun 2011.
  6. Menganjur, menjadi arbiter dan teknikal Kejohanan Petanque Tahunan KESARA sejak dari tahun 2008 hingga sekarang.
  7. Sering mendapat undangan daripada koperasi-koperasi, sekolah-sekolah dan badan-badan kerajaan untuk menjadi arbiter dan teknikal kejohanan anjuran organisasi masing-masing.

Urusetia bertugas semasa Kejohanan Petanque ANGKASA peringkat Negeri Sarawak.
Barisan Urusetia kejohanan Petanque Piala Pengarah MKM Sarawak.
PENGALAMAN BERMAIN DAN MENYERTAI KEJOHANAN PETANQUE.
  1. Mendapat tempat Ketiga Kejohanan Petanque ANGKASA Peringkat Negeri Sarawak 2003, mewakili Koperasi ANIB dalam acara Triple lelaki, bergandingan dengan Saudara Haniff dan Saudara Nazaruddin.
  2. Berjaya mendapat tempat kedua (Naib Johan) Kejohanan Petanque KO-PERKASA 2005 dalam acara triple lelaki, bergandingan dengan Saudara Baharin Amit dan Saudara Zainoren Armat
  3. Menjuarai (Johan) Kejohanan Petanque Seminar ANGKASA pada tahun 2011 dalam acara triple lelaki, bergandingan dengan Saudara Alex Asowa dan Saudara Mark Andrew.
  4. Menjuarai (Johan) Kejohanan Petanque KESARA 2012 dalam acara Mix Triple, bergandingan dengan saudara Saimi Kadir Liman dan Saudari Julina Yu.
  5. Menjuarai (Johan) Kejohanan Petanque ANGKASA Peringkat Negeri Sarawak 2013 dalam acara triple lelaki dewasa, mewakili Koperasi Usrati Kuching Berhad, bergandingan dengan Saudara Muhammad Ezzamel dan Saudara Mohd.Zarafi Merais.
  6. Mewakili Negeri Sarawak ke Kejohanan Petanque ANGKASA Peringkat Kebangsaan 2013 di Balok Kuantan Pahang.
  7. Sering menyertai Kejohanan-kejohanan petanque yang dianjurkan oleh Persatuan-persatuan petanque setempat, badan-badan kerajaan, sekolah-sekolah dan orang persendirian.
Menjuarai Kejohanan Petanque ANGKASA Peringkat Negeri Sarawak.


PENGALAMAN MEMBELI, MENJUAL DAN MENGEDARKAN BOLA DAN PERALATAN PERMAINAN PETANQUE DAN KHIDMAT NASIHAT MEMBUAT DAN MEMBINA GELANGGANG PETANQUE.

Sejarah bagaimana saya terlibat dalam perniagaan pembekalan (jualbeli) peralatan permainan petanque ialah apabila saya dan Encik Antony Barubui (ANGKASA SABAH) memberi ceramah di koperasi-koperasi di Sabah dan Sarawak, ramai yang bertanya di mana hendak mendapatkan (membeli) bola petanque. Oleh itu saya dan Antony telah membuka sebuah syarikat perkongsian dikenali sebagai Aim-Top Enterprise. Oleh kerana saya dan Antony bersetuju untuk memecahkan syarikat kami kepada syarikat milikan tunggal, maka saya telah membuka syarikat AIM-TOP TRAINING SERVICES, sementara AIM-TOP ENTERPRISE dikawal oleh Encik Antony berseorangan. Kedua-dua syarikat masih beroperasi seperti biasa dan antara khidmat kami ialah seperti;
  1. Membeli dan Menjual pelbagai jenis bola petanque seperti jenama LaFranc (SM, SB, SS), Plustong, OBUT, MS, Lablue, JB dan berbagai jenis bola import lagi.
  2. Membeli dan menjual pelbagai jenis accessories permainan petanque seperti JACK, TELTAPE, BEG, TSHIRT, BOULES PICKER, MINI SCORE BOARD, MAESURE, TOWELS, ETC...
  3. Khidmat nasihat dalam membuat dam membina gelanggang petanque persendirian atau untuk kegunaan syarikat, badan berkanun atau badan-badan kerajaan termasuk sekolah-sekolah -(Diberikan secara PERCUMA).    
  4.  
Jual beli boleh dibuat secara TUNAI, CEK atau LPO (Kerajaan)
atas nama Syarikat
AIM-TOP TRAINING SERVICES (87875).
    SEKITAR PENGLIBATAN DALAM SUKAN / PERMAINAN PETANQUE SEJAK TAHUN 1998 SEHINGGALAH SEKARANG (2013)
    [15 TAHUN DALAM PETANQUE].
 
 
 
 
 
Juara Kejohanan Petanque Seminar ANGKASA
 
Juara Kejohanan Petanque KESARA
  
Sedang melatih golongan Pelapis pemain petanque SARAWAK.
 
Sehingga sekarang saya masih aktif dalam sukan petanque, walaupun kekangan masa kerana urusan tugas2 harian di pejabat dan tugasan dalam keluarga menjadi kekangan utama. Sekiranya ada kesempatan saya pasti akan turun berlatih di Gelanggang Petanque PETRONAS Telaga 3 di Jalan Tun Abdul Rahman Yaacob. Sekiranya tuan puan berminat menyertai saya berlatih pada hujung minggu, anda perlu menjadi ahli kepada Kelab Telaga Tiga Petanque dengan yuran RM10 setahun.
 
Kad Keahlian... No: 333-003


"PETANQUE, SUKAN UNTUK SEMUA"
 
 
 
 
 


Saturday, May 18, 2013

KEJOHANAN PETANQUE KEBANGSAAN ANGKASA 2013.

TEMPAT: Gelanggang Petanque Balok, Kuantan Pahang.
 
TARIKH: 11-12 Mei 2013 (Sabtu dan Ahad)
 
PENGANJUR: B4P ANGKASA
 
INFO: Sebelum kejohanan peringkat kebangsaan berlangsung, Jawatankuasa Perhubungan Angkasa Negeri-negeri di seluruh Malaysia akan menganjurkan Kejohanan Petanque peringkat Negeri terlebih dahulu. Pemenang setiap kategori di peringkat Negeri akan mewakili negeri masing-masing ke peringkat Kebangsaan. Keistemewaan kejohanan anjuran ANGKASA ini ialah, kos perjalanan, penginapan, makan minum, pakaian, beg galas dan segala bagai ditanggung oleh ANGKASA. Pemenang pula akan membawa hadiah yang sangat lumayan, termasuklah wang tunai sehingga RM3000, piala pusingan, piala iringan, beg galas berjanama, sijil dan beberapa hadiah iringan yang lain. Inilah faktor yang menyebabkan kejohanan anjuran ANGKASA ini menjadi kejohanan No.1 di Malaysia. Penganjur lain pastinya sukar menyediakan kemudahan sebagaimana yang disediakan oleh ANGKASA. Syabas dan Tahniah kepada ANGKASA.

I LOVE ANGKASA & I LOVE PETANQUE.

Pasukan yang mawakili Negeri Sarawak.
Dewasa Lelaki : Koperasi Usrati Kuching Berhad
Dewasa Wanita : Koperasi USrati Kuching Berhad
Pelajar Lelaki : Koperasi SMK Santubung Berhad
Pelajar Perempuan : Koperasi SMK Agama Saratok Berhad.

Pentas Utama Kejohanan Petanque Angkasa Peringkat Kebangsaaan 2013.


Bas yang membawa kontigen Sabah dan Sarawak ke vanue kejohanan.


Majlis Perasmian Kejohanan disajikan dengan persembahan seni silat.


Majlis Makan Malam sebelum kejohanan.


Selepas makan ada Cabutan Undi.... Cabutan bertuah pun ada....


Menyaksikan dan memberikan sokongan kepada Pasukan Pelajar wanita yang ketinggalan dalam pungutan mata, tetapi akhirnya berjaya menewaskan Pasukan dari Wilayah Persekutuan dengan mata 13:12.


Sedang berentap menentang pasukan dari Negeri Sembilan. Malangnya tewas dengan mata 11:13.


Pasukan SMK Agama Saratok mementang pasukan dari Wilayah Persekutuan di peringkat suku Akhir.


Stress melihat pasukan lawan mengutip mata demi mata. Dalam permainan petanque, pastikan lawan jangan mendapat mata yang banyak dalam satu-satu END. Kalau dapat 1 atau 2 mata tu ok. kalau FULL HOUSE (6 mata), KO. huhuhu...


Pengerusi JPAN Perak, Tuan Haji Rosli bagi semangat kepada pasukan Sarawak.


Shooter main Pointing... tapi masih ok. hehehe

Wednesday, March 6, 2013

LAPORAN KEJOHANAN PETANQUE ANGKASA PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2013.

Borneo Post 05/03/2013 : Ms.19..... Jawatankuasa Penganjur bergambar bersama Pemenang tempat pertama (Koperasi Usrati Kuching Bhd) dan kedua (Koperasi Opah Sri Aman Bhd).
  
Kejohanan Petanq Angkasa Peringkat Negeri Sarawak 2013 telah diadakan di Gelanggang Petanq Petronas Telaga Tiga, Jalan Tun Abdul Rahman Yaakub, Kuching pada 2-3 Mac 2013. Bermula 8.00 pagi hingga 10.00 malam. Disertai oleh 52 pasukan kategori koperator pelajar pada 2 Mac 2013, dan 47 pasukan kategori koperator dewasa pada 3 Mac 2013. Pasukan datang dari hampir semua bahagian di Negeri Sarawak.
 

Penganjur kejohanan ialah Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Sarawak yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Usuf Haji Samah dengan kerjasama Bahagian 4P ANGKASA. ANGKASA ialah singkatan kepada Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad. Sejak bertapak di Sarawak pada tahun 1993, ANGKASA telah banyak membantu membangunkan Koperasi Sekolah di Negeri Sarawak, ini termasuklah membimbing koperasi sekolah dalam bidang perniagaan, peruncitan, pelancongan dan sambutan hari koperasi sekolah.
 

Pemenang Kejohanan adalah seperti berikut:
1. Johan Kategori Koperasi Sekolah (Lelaki) : Koperasi SMK Santubung Berhad
2. Johan Kategori Koperasi Sekolah (Perempuan) : Koperasi SMK Agama Saratok Bhd
3. Johan Kategori Koperasi Dewasa (Lelaki) : Koperasi Usrati Kuching Berhad
4. Johan Kategori Koperasi Dewasa (Perempuan) : Koperasi Usrati Kuching Berhad.
 

Hadiah berupa Trofi dan Wang Tunai disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Angkasa Negeri Sarawak, Tuan Haji Usuf Haji Samah. Johan setiap kategori juga akan mewakili Negeri Sarawak ke Kejohanan Petanq Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Kuantan, Pahang pada bulan Mei 2013 atas pembiayaan sepenuhnya dari ANGKASA.
 
 
Ketua Teknikal Kejohanan (Encik Norhaizan Mohd Yunos) sedang menjalankan tugas dengan bantuan pembantu2nya (Encik Khairul Dasri dan Encik Anderson Edit).

Urusetia sedang menjamu selera (Nasi lemak). Satu kelebihan penganjuran oleh ANGKASA ialah, Sarapan pagi, makan tengah hari, minum petang dan minuman sepanjang kejohanan disediakan kepada semua peserta kejohanan. (Penganjur lain kompom sik ada... hehehe)

Peserta kategori pelajar lelaki dan perempuan sedang berentap.

OK... mari kita tengok siapa yang kenaaaaa......

Kategori Pelajar ini perlu ada guru pengiring... tapi guru pengiring duduk luar gelanggang ye, jangan masuk campur lak. huhu
 
Johan Kategori Dewasa Wanita
Koperasi Usrati Kuching Berhad, bergambar bersama Pengerusi JPAN Sarawak merangkap pengerusi kejohanan, Tuan Haji Usuf Samah.

Johan Kategori Dewasa Lelaki
Koperasi Usrati Kuching Berhad, bergambar bersama Pengerusi JPAN Sarawak merangkap pengerusi kejohanan, Tuan Haji Usuf Samah dan pemenang tempat kedua, Koperasi Opah Sri Aman Berhad.
 
Johan Kategori Pelajar Lelaki.
Koperasi SMK Santubung Kuching Berhad, bergambar bersama Pengerusi JPAN Sarawak merangkap pengerusi kejohanan, Tuan Haji Usuf Samah.
 

Johan Kategori Pelajar Perempuan.
Koperasi SMK Agama Saratok Berhad, bergambar bersama Pengerusi JPAN Sarawak merangkap pengerusi kejohanan, Tuan Haji Usuf Samah.


BERIKUT IALAH CARTA PUSINGAN KEDUA, SUKU AKHIR, SEPARUH AKHIR DAN AKHIR KEJOHANAN PETANQUE ANGKASA PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2013.
 
 
 
 
 
 
 

Saturday, February 23, 2013

MASA TERBAIK BELI & JUAL EMAS

Bila Masa Terbaik MEMBELI Emas?



Masa emas 20 gram harga RM3,150 takut nak beli, tapi bila harga dah melepasi RM3,700, baru kelam kabut nak beli. Itulah yang saya perhati kebanyakkan sikap yang orang baru berjinak-jinak dengan emas. Nak tengok bukti harga emas naik dulu, baru nak beli. Padahal, gold historical price kita boleh cek bila-bila masa di www.kitco.com. Bahkan sejarah harga emas sejak 30 tahun lepas pun boleh tengok. Itulah dia buktinya.

Dan ramai juga bila saya cerita pasal emas, mereka ingat saya nak berniaga, nak ambik untung atas kawan. Padahal, itu semua untuk kebaikan dia. Tak nak beli dengan saya pun tak apa, beli lah dengan dealer lain. Tapi ambik la masa sikit untuk faham pentingnya simpan emas. Kalau tak penting, Kerajaan Kelantan tak akan keluarkan dinar emas pertama di Malaysia walaupun dapat banyak tentangan daripada kerajaan BN sejak tahun 2006 lagi.

Akibat Tunggu Harga Paling Rendah

Keduanya, yang paling ramai ialah yang nak tunggu harga emas jatuh baru nak beli! Ramai yang pesan pada saya "Nanti harga emas turun bagi tahu yer..". Tapi bila harga emas turun, ramai yang tak nak beli emas sebab takut turun lagi. Akhir sekali, masa emas memuncak macam hari ni (i.e. 9 Ogos 2011, harga emas melapasi USD1,750 seauns), baru ramai kelam-kabut nak beli emas, sebab takut emas naik lagi.
Lepas dah 11 bulan jadi dealer emas ni, kalau orang tanya saya bila masa terbaik beli emas? Jawab saya, bila ada duit yang tak pakai dalam masa setahun. Daripada duit tu terbiar dimakan inflasi 10% setahun, lebih baik simpan emas yang purata kenaikannya 20% setahun.

Jangan tunggu harga paling rendah sebab technical analyst paling pakar pun tak dapat buat ramalan tepat turun naiknya harga emas. Saya pernah ada pengalaman dah. Masa harga emas turun pada Januari 2011 (Hari Raya Cina), saya jual semua emas saya sebab menurut pakar analisis harga emas, emas akan turun banyak lagi. Masa tu, harga gold bar 20g RM2,980. So, saya jual kesemuanya sekitar RM2,980 - RM3,000. Habis...

Faktor 'Fundamental' Tak Siapa Boleh Jangka

Lepas raya Cina, berlaku pergolakan di Mesir dan Timur Tengah! Harga emas tak jadi turun. Ia terus, naik, naik, dan naik! Saya pun panik, dan dapat beli balik pada harga RM3,100. Saya rugi 4% (RM800 kesemuanya)! Saya terkena. Kononnya nak manipulate naik turun harga emas, tapi rugi... Nasib baik saya adalah dealer emas, kerugian tu dapat cover balik dengan komisyen jualan emas.

Satu pelajaran yang saya dapat. Jangan bermain dengan turun naik harga emas sebabnya analisis teknikal akan tersasar bila berlaku fundamental factor yang luar jangka seperti pergolakan Mesir dan timur tengah (Februari 2011), bencana alam seperti tsunami dan letupan stesen janakuasa nuklear di Fukushima (Jepun, Mac 2011) dsb. Bila semua tu berlaku, orang akan selamatkan kekayaan mereka dengan membeli emas dan harga emas akan melambung. Saya cuma perlu yakin, harga emas akan naik dalam jangka panjang. Paling kurang pun, 10 tahun lagi. Ini berdasarkan sejarah harga emas 1960 - 1980.

Dan faktor yang sangat pasti, matawang USD semakin lemah disebabkan krisis hutang Amerika Syarikat dan Negara Eropah. Bila negara-negara tu 'bangkrap', orang tak nak pakai dah duit kertas USD! Orang akan selamatkan kekayaan mereka kepada duit yang paling stabil dalam sejarah manusia iaitu emas!



Menurut pakar, mawatang US Dollar pasti runtuh. Cuma masa sahaja yang menentukannya.

Masa Terbaik Membeli Emas

So, lepas setahun perhati naik jatuh harga emas, saya tak berani buat andaian bila harga naik, bila harga turun. Nasihat saya, kalau ada duit yang tak pakai dalam masa setahun, belilah emas. Daripada simpan duit, lebih baik simpan emas. Jadikan emas sebagai sandaran kepada duit sebagaimana yang dibuat oleh negara-negara di dunia sebelum tahun 1971 dulu. Setiap duit kertas yang nak dicetak, mereka akan sandarkan kepada emas.

_______________________________________________________________________

Bila Masa Terbaik Menjual Emas?

 
Harga emas telahpun melepasi USD1,700 seauns semalam (8 Ogos 2011). Ada 2, 3 orang buyer emas dulu contact saya tanya samada sekarang masa terbaik jual balik emas atau belum. Jawapan saya, kalau nak pakai duit, jual. Kalau belum nak pakai duit, simpan jer dulu.
Pemerhatian saya, kebanyakkan pelabur emas melabur macam melabur dalam saham. Beli harga rendah, dan bila harga naik, terus jual. Untung seratus dua, itulah untung. Lepas jual, harga emas terus naik, naik dan naik. Nak beli balik, terpaksa top-up lagi duit.
Emas Bukan Macam Saham

Contohnya, dulu beli gold bar Public Gold 20g harganya RM3,200. Sekarang, harga jualan balik lebih kurang RM3,440. Untung RM240 katanya. Lepas jual, harga emas terus naik. Nak beli balik, harga emas yang sama dahpun RM3,600! Terpaksa top-up lagi RM160. Persoalan sekarang, adakah RM240 tu untung?
Bagi mereka yang ada mindset yang betul tentang pelaburan emas, emas bagi mereka adalah sandaran kepada duit. Maksudnya, duit sebenar adalah emas, bukan kertas (duit kertas). Sebabnya, duit kertas tak ada nilai sebenar, ianya hanya jaminan sesebuah kerajaan. Dan nilainya boleh dimanipulasi. Dan yang lagi penting, duit kertas makin hari makin susut nilainya.
Duit Kertas Semakin Susut, Emas Semakin Naik
Cuba perhati, harga barang makin hari makin naik. Kenapa naik? Sebabnya nilai duit kertas makin hari makin susut nilainya. Tapi macam mana pulak kalau simpan emas? Harga barang naik, harga emas pun naik sama! So, mana untung, orang simpan duit kertas atau emas?
So, sebab tu lah saya convert sebahagian besar simpanan saya kepada emas. Cuma sebahagian kecil jer saya simpan duit kertas untuk emergency. Saya tak pernah jual emas-emas saya sejak hari pertama beli emas walaupun harga dah naik lebih 20% dalam masa tak sampai setahun! Saya cuma manfaatkan emas-emas saya untuk urusan jual beli emas jer. Maksudnya, bila ada customer order, saya jual emas di tangan, dan terus replace dengan stock baru. Bila ada untung, saya beli lagi emas, bukannya simpan duit kertas.
Masa Terbaik Menjual Emas
Ok, persoalan sekarang, bila masa terbaik jual emas? Secara idealnya, bila nak pakai duit, especially untuk tukarkan kepada harta yang real juga macam beli rumah ataupun hartanah yang lain. Kalau sekadar nak simpan dalam ASB, Tabung Haji, atau Akaun Simpanan, bagi saya, lebih baik simpan emas. Emas naik 20% setahun, ASB 8.5%, Tabung Haji 5%, Akaun Simpanan 0%! Sedangkan harga barang keperluan harian naik 10% setahun!
Simpan emas bukan sahaja dapat nikmati kenaikan harga emas, tapi yang penting juga ialah selamat dari inflasi - kenaikan harga barang. So, perbetulkan mindset kita tentang pelaburan emas!

Wallahu a'lam.
 
Kredit dan terima kasih untuk blogger emas yang hebat: http://www.mohdzulkifli.com//
 

Sunday, February 10, 2013

AMANAH SAHAM = UNIT TRUST = U NEED TRUST

Bekas juara tinju dunia, Muhammad Ali pernah berkata; mereka yang takut mengambil risiko, tidak akan menempa kejayaan dalam hidup. sememangnya hidup ini penuh dengan risiko, namun tidak ramai yang mengetahui bahawa risiko boleh diurus.

Di antara risiko yang boleh diurus ialah pelaburan dalam saham amanah (unit trust). Ramai yang membuat andaian bahawa saham amanah itu hanyalah yang diuruskan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) seperti Amanah Saham Bumiputra (ASB) ataupun Amanah Saham Nasional (ASN). Tidak ramai yang mengetahui kebanyakan institusi perbankan di negara ini menawarkan saham amanah.

Saham amanah adalah antara alternatif pelaburan terbaik terutama apabila matlamat pelaburan adalah untuk jangka masa sederhana (3 hingga 5 tahun) dan jangka panjang (5 hingga 10 tahun). Ini kerana saham amanah berisiko rendah yang diurus oleh pengurus dana profesional, dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan badan Pemegang Amanah seperti Amanah Raya Berhad dan industri ini dipantau oleh Bank Negara Malaysia.

Risikonya menjadi tinggi apabila pelabur tidak mempunyai masa (kurang daripada 3 tahun) kerana secara umumnya kitaran pasaran saham (merudum atau meningkat) mengambil masa dua ke tiga tahun untuk pulih. jika pelabur mempunyai tempoh berkenaan, pelaburan saham amanah ini tidak berisiko langsung.
Saham amanah bukanlah skim cepat kaya (yang diharamkan kerajaan), tetapi ia adalah pelaburan yang sah dari segi undang-undang dan perunding saham amanah perlu menduduki peperiksaan khas oleh badan induk industri ini iaitu Federation Of Malaysian Unit Trust Managers (FMUTM) sebelum boleh menawarkan perkhidmatan ini.

Dana amanah ini dikumpulkan secara berkelompok menerusi penggemblengan modal daripada individu atau syarikat, dilaburkan oleh pengurus dana dalam pelbagai sektor ekonomi termasuk bon dan instrumen pasaran kewangan lain yang tidak mudah bagi individu kecil menyertainya.

Saham amanah ini berbeza daripada pelaburan dalam pasaran saham biasa kerana dengan kadar minimum RM1000.00, individu boleh membuat pelaburan sedangkan jika mereka melabur dalam pasaran saham biasa, ia memerlukan modal yang agak besar bagi membeli saham di bursa saham.

Peluang pertumbuhan dalam pasaran saham ini juga jauh lebih besar. Namun sebelum membuat sebarang pelaburan, dapatkan maklumat lanjut terlebih dahulu dari perunding saham amanah bertauliah disamping perkhidmatan sampingan lain. Fahami, selidiki dan buat pilihan bijak sebelum melabur. Dengan purata pulangan antara 10% hingga 15% setahun bergantung kepada jenis dana pelaburan yang dipilih. Jika simpan dalam akaun simpanan biasa ataupun simpanan tetap (fix deposit @ FD), pulangannya antara 1% hingga 3% dan pulangan rendah ini mudah terhakis oleh kesan inflasi dan cukai.

Sebilangan jenis amanah saham, modal pelabur kekal terjamin yang terikat dengan tempoh tertentu, manakala ada dana yang memberi pulangan berganda menerusi tiga cabang pulangan iaitu ;
  • keuntungan atas modal
  • dividen
  • bonus
Kelebihan dana ini ialah ia mempunyai kecairan yang tinggi, di mana pelaburan ini boleh dikeluarkan pada bila-bila masa yang diperlukan.
keupayaan pengeluaran duit dlam tempoh 5 hingga 10 hari waktu bekerja penting berbanding pelaburan saham di pasaran saham yang mana pembeli perlu menunggu harga yang dikehendaki sebelum menjual.

penting bagi pelabur untuk memahami saham amanah dan mekanisme saham amanah itu sendiri sebelum memulakan pelaburan.